*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Mana Ada Bom, Cerita Seks Adalah...
(Nothing On bombs, just sex..........)
Seorang bekas tahanan ISA menceritakan bagaimana dia soal siasat
berjam-jam lamanya mengenai pengalamannya dengan wanita
dan bukannya mengenai tuduhan-tuduhan bahawa dia bercadang menjatuhkan
kerajaan melalui tindakan militan.
�Tidak ada satu soalan tentang bom, molotov koktel, ataupun
kerja-kerja militan,� demikian kata Ketua Pemuda Keadilan
N.Gobalakrishnan
kepada Malaysiakini dalam satu wawancara eksklusif.
�Sebaliknya mereka memberitahu saya betapa Tian (Chua) dan Ezam Mohd Nor
telah mengaku betapa mereka meniduri ramai perempuan, dan
saya mesti juga berbuat pengakuan yang serupa,� katanya.
�Mereka telah juga memberitahu sebab saya ditangkap ialah kerana saya
kerap mengaibkan perdana menteri dengan menyebut �Mahathir
undur� ketika berceramah.�
Gobalakrishnan adalah antara 10 aktivis reformasi yang telah ditahan
bawah undang-undang ISA yang membolehkan penahanan tanpa
perbicaraan, dalam satu operasi polis bermula 10 April. Beliau dan
seorang ketua pemuda Abdul Ghani Haroon, telah dibebaskan oleh
Mahkamah Tinggi Shah Alam setelah ditahan selama 51 hari. Dua orang lagi
telah dibebaskan tanpa syarat oleh pihak polis.
Namun, empat orang lagi, timbalan presiden Keadilan, Chua, pemimpin pemuda
Ezam dan Shaari Sungaib, dan kolumnis Malaysiakini
Hishamuddin Rais, telah dihantar ke Kamunting di Perak pada 2 Jun,
untuk ditahan selama dua tahun atas arahan Menteri Dalam Negeri
Abdullah Ahmad Badawi.
Nasib ahli majlis tertinggi Keadilan, Dr. Badrul Amin Bahiron dan
seorang lagi pemimpin pemuda parti itu Lokman Noor Adam, yang ditahan
pada 20 dan 24 April, masih belum diketahui. Permohonan habeas corpus
di Mahkamah Tinggi Shah Alam akan didengar esok hari.
Habeas corpus ialah satu writ yang memerintahkan banduan dihadapkan
kepada seorang hakim untuk menentukan kesahihan
penahanannya.
Harimau Tamil
Gopalakrishnan telah memberitahu Malaysiakini apabila dia enggan
mengaku segala tuduhan kelakuan seksualnya, dia telah dijerit dan
didera dan ditolak ke dinding oleh para penderanya.
�Pada satu hari mereka membiarkan seorang anggota polis yang besar
tubuh badannya yang memang menggerunkan. Dia telah menolak
saya daripada tempat duduk dan menekan saya ke dinding dan berkata:
�Aku pernah mendera orang Tamil Elam, dan engkau tidak perlu
berlagak,� katanya.�
�Pernah mereka mahukan saya membuat pengakuan kerana telah menerima
banyak maklumat. Saya hanya perlu menceritakan yang benar dan
jika enggan, saya akan dihantar ke Kamunting,� tambah beliau.
Gobalakrishnan menceritakan para pendera itu menghabiskan masa yang
panjang setiap hari dimana tiga hingga empat anggota polis
menderanya pada sekali masa. Sepanjang penahanannya itu, terdapat 12
pegawai polis yang berasingan, tiga daripadanya kaum India, tiga
Cina dan enam Melayu. Dia tidak dapat membezakan perjalanan masa
setiap penderaan itu kerana dia sudah kehilangan arah akan
peredarannya.
Gopalakrishnan menambah betapa dia diberitahu yang isterinya R.Vasanthi
telah pun mjenghilangkan diri, dan sedang menjalin hubungan
dengan lelaki lain dan dia juga sentiasa menghadiri ceramah dengan
ditemani oleh pemimpin pemuda PAS, Mahfuz Omar. Dia juga
memberitahu bagaimana polis telah mengugutnya untuk menahan isterinya juga
seandainya dia terus berkempen terhadap ISA ketika ceramah
itu.
�Kasihanilah anak-anak kamu, kata mereka. Apa akan jadi kepada mereka
kalau kami tahan isteri kamu pula," kata Gobalakrishnan.
�Saya beritahu mereka terdapat 1,000 penyokong di luar sana yang sanggup
menjaga keselamatan keluarga saya. Saya tidak akan menahan
isteri saya (menghadiri ceramah itu),� katanya.
Propaganda
Mengikut kata Gobalakrishnan, dia dikurung sendirian dalam satu bilik
yang berukuran lapan kali enam kaki dengan satu lampu kecil yang
meneranginya. Dia terpaksa tidur tanpa bantal dan selimut. Pancuran mandi
dan kemudahan tandas memang terdapat di kamar itu.
�Itu memang kerja penderaan yang mengaibkan. ISA tidak layak untuk
manusia,� kata beliau.
�Mereka sediakan makanan yang tidak boleh saya makan. Saya dihinggapi
penyakit gusi dan hampir mengalami masalah kesihatan kerana
terpaksa membuat gerakan riadah dengan pakaian penjara yang tidak
menyediakan seluar dalam.�
Ketika seorang doktor datang memeriksanya dia telah meminta diberikan
masakan India, dan seluar dalam, tetapi hapah pun tidak ada.
Gobalakrishnan tidak diizinkan sebarang pelawat selama lebih satu bulan.
Dia mengatakan bagaimana dia sentiasa diberitahu betapa
keluarganya enggan menemuinya dan tidak ambil kisah akan dirinya.
�Mereka menunjukkan keratan akhbar tentang permohonan habeas corpus
yang membabitkan rakannya yang lain, tetapi menyatakan tidak
ada sesiapa yang memohon untuk saya,� katanya .
Gopalakrishnan menuduh bahawa para penderanya berlagak lebih hebat
laksana pakar propaganda Barisan Nasional daripada sebagai
pegawai polis. Dia mengatakan betapa pihak polis semakin risau apabila
pergerakan anti-ISA dikendalikan oleh para isteri, sahabat dan
keluarga para tahanan.
�Mereka cub memutar minda saya mengenai BN. Mereka terus memberitahu
saya bahawa Mahathir adalah manusia baik, dan Anwar tidak baik
kerana mereka telah menyaksikan Anwar melakukan kerja yang tidak
senonoh,� kata Gobalakrishnan.
Dia telah mencabar pegawai polis itu bersumpah kepada Allah kerana
telah menyaksikan perbuatan Anwar sebegitu tetapi mereka hanya
berdiam membisu dengan cabarannya itu.
Mantan timbalan perdana menteri kini sedang menjalani hukuman 15
tahun penjara di Sungai Buluh kerana (apa yang dikatakan) korupsi
dan perbuatan tidak senonoh.
�Soal-siasat mereka memang bersifat perkauman. Mereka kerap mendesak saya
menganggotai MIC semula kerana Keadilan tidak berlaku adil
kepada orang India. Mereka memberitahu saya untuk menganggotai IPF
ataupun PPP di mana saya mempunyai masa yang cemerlang.�
Suhakam Yang Tidak Bebas
Gobalakrishnan berkata apabila dia ditemui oleh perwakilan Suhakam di
ibu pejabat polis Kuala Lumpur, dia telah ditemani oleh para
penderanya yang menyekatnya daripada bercakap kepada para suruhanjaya
akan pengalamannya ketika ditahan.
�Apabila saya disoal apakah ada apa-apa yang mahu saya cakapkan, para
pendera saya akan menyuruh pesuruhjaya itu berhenti di situ
dan menanyakan soalan lain,� kata beliau.
�Apabila pesuruhjaya itu menyoal saya cara saya dilayan ataupun
mengenai kesihatan saya, ada pendera saya yang mengatakan soalan
itu tidak relevan, � katanya.
Gobalakrishnan menceritakan ada pesuruhjaya yang menanyakan kalau dia
diberikan makan tiga kali sehari dan samada dia dipukul, didera
ataupun dizalimi.
Malahan, katanya, salah seorang pesuruhjaya itu perasan betapa saya
kelihatan lemah, menggeletar dan mencungap-cungap.
�Pesuruhjaya itu menanyakan umur saya, dan apabila saya sebut saya
berusia 41, mereka menjadi terkejut," katanya.
Dia berkata, pertemuan dengan Suhakam, tidak membawa sebarang makna.
�Mereka mudah dikelentong oleh polis. Sepatutnya mereka menemui kami
selepas kami dibebaskan,� kata beliau.
Pada 24 Mei, empat orang pesuruhjaya Suhakam - Anuar Zainal Abidin,
Mehrun Siraj, Dr. Mohammad Hirman Ritum Abdullah dan Prof
Hamdan Adnan - telah bertemu 10 tahanan ISA secara berasingan, enam
minggu selepas Suhakam membuat permohonan itu kepada polis.
Mereka telah melaporkan betapa tidak ada penderaan terhadap 10 orang
tahanan itu, melainkan seorang tahanan yang mengatakan dia
telah ditolak ke lantai dari tempat duduknya dan menuduh dia tidak
dibenarkan membuat lapuran polis.
Namun, Suhakam tidak pula menamakan sebarang tahanan dalam kenyataan
akhbarnya yang telah dikeluarkan selepas perjumpaan yang
memakan masa tiga jam. Gobalakrishnan menyebut dialah orang yang Suhakam
maksudkan sebagai ditolak ke lantai itu.
Kenyataan itu juga menyebut nama timbalan pengarah Cawangan Khas
Abdul Razak Sulaiman dan seorang pegawai polis lagi telah
menghadirkan diri di sepanjang pertemuan itu.
Suara Allah
Gobalakrishnan menyatakan betapa dia dinafikan hak berjumpa peguamnya
ketika dalam tahanan. Dia juga kerap dinafikan haknya membuat
aduan terhadap para penderanya. Dia berkata, pada hari dia diarahkan
bebas oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam, dia telah di kurung dalam
satu lokap mahkamah dan telah didatangi oleh sekitar 30 anggota cawangan
khas .
�Saya fikir mereka mahu mengecam muka saya supaya mudah menangkap
saya semula apabila dibebaskan,� katanya.
Dalam satu keputusan yang bersejarah, Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam
YA Mohd Hishamuddin Mohd Yunus telah mengarahkan
Gobalakrishnan dan Abdul Ghani Haroon dibebaskan atas alasan penahanan
mereka di bawah ISA adalah tidak sah, dilaksanakan dengan
niat jahat dan alasan yang tidak jelas.
Hishamuddin juga memberikan arahan agar polis tidak menangkap mereka
semula dalam waktu 24 jam selepas dibebaskan.
Ketua Polis Negara telah pun mengemukakan rayuan terhadap penghakiman
Hishammuddin itu dan perkara itu akan didengar di
mahkamah persekutuan pada 18 Jun.
Ditanya apa perasaannya terhadap penghakiman itu, Gobalakrishnan
berkata. �Suara Hakim Hishamuddin seolah-olah merupakan suara
Yang maha Esa untuk saya pada hari itu. Doa permohonan kami telah
dimakbulkan.�
_________________________________________________________________________
Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: "Hoot Hoot" <[EMAIL PROTECTED]>