*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Umno kalah debat 
 

Umno kalah debat Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan
jadi wakil PAS dalam debat olok-olok, mempertikai
pertuduhan liwat Anwar, tindakan Mahathir dalam isu
janggut Nabi dan pentafsiran sempit Islam dalam
perlembagaan 

Oleh OTHMAN MUDA 

KUALA LUMPUR: Setelah ura-ura debat antara Ketua
Pemuda PAS, Mahfuz Omar dengan Ketua Pemuda Umno,
Hishamuddin Hussein dibatalkan oleh Umno, dan
muzakarah yang dicadangkan antara Timbalan Presiden
PAS, Tuan Guru Abdul Hadi Awang dengan Pengerusi
Majlis Fatwa, Dr Ismail Ibrahim, mengenai �Amanat
Hadi� tidak menjadi kenyataan, rupa-rupanya dalam diam
Umno membuat persiapan rapi untuk berdepan dengan PAS.


Umno dikatakan telah menganjurkan debat olok-olok
mengenai isu takfir (mengkafir) di Putrajaya, di depan
Presidennya, Dr Mahathir Mohamad, yang dipengerusikan
Penasihat Agama Perdana Menteri, Dr Abd Hamid Othman.
Wakil kedua-dua parti diberi peluang berbahas, di mana
�wakil PAS� memulakan hujah mendakwa pemerintahan
negara yang diterajui Umno tidak menurut kehendak
Islam, manakala wakil Umno kemudian menyanggahnya. 

Antara �wakil PAS� ialah Pengerusi Majlis Fatwa yang
juga Ketua Pengarah IKIM, Dr Ismail Ibrahim, dibantu
empat bekas aktivis PAS yang kini menjadi penceramah
Umno, Ghazali Ahmad, Omar Khalid, Mohd Noor Idris, Wan
Ismail Machang. Manakala Umno diwakili oleh bekas Naib
Presiden PAS, Nakhaei Ahmad, bekas AJK Ulamak PAS,
Mustapha Taib dan dua �ulamak� Umno, Dr Zainal Abidin
Abd Kadir (bekas Ketua Pengarah Pusat Islam), dan
Shafie Daud (wakil Terengganu yang selalu membahaskan
isu agama dalam persidangan Umno). 

Dipercayai debat olok-olok itu dianjurkan untuk
menguji kemampuan Umno bila berdepan dengan wakil PAS
yang sebenarnya. Hujah yang dikemukakan wakil PAS
�jadi-jadian� dalam debat olok-olok itu, dikira agak
dekat dengan hujah sebenar yang sering dikemukakan
oleh pemimpin-pemimpin PAS. 

�Yang peliknya, wakil Umno dalam debat olok-olok itu
bekas orang PAS, dan wakil PAS pun adalah bekas orang
PAS juga. Apa yang Umno ada?, kata Presiden PAS, Datuk
Fadzil Mohd Noor, dalam majlis ceramah sempena
muktamar tahunan PAS, 2 Jun lalu. Di muktamar
tersebut, VCD yang merakamkan debat olok-olok itu
laris dijual dan menjadi perbincangan ramai. Ramai
bertanya, bagaimana VCD itu boleh dikeluarkan untuk
tontonan umum sedangkan ia dijalankan secara tertutup.
(Sebelum ini, rakaman ucapan Perdana Menteri dalam
mesyuarat tertutup dengan Menteri-menteri Besar, yang
turut dihadiri Anwar, ketika itu Timbalan Perdana
Menteri, tersebar luas. Dalam ucapan itu, Mahathir
menuduh Dr Haron Din sebagai penipu dan isu janggut
Nabi, kopiah putih ditimbulkan). 

�Kita ajak debat sungguh-sungguh, Umno tak mahu, buat
pula yang olok-olok. Ini kerja budak sekolah menengah.
Lebih sedih lagi apabila mereka yang bergelar ulamak
dalam Umno ini boleh disuruh berlakon,� tegas Ustaz
Fadzil. 

Beliau seterusnya berkata, walaupun tidak meneliti
sepenuhnya VCD itu, yang jelas wakil Umno tidak
berjaya menyanggah hujah �wakil PAS�. �Ustaz Hadi yang
tengok semua kandungannya beritahu hujah �wakil PAS�
lebih kuat. Itu baru berlakon, belum pemimpin PAS yang
betul-betul lagi,� kata Ustaz Fadzil berseloroh. �Dari
satu segi, bagus juga, bolehlah Dr Mahathir dengar
sendiri apa yang orang PAS kata kepada Umno,�
tambahnya. 

Beliau tertarik dengan hujah Dr Ismail Ibrahim, yang
dalam debat olok-olok itu menjadi wakil PAS dan
mempertahankan hujah PAS. �Saya cadang, kalau jadi
sungguh debat PAS-Umno, saya nak pilih dia jadi wakil
PAS yang sebenarnya, sebab hujahnya bagus,� ujar Ustaz
Fadzil. 

Dari VCD debat olok-olok itu, Pengerusi Majlis Fatwa
itu memulakan hujah bahawa Umno mengamalkan
sekularisme dalam pemerintahan. �Walaupun Islam
diisytihar sebagai agama Persekutuan, tetapi
sekurang-kurangnya dalam dua kes, pada 1988 dan 1990,
Ketua Hakim Negara membuat kesimpulan bahawa Islam
yang diamalkan di negara ini, begitu sempit, hanya
berkaitan undang-undang keluarga, perkahwinan,
perceraian dan harta pusaka,� tegas Dr Ismail. 

�Sedangkan kami mahukan Islam yang syumul dan menjadi
sumber utama dalam hal ehwal pentadbiran negara. Tapi
yang berlaku, bukan saja undang-undang Islam tidak
dilaksanakan, malah hukumnya diperlekeh,� hujahnya
lagi. 

Beliau kemudian membacakan e-mail yang dihantar
kepadanya, selaku Ketua Pengarah IKIM, yang
ditafsirkan sebagai �Institut Kefahaman Islam
Mahathir�. Penulis antara lain membangkitkan soal
tuduhan liwat ke atas Anwar Ibrahim. 

�Penulis e-mail ini menyatakan bahawa Allah menegaskan
dalam al-Quran bahawa jangan percaya sampai bila-bila
orang yang menuduh zina atau liwat ke atas seseorang,
tanpa membawa empat saksi. Ini kerana hakim sendiri,
rujuk Utusan Malaysia, 9 Ogos 2000, mengatakan
pertuduhan liwat Anwar hanya bergantung kepada saksi
Azizan. Sedangkan Azizah dalam kes khalwatnya sendiri
mengaku dia pernah berzina. Jadi mana mungkin
keterangannya diterima,� ujar Dr Ismail membaca e-mail
tersebut. 

Beliau juga menimbulkan isu Dr Mahathir mempermainkan
sunnah Nabi, antaranya dengan mengatakan Nabi tidak
mencukur janggutnya kerana di zaman itu tiada pisau
cukur. 

�Apa dihairankan apabila rakyat tidak lagi menghormati
Mahathir kerana Mahathir sendiri permainkan hukum
Tuhan,� kata Dr Ismail mengutip kandungan e-mail yang
dihantar kepadanya itu. 

Setakat ini, belum ada sebarang reaksi dari pemimpin
Umno ekoran tersebar VCD debat olok-olok itu. 





 


=====
Harun Aminurrashid:
DeNgaN IziN ALLAH BN PasTi TeWAs !!!

__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Get personalized email addresses from Yahoo! Mail - only $35 
a year!  http://personal.mail.yahoo.com/

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Harun Aminurrashid <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke