1.      7. Tiada seorang lelaki atau perempuan, mengikut mana yang berkenaan, boleh, oleh sebab nasab, berkahwin dengan;

(a) Ibunya atau bapanya.

(b) Neneknya hingga ke atas sama ada dari sebelah bapa atau dari sebelah ibu.

(d) Akan perempuannya atau anak lelakinya dari cucu perempuannya atau  cucu lelakinya hingga ke bawah.

(e)    Saudara perempuan atau saudara lelaki seibu, sebapa, saudara perempuan atau saudara lelaki sebapa dan saudara perempuan atau saudara lelaki seibu.

(f)   Emak saudara atau bapa saudara sebelah bapanya hingga ke atas.

(g)    Emak saudara atau saudara sebelah ibuna hingga ke atas.

Tiada seseorang lelaki atau perempuan, megikut mana yang berkenaan boleh, oleh sebab pertalian kahwin, berkahwin dengan.

 (a)    Ibu mertuanya atau bapa mertuanya hingga ke atas.

(b)   Emak tirinya atau bapa tirinya, iaitu isteri bapanya atau suami ibunya.

(c)    Nenek tirinya, iaitu isteri atau suami kepada nenek lelakinya, atau nenek perempuannya, sama ada dari sebelah bapa atau sebelah ibu.

(d)   Menantunya.

(e)    Anak perempuan tiri hingga ke bawah yang telah disetubuhi ibunya.

(f)     Akan lelaki tiri hingga ke bawah.

 

Tiada seseorang atau perempuan, mengikut mana yang berkenaan, boleh, oleh sebab sesusuan berkahwin dengan orang perempuan atau lelaki yang ada hubungan dengannya melalui penyusuan di mana, jika hubungan itu adalah melalui penyusuan. Jika hubungan itu adalah melalui kelahiran dan bukan melalui penyusuan, perempuan atau lelaki itu tetap dilarang berkahwin dengannya oleh sebab nasab atau pertalian kahwin.

Tiada seseorang lelaki boleh mempunyai dua isteri pada satu masa jika isteri-isteri itu adalah pertalian antara satu sama lain melalui nasab, pertalian kahwin, atau susuan dan pertalian itu adalah dari jenis yang jika salah seorang daripada mereka adalah seorang lelaki, menjadikan perkahwinan antara mereka tetap tidah sah disisi Hukum Syarak.

2.     8. Tiada seseorang lelaki boleh berkahwin dengan seseorang bukan Islam.

 

Tiada seseoarng perempuan boleh berkahwin dengan seseorang bukan Islam.

 

3.      9. Sesuatu perkahwinan adalah tak sah melainkan jika cukup semua syarat yang perlu, menurut Hukum Syarak untuk menjadikannya sah. 

1     10. Sesuatu perkahwinan yang bersalahan dengan Enakmen ini tidak boleh didaftarkan di bawah Enakmen ini.

11.      Sesuatu perkahwinan adalah tidah diakui dan tidak boleh didaftakan di bawah Enakmen ini melainkan kedua-dua pihak kepada perkahwinan itu boleh bersetuju terhadapnya, dan sama ada;

(a) Wali pihak perempuan telah bersetuju terhadap perkahwinan itu mengikut Hukum Syarak atau.

                        (b) Hakim Syariah yang mempunyai bidangkuasa di tempat mana pihak perempuan itu bermustautin atau                                 seseorang yang diberi kuasa secara am atau khas bagi maksud itu oleh Hakim Syariah itu telah, selepas                                 penyiasatan wajar dihadapan semua pihak yang berkenaan, memberi persetujuan tersebut boleh diberi jika                             wali tidak boleh dikesan atau jika wali telah enggan memberi persetujuaan dengan tiada sebab yang            
                        munasabah.

Kirim email ke