Note: forwarded message attached.


__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Get personalized email addresses from Yahoo! Mail - only $35 
a year!  http://personal.mail.yahoo.com/


Friday June 1


Negara Islam, royalti dan lombong emas Terengganu
Zakiah Koya, Susan Loone dan 'Ein Azmi

4:23pm, Fri: rencana Dalam satu temuramah eksklusif, Menteri Besar
Terengganu Ustaz Abdul Hadi Awang menjelaskan konsep penubuhan sebuah
negara Islam, isu royalti dan kesannya ke atas rakyat; sektor
pendidikan dan juga peranan wanita.

Untuk berjumpa Timbalan Presiden PAS itu tidaklah susah. Kami ke rumah
beliau di Kampung Rusila, lebih kurang 15 minit perjalanan dari bandar
Kuala Terengganu. Apabila kami sampai, Ustaz Hadi dengan ramah
menyambut kami. Kebetulan beliau tidak sihat dan memakai `neck brace',
selepas mendapat rawatan di Hospital Kuala Lumpur.

Difahamkan Menteri Besar lebih senang bertemu rakyat di rumah beliau
dan kediaman rasmi Menteri Besar hanya digunakan untuk meraikan tetamu
dan mengadakan mesyuarat.

Ustaz Hadi, 54, yang lebih suka dipanggil dengan `Ayah chik' di
kalangan rakyat Kampung Rusila, terkenal dengan ceramahnya yang penuh
semangat.

Beliau memberitahu kerajaan negeri yang diwarisi daripada Barisan
Nasional, sebenarnya menanggung hutang sekitar RM700 juta dan walaupun
menerima royalti sejuta ringgit. Ada rakyat yang masih belum mendapat
keperluan asas seperti elektrik walaupun tinggal bersebelahan penjana
hidro Kenyir.

Justeru itu, Kerajaan negeri perlu mencari alternatif bagi memastikan
kerajaan terus berfungsi walaupun tanpa royalti.

Beliau berkata kerajaan Terengganu dibawah teraju PAS sudah menerapkan
konsep `negara Islam'. Contohnya, mengamalkan sifat gotong-royong
dalam membina projek kampung, melaksanakan amalan berhemat dan
mengagihkan hasil pendapatan kerajaan negeri untuk memajukan rakyat.

Ustaz Hadi juga berkata barisan pimpinan PAS akan sendiri menjadi
contoh dalam menyemai unsur keIslaman - seperti tidak boros - sebelum
menyuruh rakyat berbuat demikian.

Beliau juga ingin memperbetulkan salah tafsiran berkenaan `hukum
hudud', sambil memberi jaminan kepada rakyat bukan Islam Terengganu
bahawa hak mereka untuk menganut budaya dan agama masing-masing tidak
akan terjejas.

Melombong emas

Isu rampasan royalti, katanya menjadi punca porak-poranda pelan
ekonomi dan menambah beban kerajaan negeri. Menurut Ustaz Hadi,
rampasan royalti telah membantutkan dan memberhentikan usaha kerajaan
negeri untuk membantu rakyat fakir miskin.

Namun begitu, Kerajaan Terengganu tidak akan berpeluk tubuh tanpa
memperjuangkan hak mereka, tambah beliau.

Antara usaha Kerajaan Negeri adalah menggalakkan amalan berhemat,
mengumpul zakat dan sedekah jariah di kalangan individu yang lebih
berkemampuan supaya membantu golongan tidak bernasib baik.

Menurut Ustaz Hadi, Kerajaan Negeri juga akan memulakan kegiatan
melombong emas di Terengganu, yang akan menjadi hak kerajaan negeri
seratus peratus.

"Rakyat akan menerima 60 peratus hasilnya manakala kerajaan 40
peratus."

Katanya lagi, dengan cara ini rakyat diberi peluang melombong secara
tradisional dan kerajaan akan menggunakan jentera berat untuk
melombong.

Beliau juga menyentuh mengenai pemilihan calon wanita dalam
pilihanraya. Ini, katanya, bagi melindungi wanita daripada terjebak ke
dalam demokrasi yang `sudah dibiadabkan' oleh Barisan Nasional. Beliau
memberi contoh perdebatan dalam Dewan Negara yang lebih menjuruskan
kepada perbalahan.

Hak rawatan Anwar

Menurut Ustaz Hadi, isu kuota pendidikan harus dikaji berdasarkan
kemampuan kewangan seseorang pelajar bukannya berdasarkan bangsa atau
agama.

"Ternyata, pada hari ini orang Melayu paling miskin, maka kuota itu
patut ditumpukan kepada orang Melayu. Bukan kerana dia Melayu tetapi
kerana dia perlukan bantuan. Tetapi sekiranya orang Melayu pulih,
sudah maju dan kaum Cina pula miskin, kita mesti berikan kepada
mereka," kata beliau.

Sambil menyentuh isu hak rawatan bekas timbalan perdana menteri Datuk
Seri Anwar Ibrahim, beliau berseloroh dengan mengatakan nasib baik
dirinya sendiri tidak perlu dibedah.

"Saya kemalangan jalan raya dua tahun lalu. Sekarang baru terasa.
Kalau bedah, saya rasa bahaya, mungkin perlu pergi ke Jerman. Saya
rasa Dr Mahathir tak bagi kebenaran!" katanya sambil ketawa.

Dalam nada yang lebih serius, Ustaz Hadi berkata, "Kalau gajah di
hutan belantara yang sakit, uzur dan kerajaan sanggup membekalkan
helikopter dan kakitangan untuk rawatan, inikan pula seorang manusia."

Ustaz Hadi menyatakan beliau percaya kemungkinan besar Terengganu akan
kekal di bawah PAS dan parti Barisan Alternatif akan berkuasa pada
pilihanraya tahun 2004 memandangkan respons rakyat yang begitu
menggalakkan dalam masa singkat mereka mengambil alih kerajaan negeri.



----------------------------------------------------------------------
----------
Ikuti juga isu menarik di sebalik `Amanat Hadi', yang beliau sifatkan
sebagai "Barang buangan oleh PAS, Umno kitar semula" dalam temuramah
yang akan diterbitkan esok.




Yahoo! Groups Sponsor
www.debticated.com

To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]



Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.


Kirim email ke