*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
AJK Umno Lipis ditangkap khalwat
KUANTAN, 8 Jun (Hrkh) - Seorang Ahli Jawatankuasa (AJK) Umno Bahagian
Lipis
ditangkap khalwat dengan seorang gadis di bilik no 308 sebuah hotel
terkemuka di
sini, I Jun lalu.
Menurut sumber, pihak berkuasa agama yang melakukan pemeriksaan ke hotel
berkenaan mendapati lelaki yang juga seorang ahli perniagaan itu berada
sebilik
dengan gadis tersebut pada jam 12.30 tengahmalam.
Lelaki berusia 42, itu bagaimanapun mendakwa gadis tersebut adalah
isteri mudanya
dan mereka telah berkahwin pada bulan Mei lalu.
Bagaimanapun, keterangan lelaki itu bercanggah dengan keterangan gadis
terbabit
yang mendakwa berkahwin pada bulan Mac.
Difahamkan lelaki tersebut baru saja memenangi jawatan AJK Umno Bahagian
Lipis
dengan mendapat 127 undi dan beliau adalah 'orang kanan' Ketua Bahagian
Umno
Lipis Dato' Omar Othman.
Sementara itu, gadis terbabit anak pesara polis berasal dari Jerantut
adalah lepasan
Universiti Utara Malaysia (UUM) dan datang ke sini (Kuantan) untuk
menghadiri
temuduga bagi mengikuti Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI).
Kes repot no 7115/2001 itu akan disebut di Mahkamah Syariah Kuantan 25
Jun 2001
akan datang.
_________________________________________________________________________
Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: "Hoot Hoot" <[EMAIL PROTECTED]>