Subject: (^_^) Kisah dan tauladan

assalamualaikummmmm...
  kisah & teladan

  Hai kawan-kawan, ini ade something for you guys to read...
  Bacalah. Mungkin ianya satu pembalasan.......kerana kealpaan
  manusia... bacalah ia buat peringatan kita
  bersama.....mudah-mudahan...semuga ada perubahan diri....

  Keheningan pagi membuat Kamal sentiasa terkenangkan sesuatu.
  Pengalaman manis dan pahit masih kukuh di ingatan.  Dan seperti biasa
  Kamal akan melayani lamunannya sebaik saja terjaga dari tidur.

  Mak Senah ibu Kamal menjalankan rutinnya menyuruh Kamal segera bersiap
  untuk membantunya di kebun. Kamal menarik nafas dalam-dalam kerana
  satu jadual yang terpaksa di ikut setiap hari. Selesai saja bersarapan
  mereka memulakanlah rutin kehidupan seperti biasa.  Kadang-kala terasa
  bosan juga di hati Kamal, tetapi apakan daya itu saja yang dapat
  dilakukan. Namun begitu,jauh di sudut hati Kamal dia sentiasa berdoa
  dan berharap agar hidupnya akan berubah satu hari nanti.

  Kebun mereka tidak berapa jauh dari rumah, lebih kurang 15 minit
  berjalan kaki.Sedang mereka berjalan kaki di sebatang denai, tiba-tiba
  satu cahaya muncul di hadapan mereka.  Hati mereka menjadi kaget
  kerana tidak pasti dari manakah datangnya cahaya itu. Dan tak
  semena-mena badan Kamal mula melayang-layang di udara dan Mak Senah
  pengsan waktu itu juga. Kamal ingin menjerit tetapi halkumnya bagaikan
  disekat.Dia cuba meronta
  untuk melepaskan diri tetapi sia-sia. Tiba-tiba badannya mula
  bercahaya
  secara beransur-ansur dan akhirnya sama dengan cahaya tersebut.

  Seketika selepas itu badan Kamal mula merekah-rekah. Darah segar
  memancut-mancut dari liang-liang tubuhnya. Kesakitan yang amat mula
  terasa di seluruh anggota.  Urat-urat kaki dan tangan membengkak dan
  pecah. Darah lebih banyak keluar dari tubuh badan Kamal.  Otot-ototnya
  membesar dan terkoyak secara tiba-tiba. Kamal masih tidak mampu
  menjerit namun begitu matanya semakin segar menonton penyeksaaan pada
  dirinya. Tiba-tiba  kulit badannya tersiat-siat. Setiap  sel-sel
  kulitnya seperti dirobak-rabik dan kelihatan daging putih yang tidak
  berkulit lagi.

  Darah mula terbit dicelah-celah daging badan Kamal. Pedih dan ngilu
  tidak dapat dibayangkan lagi. Apakah ini pembalasan Tuhan? Kamal tidak
  terdaya lagi. Dia tidak mampu menahan apa-apa penyeksaan yang
  dilakukan kepada dirinya. Dengan tidak semena-mena, larutan garam
  disimbah ke badannya yang tidak berkulit itu. Air garam itu mula
  menusuk ke dalam dagingnya menambah kepedihan yang sedia ada.

  "Argh......Argh,....." Itu saja yang mampu dikeluarkan dari hati
  kecilnya.
  Peristiwa sadis ini dengan tiba-tiba datang dan menyeksa dirinya.
  Secara perlahan-lahan badan Kamal yang terapung diletakkan semula
  dengan tiba-tiba. Duri-duri semalu sedang menunggu tubuh Kamal untuk
  dijamah.

  Kamal tidak tahan dengan penyeksaan itu lagi dan dia pun pengsan.
  Biarlah hilang ingatannya supaya segala kepahitan, kesakitan dan
  kesengsaraan dapat dilupai. Malam itu gempar satu kampung apabila para
  penduduk
  terjumpa Mak Senah Pengsan bersama satu makhluk yang lain.  Kamal
  tidak dapat dicam lagi oleh para penduduk kerana rupa bentuk
  fizikalnya telah berubah. Tok Imam segera dipanggil untuk melihat
  apakah makhluk itu. Tok Imam ternampak satu tanda di dada Kamal dan
  akhirnya Tok Imam dapat mengenali Kamal. Malam itu juga Tok Imam
  mengumumkan kepada
  penduduk kampung bahawa makhluk itu adalah Kamal dan kini
  ia.......telah berubah. Hidup Kamal kini betul-betul telah
  berubah........berubah...........
 ..................................
 .


  ..........menjadi................
 ...............Power -----> Rangers.

  Kushuk dan tawadukkk nampak bila membaca............hehehehehehe.....

  salam...






Kirim email ke