Date: Wed, 13 Jun 2001 17:01:46 +0800
NEWS
Print version of this story
Wednesday June 13
Nota di balik tembok Kamunting
Tian Chua
2:01pm, Wed: Penahanan tanpa bicara di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri
(ISA) adalah satu bentuk undang-undang paling zalim yang masih wujud pada
zaman moden ini. Tindakan kerajaan menangkap dan menahan kami jelaslah
bermotifkan politik.
Tahanan selama 60 hari itu memberi peluang kepada polis Cawangan Khas untuk
meracuni fikiran tahanan ISA ketika soal siasat. Siasatan itu bertujuan
mengumpul maklumat. Bagaimanapun, soal siasat berkenaan tidak ada kaitan
dengan aktiviti tahanan yang dianggap melanggar undang-undang atau mengugat
keselamatan awam.
Seperti yang ditunjukkan dalam perintah tahanan, 'jenayah' yang kami lakukan
itu tidak disokong butir-butir yang kukuh dan bukti sahih. Jelas, hukuman
sudah diputuskan sebelum penyiasatan terhadap kami habis.
Sungguhpun ia ditulis dala!
m buku berkanun, ISA tidak menjadi undang-undang
yang sah dan munasabah. Ini kerana tatacaranya tidak serasi dengan proses
undang-undang yang sah. Akta ini sebenarnya memberi kuasa mutlak kepada
diktator zalim untuk melakukan penganiayaan dan mencabuli hak serta
kebebasan seseorang.
Dalam kes kami, ISA menjadi alat bagi mengesahkan penculikan bermotifkan
politik oleh seorang diktator. Kami menjadi tebusan di tangan pemimpin yang
gilakan kuasa.
Nampaknya, Timbalan Perdana Menteri, yang juga Menteri Dalam Negeri,
Abdullah Badawi menandatangani perintah tahanan kami dalam keadaan
tergesa-gesa pada 2 Jun lalu - hari cuti umum. Oleh itu, Abdullah terpaksa
bekerja lebih masa bagi memastikan kami bersalah dan dihumban ke dalam
kurungan. Tindakan Abdulah ini amat memalukan imej seorang TPM dan ia hanya
bertujuan mengukuhkan kuasa Dr Mahathir Mohamad semata-mata.
Pembebasan kami di tangan rakyat
Pihak berkuasa cuba melemahkan penyiasatan!
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur
terhadap penahanan yang tidak sah dengan mengeluarkan perintah tahanan dan
mengenakan penjara dua tahun ke atas kami. Ini bermakna kerajaan sudah
melakukan penghinaan terhadap kedaulatan undang-undang.
Oleh itu, saya tidak fikir rayuan kami kepada 'lembaga penasihat' akan
memberikan sebarang keputusan yang positif. Penubuhan lembaga penasihat di
bawah undang-undang yang mencabuli hak asasi manusia sebenarnya
memperolok-olokkan orang awam dan satu sindiran kepada sistem perundangan
kita.
Kami tidak fikir lembaga penasihat tersebut boleh memberi jalan secara adil
dan munasabah terhadap rayuan kami. Malah sepanjang penahanan kami, pengawai
yang menjalankan soal siasat itu sendiri menjelaskan lembaga itu hanyalah
berfungsi sebagai mekanisme dalaman untuk memberi perimbangan
(check-and-balance).
Jelaslah semua keputusan berkaitan dengan ISA bermotifkan politik. Kami
tidak boleh mengharapkan rayuan berdasa!
rkan belas kasihan mereka atau
rasional perundangan. Pembebasan kami bergantung kepada kekuatan sokongan
daripada rakyat semata-mata. Kami tidak harus berharap jasa baik lembaga
penasihat untuk membebaskan kami.
Kita semua akan menikmati kebebasan sepenuhnya selepas akta ISA dimansuhkan.
Walaupun tempoh tahanan selama 14 hari belum tiba (penulis ini dihantar ke
kem Kamunting pada 2 Jun - editor), kami tidak menafikan kemungkinan ke
hadapan lembaga penasihat. Kami akan membuat pilihan strategik dan taktikal
bagi memaksimumkan dampak politik tanpa menghalalkan lembaga penasihat dan
peranan ISA.
Biarpun apa keputusan kami, lembaga penasihat sebenarnya tidak akan
mempunyai kuasa sama ada menggantung atau menyambung penahanan kami. Akta
zalim itu jelas menyatakan segala kuasa ada pada tangan Menteri Dalam
Negeri. Namun, nasib kami bergantung kepada sokongan padu rakyat. Kita yakin
bahawa ISA akan dipijak-pijak oleh rakyat yang berusah!
a menegakkan sistem
demokrasi.
TIAN CHUA adalah Naib Presiden Parti Keadilan Nasional. Nota ini
diterjemahkan daripada teks asal berbahasa Inggeris seperti diterbitkan
malaysiakini semalam.
Tian Chua guna Internet hasut sertai demo: KDN
Last modified:Wednesday June 13, 2:03 pm
Print version of this story
COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM
Do You Yahoo!?
Yahoo! Mail Personal Address - Get email at your own domain with Yahoo! Mail.
