*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Untuk kenyataan pertama sdr, saya kira ianya amat sesuai dipulang kepada
diri sdr sendiri. Nampaknya sdr-lah yang tidak suka menerima sanggahan. Kan
sdr yang bertanyakan apa tujuannya.
Saya kira jawapan saya 1) & 2) yang terdahulu sudah cukup memadai
menjelaskan tujuan saya. Jelasnya sdr tidak mahu mengakui asal topik ini
yang memang saya tujukan kepada warga Hizbi!!
Bukankah topik ini berkait dengan fikrah kita terhadap undang-undang Allah?
Kenapa sdr bertanyakan tentang hududkan diri sendiri?
Adakah sdr cuba memesongkan maksud hudud yang diperbincangkan?
Pertanyaan sdr tentang adakah Nabi Muhammad menjatuhkan hudud agak
memeranjatkan saya!!!
Sdr boleh refer mana-mana kitab yang berkaitan dengan
hudud/had/qisas/jinayah.
Sebagai contoh sdr boleh refer pada kitab Mutla'al Badrain yang digunakan
oleh sekolah-sekolah agama yang ditadbir oleh Jabatan Agama Islam Johor.
Dibawah disertakan beberapa hadis yang berkaitan (kalau masih tak cukup, sdr
boleh refer kitab hadis sahih Bukhari & Muslim):
(1) Diriwayatkan daripada Saidatina Aisyah r.a katanya: Pada zaman
Rasulullah s.a.w, baginda tidak akan memotong tangan seseorang yang mencuri
kurang dari harga sebuah perisai dan sebuah perisai kulit, sedangkan
kedua-duanya berharga.
(2) Diriwayat dari Ibnu Umar ra. ia berkata
bahwa Rasulullah saw. pernah memotong tangan orang yang mencuri sebuah
perisai yang harganya tiga dirham
(3) Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Seorang lelaki dari
kalangan orang Islam datang kepada Rasulullah s.a.w ketika baginda sedang
berada di masjid. Lelaki itu memanggil baginda s.a.w, wahai Rasulullah!
Sesungguhnya aku telah melakukan zina, Rasulullah s.a.w berpaling darinya
dan menghadapkan wajahnya ke arah lain. Lelaki itu berkata lagi kepada
baginda, wahai Rasulullah! Sesungguhnya aku telah melakukan zina, sekali
lagi Rasulullah s.a.w berpaling daripadanya. Perkara itu berlaku sebanyak
empat kali. Apabila dia mengaku ke atas dirinya sampai empat kali, akhirnya
Rasulullah s.a.w memanggilnya dan bersabda: Adakah kamu gila? Lelaki itu
menjawab: Tidak, Rasulullah s.a.w bertanya lagi: Apakah kamu sudah berkahwin
atau berumahtangga? Lelaki itu menjawab: Ya. Maka Rasulullah s.a.w bersabda
kepada para sahabatnya: Bawalah dia pergi dan laksanakanlah hukuman rejam ke
atas dirinya.
(4) Diriwayatkan daripada Ubadah bin as-Somit r.a katanya: Ketika aku
bersama dengan Rasulullah s.a.w dalam satu majlis. Baginda bersabda:
Seharusnya kamu membuat pengakuan kepadaku bahawa kamu tidak akan
menyengutukan Allah dengan sesuatu yang lain juga kamu tidak akan melakukan
zina, mencuri dan tidak akan membunuh orang yang telah diharamkan oleh Allah
kecuali dengan hak. Barangsiapa di antara kamu yang mematuhinya maka akan
diberi ganjaran pahala oleh Allah. Barangsiapa yang terlanjur melakukannya
maka dia akan mendapat hukuman yang merupakan kaffarat baginya. Sesiapa yang
terlanjur melakukannya tetapi Allah telah menutupinya, maka itu adalah
urusan Allah. Jika Allah mahu memberi keampunan kepadanya sudah pasti Allah
akan mengampuninya. Tetapi jika Allah mahu menyiksanya, maka sudah pasti
Allah akan menyiksanya.
(5) Diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a katanya: Sesugguhnya seorang
lelaki yang meminum arak telah dihadapkan kepada Nabi s.a.w kemudian baginda
telah memukulnya dengan dua pelepah kurma sebanyak empat puluh kali.
(6) Diriwayatkan daripada Abu Burdah al-Ansari r.a katanya: Beliau telah
mendengar Rasulullah s.a. w. bersabda: Seseorang tidak akan didenda lebih
dari sepuluh kali sebatan kecuali hukuman yang telah ditetapkan oleh Allah.
-----Original Message-----
From: Adnan Ismail [mailto:[EMAIL PROTECTED]]
Sent: Thursday, June 14, 2001 11:04 AM
To: Hassan, Haslim
Subject: Re: H-Net* RE: Perbandingan Ucapan Pemimpin Agung
Oleh kerana nampaknya sdr yang tidak suka menerima sanggahan.
Gunakan sebaik-baik nya ruangan e-group ni dengan menyebarkan
ilmu-ilmu ugama bukannya perdebatan/perbalahan.
Kalau kamu nak teruskan juga silakan tetapi diantara kamu berdua saja.
Lebih baik lagi jumpa berdepan dengan dia.
Hukum hudud ni memang bagus, tapi kamu dah hududkan diri kamu ke
belum. Nabi Muhammad dulu ada ke menjatuhkan hukum hudud.
Beritahu saya siapa yang mula-mula kena.
"Hassan, Haslim" wrote:
> Oleh kerana nampaknya sdr masih tak memahami;
>
> 1) tujuannya adalah kerana jawapan diberi secara langsung atau tidak
> langsung juga ditujukan kepada mereka-mereka didalam Hizbi yang pernah
> mengutarakan persoalan yang sama, spt kata pepatah "kill many birds (bukan
> setakat 2) with one stone"!
>
> 2) juga mungkin sebab sdr lupa kot, topik ini pada asalnya memang saya
> tujukan ke Hizbi.
>
> 3) bukankah Hizbi ini adalah e-group medan berdiskusi??? Jadi apa tujuan
sdr
> melanggan Hizbi in the first place? Takkan sdr masih tak memahami realiti
> medan hizbi ini?
>
> Dari e-mail sdr yang lepas-lepas, sdr nampak gaya spt sensitif dan spt
mudah
> nak melenting apabila topik hukum hudud, hukum Allah di ketengahkan.
>
> Persoalan saya, adakah kerana sdr tak suka kalau hukum dan undang-undang
> Allah ditegakkan di bumi Malaysia ini?
>
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: "Hassan, Haslim" <[EMAIL PROTECTED]>