Hari ini didalam
Bernama, Rais Yatim menyarankan agar jasa dan perjuangan umno didedahkan kepada
kanak-kanak di peringkat pra-sekolah dan sekolah rendah (lihat
dibawah).
Tidakkah ini suatu
tindakan untuk mengeksploitasi kanak-kanak untuk kepentingan
politik?
Bukankah dulu ketika
dalam bulan Oktober 1999, pemimpin umno begitu lantang mengkritik
pengeksploitasi kanak-kanak kedalam hal-ehwal politik (lihat
dibawah)???
Kot pemimpin umno la ni cepat lupa?
KANGAR, 10 Jun
(Bernama) -- Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Rais Yatim menyarankan
supaya jasa dan perjuangan Umno terhadap agama, bangsa dan negara segera
didedahkan kepada kanak-kanak peringkat pra-sekolah dan sekolah rendah.
11/10/1999 Berita
Harian:
Perbuatan
paling hina (HL) By Norazmi Abdul Talib; Kadir Dikoh; Jamhariah Jaafar;
Noorwati Salleh; Wan Hazmir Bakar; Noor Jaafar; Shamsul Kamal Amarudin (682 wds)
KUALA LUMPUR, Ahad - Pelbagai kalangan mengutuk tindakan Pas menggunakan kanak-kanak dalam kempen mereka untuk menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN) dan menyifatkannya sebagai perbuatan paling hina. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, berkata tindakan mengeksploitasi kanak-kanak tidak wajar sama sekali kerana golongan itu tidak tahu menahu mengenai hal ehwal politik.

13/10/1999 Berita
Harian:
Nik Aziz pertahan perbuatan Pas guna budak (634 wds)
KOTA BHARU, Selasa - Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang sebelum ini menimbulkan kontroversi berikutan kenyataannya menyokong penggunaan perkataan mencarut dalam novel SHIT, hari ini mempertahankan pula tindakan Pas memperalatkan kanak-kanak dalam kempen mereka untuk menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN). Mursyidul Am Pas itu berkata, tidak menjadi kesalahan untuk menggunakan kanak-kanak dalam politik, termasuk bagi memastikan kemenangan Pas pada pilihan raya umum akan datang.
21/10/1999 Berita Harian:

Tindakan Pas
guna budak dikutuk (288 wds)
PENYOKONG kerajaan yang membahaskan Rang Undang-undang Kanak-kanak 1999, tidak melepaskan peluang mengkritik perbuatan Pas memperalatkan kanak- kanak untuk kepentingan politik. Ahli Parlimen Macang, Datuk Sukri Mohamed menyifatkan perbuatan Pas itu sebagai melampau dan bakal melahir satu generasi kurang ajar.