*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net } { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] } { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] } *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Adeeiihh... apa sudah jadi ney?? Nampaknya macam ada org yg push MCA supaya beli saham Nanyang Press... hehehe.... sapakah orang itu??? Ini berdasarkan laporan akhbar hari ini yg menyatakan presiden MCA mengOFFER sesiapa yg sanggup beli saham Nanyang Press dengan lima kali ganda harga asal kerana sebenarnya MCA todak berminat utk memonopolinya. Silap2 kerajaan jugak yg nak kena beli..!!! MCA sedia jual semua saham Nanyang Press KUALA LUMPUR 8 Jun - MCA sedia menjual kesemua saham Nanyang Press Holdings Bhd. yang mereka miliki jika ada pihak yang sanggup membeli dengan harga lima kali ganda lebih tinggi daripada harga belian. Sehubungan itu, Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Ling Liong Sik berkata, beliau akan mencadangkan kepada Jawatankuasa Pusat parti itu jika ada pihak yang berminat. Beliau berkata, MCA sanggup menjual pegangan sahamnya itu kerana sejak dari awal lagi parti itu tidak berhasrat memonopoli atau mengawal Nanyang Press yang bertanggungjawab menerbitkan akhbar Nanyang Siang Pau dan China Press. Dr. Ling bagaimanapun berkata: ``Kita beli dengan harga RM230 juta jika ada pihak yang sanggup membeli dengan harga RM1 bilion, saya akan cadangkan kepada Jawatankuasa Pusat MCA menjual kesemuanya. Tetapi saya tidak fikir ada yang sanggup membeli sebanyak itu.'' Menteri Pengangkutan itu menyatakan demikian kepada pemberita selepas merasmikan bangunan Persekutuan Xiang Qi di sini, hari ini. Semalam, Dr. Ling ketika di Rompin berkata, MCA mempelawa mana-mana pihak mengemukakan cadangan untuk membeli saham Nanyang Press dan memberikan tempoh 10 hari iaitu sehingga 17 Jun ini untuk mengemukakan cadangan masing-masing. Beliau dipetik sebagai berkata, langkah penjualan itu adalah di bawah rancangan kewangan strategik yang dirangka sejak awal sebelum pembelian saham Nanyang Press. MCA memiliki Nanyang Press melalui syarikat pelaburan parti itu, Huaren Management Sdn. Bhd., melibatkan urus niaga bernilai RM230 juta yang ditandatangani baru-baru ini. _________________________________________________________________________ Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB) ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB) ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan ) ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net ) ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] ) ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Pengirim: "ab a" <[EMAIL PROTECTED]>