Dunia mengiktiraf Malaysia sebagai satu model negara Islam???
 
Yes!!!
Ada casino, ada kilang arak, malah antara negara pengeluar arak terbesar (bukan setakat dikalangan negara 'so-called' Islam) , artis dipuja disanjung (boleh tengok langkah Puteri Umno) dan tak perlu laksanakan undang-undang Allah sebab undang-undang manusia lebih tinggi dan lebih adil dari undang-undang Tuhan (lagi pun takut ramai rakyat yang mati kena rejam, kudung dan kurang produktiviti, mundur spt kata-kata presidennya) !
 
Itulah mentaliti umno!
Persoalan: Dunia mengiktiraf, adakah Allah dan RasulNya akan mengiktiraf???

Perhimpunan UMNO: Ketepikan ucapan mengampu kepimpinan

Saudara Pengarang,
PADA tahun ini UMNO akan mengadakan Perhimpunan Agung pada usia 55 tahun kewujudannya.

Sebagai ahli parti dari generasi profesional muda yang saban tahun tidak ketinggalan menghadiri dan menghayati pengisian perhimpunan tahunan kecuali pada tahun ini (kerana mengerjakan umrah), izinkan saya memberi sedikit pengharapan.

Setiap perwakilan serta pemimpin mestilah bangkit daripada mimpi indah tentang kedudukan UMNO sebagai sebuah parti unggul yang mewakili orang Melayu.

Kejutan kekalahan di Terengganu serta kemerosotan prestasi di beberapa negeri lain seolah-olah sudah mulai dilupai. Kita sebaliknya tidak habis-habis dengan agenda permasalahan dalaman parti bagaikan tiada kesudahannya.

UMNO bukan sahaja terpaksa berhadapan dengan orang-orang Melayu daripada parti-parti yang berlainan aliran perjuangan, tetapi musuh-musuh luar negara.

Dan amat malang, pada saat-saat genting ini, UMNO juga terpaksa berhadapan dengan tikaman serta perpecahan dalaman parti.

Keretakan perpaduan parti akibat pemilihan kepimpinan bahagian amat merunsingkan.

Pada zaman teknologi maklumat dan siber ini, rakyat serta ahli-ahli muda UMNO dan musuh-musuh UMNO bukannya buta. Kita harus sedar dan menerima hakikat daripada hasil keputusan pilihan raya yang lepas. Apakah UMNO sudah melakukan yang terbaik demi untuk mengelakkan daripada mimpi dan igauan keputusan pilihan raya lalu tidak akan berulang?

Mengembalikan kekuatan bagi menghadapi pilihan raya 2004 sepatutnya menjadi agenda utama di perhimpunan agung kali ini.

Ketepikan ucapan-ucapan yang bersifat memuji untuk membodek kepimpinan parti, sedangkan pada hakikatnya pengisian perjuangan parti semakin rapuh dan lemah.

Kita harus menelan ubat walau betapa pahit sekalipun. Yang penting ia dapat menyembuh dan mengembalikan kegemilangan kecemerlangan parti seperti pada suatu ketika dahulu.

Agenda penghapusan politik wang tidaklah perlu diberikan penekanan sangat kerana ia telah dipikul dengan baik oleh Lembaga Disiplin parti. Apa yang perlu ialah kita memberi sokongan penuh kepada segala usaha Lembaga Disiplin.

Sejarah telah mempamerkan bahawa kebanyakan parti politik yang pada satu masa dahulu menjadi parti pemerintah di seluruh dunia akhirnya lenyap dimamah virus kehancuran. Contoh paling dekat ialah Parti Golkar di Indonesia.

Jika kita masih melakukan kesilapan berulang kali, maka kita juga akan mengundang mala petaka yang akan merugikan seluruh bangsa Melayu termasuk generasi anak-anak kita.

Nasi belum menjadi bubur. Namun jika sudah menjadi bubur sekalipun, andainya dimasak dengan ramuan yang betul, bubur itu masih enak dan berkhasiat untuk dinikmati bersama.

Kita sebenarnya telah membuktikan bahawa UMNO yang berjuang berteraskan konsep keislaman telah berjaya memerintah dan membangun Malaysia yang mempunyai rakyat pelbagai kaum ke arah kecemerlangan.

Dalam masa yang sama, dunia telah mengiktiraf Malaysia sebagai satu model negara Islam. Mengapa kita tidak terus memperkukuh hakikat ini? - DR. MOHD. AZAM RAUZAN, Ahli UMNO Akar Umbi, Johor.

http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2001&dt=0618&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_01.htm

Kirim email ke