*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
pekerja2 Nanyang kini ketakutan, kerana keberkesanan
boikot orang2 Cina terhadap akhbar itu. Sekali orang
CIna bersatu habis terlingkup akhbar yg tak disukai
mereka. Soalnya adakah orang Melayu mampu lakukan ini
terhadap akhbar penyebar fitnah Utusan Malaysia ?
NUNW rayu henti pulaukan akhbar Nanyang
KUALA LUMPUR 11 Jun - Kesatuan Kebangsaan
Pekerja-Pekerja Akhbar (NUNW) Cawangan Nanyang Siang
Pau merayu kepada Jawatankuasa Persatuan-persatuan
Cina yang menentang pengambil alihan Nanyang Press
supaya menghentikan tindakan memulaukan akhbar
berkenaan.
Pengerusinya, Choo Kee Vee berkata, tindakan pemulauan
itu bukan sahaja boleh merosakkan industri
persuratkhabaran Cina di negara ini bahkan menyebabkan
industri itu berkubur.
``Pemulauan itu juga seolah-olah memperkecilkan
sumbangan ribuan pekerja yang selama ini menyumbang
kepada kesinambungan akhbar Cina di negara ini,''
katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Sehubungan itu beliau meminta supaya masyarakat Cina
terus memberi sokongan kepada Nanyang Press di bawah
pengendalian Huaren Holdings Sdn. Bhd. dan tidak
membiarkan ia menjadi mangsa permainan politik pihak
tertentu.
Sementara itu, Gabungan Penulis Bagi Kebebasan Media
(WAMI) menggesa supaya satu pemulauan dibuat terhadap
akhbar Nanyang Siang Pau, China Press , Sin Chew Jit
Poh dan Guang Ming Daily.
Kumpulan itu yang mendakwa 95 penulis telah
menghentikan sumbangan tulisan mereka kepada akhbar
berkenaan turut menyeru penulis lain supaya mengambil
tindakan yang sama bagi membantah penguasaan MCA
terhadap Nanyang Press.
``Kami telah mengambil kata sepakat untuk tidak
menyumbangkan artikel kepada Nanyang Siang Pau dan
China Press selagi MCA masih memegang saham dalam
Nanyang press,'' kata seorang ahli persatuan itu, Yong
Kai Peng dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Beliau menyifatkan bantahan pelbagai pihak ekoran
pengambilan itu menunjukkan ada kesedaran di kalangan
masyarakat mengenai bahaya jika media dikawal oleh
parti politik.
=====
Harun Aminurrashid:
DeNgaN IziN ALLAH BN PasTi TeWAs !!!
__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Get personalized email addresses from Yahoo! Mail - only $35
a year! http://personal.mail.yahoo.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: Harun Aminurrashid <[EMAIL PROTECTED]>