Perhimpunan 'HARAM' hanya pada UMNO tidak pada rakyat..... Rakyat akan teruskan perjuangan, biarpun 4 aktivis reformasi telah ditahan. Lawan Tetap Lawan Horoscopes <[EMAIL PROTECTED]> on 06/06/2001 11:17:57 AM To: [EMAIL PROTECTED] cc: (bcc: SOFFIAN/MEM/MSMM) Subject: H-Net* Fwd: Ezam minta 'bantuan gerila pemisah negara jiran' :KDN Note: Some recipients have been dropped due to syntax errors. Please refer to the "$AdditionalHeaders" item for the complete headers. NEWS Print version of this story Tuesday June 5 Ezam minta 'bantuan gerila pemisah negara jiran': KDN Ng Boon Hooi 6:32pm, Tue: Ketua Pemuda Parti Keadilan Nasional Mohamad Ezam Mohd Nor ditahan dua tahun di kem Kamunting, Perak kerana cuba mendapatkan bantuan gerila pemisah dari negara jiran dan "menggunakan bahan letupan untuk mengancam nyawa pemimpin tertentu negara." Dalam pertuduhan Kementerian Dalam Negeri (KDN), Ezam didakwa mengadakan lima siri pertemuan sulit di beberapa tempat, termasuk London, untuk tujuan itu. Dokumen itu, yang memuatkan alasan-alasan untuk perintah tahanan lanjut di bawah seksyen 8 (1) Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), juga menyenaraikan enam lagi pertuduhan terhadap Ketua Pemuda itu. Bagaimanapun dokumen itu tidak menyebutkan sebarang negara tetapi menyatakan kegiatan beliau itu "boleh menjejaskan hubungan dua hala" dengan negara berkenaan. Menurut kertas pertuduhan itu lagi, satu salinannya diperolehi malaysiakini hari ini, pertemuan itu diadakan awal tahun hingga Mei tahun lalu. Alasan-alasan itu setebal lima halaman itu dikeluarkan di bawah seksyen 11 (2) (b) ISA oleh Penolong Setiausaha KDN, Mohd Jamalludin Kasbi. Perintah tahanan, yang dilampirkan bersama tujuh alasan tersebut, ditandatangani Menteri Dalam Negeri pada 2 Jun lalu. Ezam dan tiga lagi aktivis reformasi dibawa ke kem tahanan perlindungan itu pada Sabtu lalu. Mereka adalah Naib Presiden Tian Chua, ahli jawatankuasa pusat parti itu Saari Sungib dan penulis malaysiakini Hishamuddin Rais. Mereka ditahan pada 10 April atas dakwaan cuba menggunakan "cara-cara militan, termasuk pelancar bom serta bahan letupan, dan menjalankan demonstrasi besar-besaran bagi menggulingkan kerajaan." Ezam juga dituduh memberi ucapan berunsur provokatif dan menghasut para penyokongnya di Taman Medan, Petaling Jaya pada 14 Mei tahun lalu supaya meningkatkan gerakan reformasi di seluruh negara. Menurut dokumen KDN itu lagi, Ezam berkata: "... yang datang bukan lagi berlenggang, yang datang dengan parang, yang datang dengan senjata, jangan salahkan saya, jangan salahkan saudara Anwar Ibrahim, salahkan (Perdana Menteri) Mahathir Mohamad (sebagai) pencetus huru hara ini..." Perhimpunan 100,000 rakyat Perintah tahanan itu juga menyebutkan dalam satu perhimpunan yang dihadiri lebih kurang 2,500 orang di Senai, Johor pada 3 Mac lalu, Ezam didakwa menghasut orang ramai supaya terlibat dalam demonstrasi jalanan. Antara lain Ezam didakwa berkata: "... saya jawab bukan setiap minggu, kalau (gerakan reformasi) punyai kekuatan satu masa ketikanya nanti, tiap hari kita akan demonstrasi sama ada setiap minggu, tahun setiap bulan, setiap jam..." Kata-katanya itu dituduh berunsur hasutan agar rakyat menggulingkan kerajaan yang sah melalui perhimpunan haram dan demonstrasi jalanan dan kesannya boleh mengancam ketenteraman awam dan memudaratkan keselamatan negara. Dalam dokumen itu lagi, bekas setiausaha politik Anwar itu dituduh mengarahkan, selepas berbincang dengan empat orang anasir reformasi pada September tahun lalu, mereka menghasut rakyat menyertai perhimpunan haram secara besar-besaran yang bertemakan 'Perhimpunan 100,000 rakyat' pada 5 November tahun itu di Jalan Kebun, Klang, Selangor. "Ekoran daripada hasutan itu, lebih kurang 6,000 orang telah menyertai perhimpunan haram tersebut yang telah mencetuskan rusuhan dan keganasan di sekitar plaza tol (Lebuhraya) Kesas dan Jalan Kebun, Klang di mana dalam demonstrasi tersebut seorang pegawai polis telah diserang dan dicederakan. "Dan ada di antara perusuh telah membaling batu ke arah polis yang mana tindakan tersebut telah mengancam ketenteraman awam dan memudaratkan keselamatan negara," alasan itu dipetik. Sementara semasa pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri Lunas, Kedah 29 November lalu pula, Ezam didakwa "telah bertindak sebagai salah seorang perancang utama bagi merangka pendekatan bercorak kekerasan dengan menahan secara salah 22 buah bas, menimbulkan kesesakan jalanraya, mengadakan demonstrasi jalanan, perarakan bermotor serta menghalang polis secara kekerasan daripada menjalankan tugas pilihanraya." "Keputusan pilihanraya tersebut telah meyakinkan kamu serta anasir-anasir reformasi bahawa pendekatan kekerasan adalah sesuai untuk memenangi pilihanraya umum akan datang dan persepsi (tanggapan) sedemikian boleh mengancam ketenteraman awam dan memudaratkan keselamatan negara," alasan itu dipetik lagi. Ucapan beliau di Hotel Sri Alam, Gombak, Selangor pada 25 Mac tahun lalu juga didakwa mendorong 1,500 penyokong reformasi mengadakan perhimpunan di Masjid Negara pada 15 April tahun itu dan menimbulkan keadaan tegang serta rusuhan sehingga polis menangkap 48 orang daripada mereka. Ezam juga dituduh mengadakan pertemuan sulit di Institut Kajian Dasar, Kuala Lumpur, yang dihadiri tiga anasir reformasi, bagi menghasut pelajar institusi pengajian tinggi tempatan dan luar negara agar menyebarkan risalah agar mereka terlibat dengan demonstrasi. Last modified:Tuesday June 5, 9:13 pm COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM --------------------------------- Do You Yahoo!? Yahoo! Mail Personal Address - Get email at your own domain with Yahoo! Mail.
NEWS
Print version of this story
Tuesday June 5
Ezam minta 'bantuan gerila pemisah negara jiran': KDN
Ng Boon Hooi
6:32pm, Tue: Ketua Pemuda Parti Keadilan Nasional Mohamad Ezam Mohd Nor
ditahan dua tahun di kem Kamunting, Perak kerana cuba mendapatkan bantuan
gerila pemisah dari negara jiran dan "menggunakan bahan letupan untuk
mengancam nyawa pemimpin tertentu negara."
Dalam pertuduhan Kementerian Dalam Negeri (KDN), Ezam didakwa mengadakan
lima siri pertemuan sulit di beberapa tempat, termasuk London, untuk tujuan
itu.
Dokumen itu, yang memuatkan alasan-alasan untuk perintah tahanan lanjut di
bawah seksyen 8 (1) Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), juga menyenaraikan
enam lagi pertuduhan terhadap Ketua Pemuda itu.
Bagaimanapun dokumen itu tidak menyebutkan sebarang negara tetapi menyatakan
kegiatan beliau itu "boleh menjejaskan hubungan dua hala" dengan negara
berkenaan.
Menurut kertas pertuduhan itu lagi, s!
atu salinannya diperolehi malaysiakini
hari ini, pertemuan itu diadakan awal tahun hingga Mei tahun lalu.
Alasan-alasan itu setebal lima halaman itu dikeluarkan di bawah seksyen 11
(2) (b) ISA oleh Penolong Setiausaha KDN, Mohd Jamalludin Kasbi. Perintah
tahanan, yang dilampirkan bersama tujuh alasan tersebut, ditandatangani
Menteri Dalam Negeri pada 2 Jun lalu.
Ezam dan tiga lagi aktivis reformasi dibawa ke kem tahanan perlindungan itu
pada Sabtu lalu. Mereka adalah Naib Presiden Tian Chua, ahli jawatankuasa
pusat parti itu Saari Sungib dan penulis malaysiakini Hishamuddin Rais.
Mereka ditahan pada 10 April atas dakwaan cuba menggunakan "cara-cara
militan, termasuk pelancar bom serta bahan letupan, dan menjalankan
demonstrasi besar-besaran bagi menggulingkan kerajaan."
Ezam juga dituduh memberi ucapan berunsur provokatif dan menghasut para
penyokongnya di Taman Medan, Petaling Jaya pada 14 Mei tahun lalu supaya
meningkatkan geraka!
n reformasi di seluruh negara.
Menurut dokumen KDN itu lagi, Ezam berkata: "... yang datang bukan lagi
berlenggang, yang datang dengan parang, yang datang dengan senjata, jangan
salahkan saya, jangan salahkan saudara Anwar Ibrahim, salahkan (Perdana
Menteri) Mahathir Mohamad (sebagai) pencetus huru hara ini..."
Perhimpunan 100,000 rakyat
Perintah tahanan itu juga menyebutkan dalam satu perhimpunan yang dihadiri
lebih kurang 2,500 orang di Senai, Johor pada 3 Mac lalu, Ezam didakwa
menghasut orang ramai supaya terlibat dalam demonstrasi jalanan.
Antara lain Ezam didakwa berkata: "... saya jawab bukan setiap minggu, kalau
(gerakan reformasi) punyai kekuatan satu masa ketikanya nanti, tiap hari
kita akan demonstrasi sama ada setiap minggu, tahun setiap bulan, setiap
jam..."
Kata-katanya itu dituduh berunsur hasutan agar rakyat menggulingkan kerajaan
yang sah melalui perhimpunan haram dan demonstrasi jalanan dan kesannya
boleh meng!
ancam ketenteraman awam dan memudaratkan keselamatan negara.
Dalam dokumen itu lagi, bekas setiausaha politik Anwar itu dituduh
mengarahkan, selepas berbincang dengan empat orang anasir reformasi pada
September tahun lalu, mereka menghasut rakyat menyertai perhimpunan haram
secara besar-besaran yang bertemakan 'Perhimpunan 100,000 rakyat' pada 5
November tahun itu di Jalan Kebun, Klang, Selangor.
"Ekoran daripada hasutan itu, lebih kurang 6,000 orang telah menyertai
perhimpunan haram tersebut yang telah mencetuskan rusuhan dan keganasan di
sekitar plaza tol (Lebuhraya) Kesas dan Jalan Kebun, Klang di mana dalam
demonstrasi tersebut seorang pegawai polis telah diserang dan dicederakan.
"Dan ada di antara perusuh telah membaling batu ke arah polis yang mana
tindakan tersebut telah mengancam ketenteraman awam dan memudaratkan
keselamatan negara," alasan itu dipetik.
Sementara semasa pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri Lunas, Kedah 29!
November lalu pula, Ezam didakwa "telah bertindak sebagai salah seorang
perancang utama bagi merangka pendekatan bercorak kekerasan dengan menahan
secara salah 22 buah bas, menimbulkan kesesakan jalanraya, mengadakan
demonstrasi jalanan, perarakan bermotor serta menghalang polis secara
kekerasan daripada menjalankan tugas pilihanraya."
"Keputusan pilihanraya tersebut telah meyakinkan kamu serta anasir-anasir
reformasi bahawa pendekatan kekerasan adalah sesuai untuk memenangi
pilihanraya umum akan datang dan persepsi (tanggapan) sedemikian boleh
mengancam ketenteraman awam dan memudaratkan keselamatan negara," alasan itu
dipetik lagi.
Ucapan beliau di Hotel Sri Alam, Gombak, Selangor pada 25 Mac tahun lalu
juga didakwa mendorong 1,500 penyokong reformasi mengadakan perhimpunan di
Masjid Negara pada 15 April tahun itu dan menimbulkan keadaan tegang serta
rusuhan sehingga polis menangkap 48 orang daripada mereka.
Ezam juga dituduh !
mengadakan pertemuan sulit di Institut Kajian Dasar, Kuala
Lumpur, yang dihadiri tiga anasir reformasi, bagi menghasut pelajar
institusi pengajian tinggi tempatan dan luar negara agar menyebarkan risalah
agar mereka terlibat dengan demonstrasi.
Last modified:Tuesday June 5, 9:13 pm
COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM
Do You Yahoo!?
Yahoo! Mail Personal Address - Get email at your own domain with Yahoo! Mail.