*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum wrth wbth..
Saya tidak berhasrat untuk membincangkan perkara ranting sebelum menyelesaikan masalah pokok. Sebab perkara ranting telah berlaku pada zaman sekalian nabi dan rasul. Namu sekalian nabi dan Rasul sentiasa bertekad dengan perkara pokok kemudian barulah menyelesaikan perkara ranting.
Perkara pokok dalam agama adalah Iman, Islam dan Ehsan, setiap sahabat tidak bercanggah dalam masalah ini. Kebenaran mereka dalam perkara ini telah mendapat natijah yang besar daripada Allah s.n.w. Sedemikianlah mereka telah menawan 1/3 dunia, ada dalam bentuk peperangan, dakwah, jizyah dll.
Mengajak manusia yang ditunjukkan oleh Rasulullah sendiri tidak berdasarkan isu semasa samada masalah eksploitasi wanita, coruption, kezaliman, sekatan ekonomi dan berbagai-bagai lagi. Apa yang di tarbiah oleh Rasulullah adalah ketabahan dan bagaimana mendekatkan diri kepada Allah dengan talian syahadah. Talian rohani dan jasmani sahabat dengan Allah dan Rasulullah begitu kuat dan mantap. Pada mereka kekuatan itu datang disebab cinta mereka yang mendalam kepada agama itu sendiri. Bukan kekuatan yang datang dengan sebab benci kepada makhluk yang tidak memberi bekas.
Apabila umat Islam menghadapi masalah besar mereka kembali kepada baiah, misalnya baiatul Ridhuan, baiatul aqabah dann bermacam-macam lagi kalau kita semak dalam fakta sejarah mengikut al quran dan sunnah.
Kepada mereka, cinta kepada Allah dan Rasul mencukupi bagi segala-galanya, natijahnya lahirlah korperat Islam seperti Abdul rahman bin Auf, Ilmuan islam seperti Ali karramallah Hu wajhah, Panglima Islam seperti khalid Ibnu walid, dan banyak lagi tokoh-tokoh Islam yang tiada tolak bandingnya. semuanya tidak menggunakan isu-isu semasa untuk menagih simpati atau ingin menonjolkan kebenaran yang bukannya mutlak untuk dijadikan asas iman, islam dan ehsan.
Tidak tamak kepada dunia yang orang-orang terdahulu tunjukkan telah lahir begitu ramai ulama islam dan orang Islam sehingga sampai ke tanah melayu sehingga hari ini. Namun apa bila hampir terhakis sistem-sistem pondok maka lahirlah ulama-ulama baharu yang menafikan sistem berkenaan serta tidak mampu lagi meneruskannya serentak menuduh mereka ini ortodok tanpa membawa kemajuan, sedangkan ulama ini tidak pernah menolak sebarang bentuk kemajuan asalkan tidak membawa manusia kepada kekufuran.
Akhirnya ulama-ulama tua tidak mampu lagi bersuara kerana suara mereka tidak memuaskan nafsu orang-orang jahil seperti saya. Suara mereka tidak lantang ditempat-tempat ceramah, sehingga ada pendapat pejuang-pejuang Islam Yang Lantang berceramah mengatakan Islam tidak akan berkembang kalau asyik dipondok. Sedang dapat kita bersyahada dengan sebab adanya mereka, demikianlah Islamnya melayu Di tanah jawi ini juga disebabkan kerja mereka.
Namun apa yang dapat kita buat hanyalah, menjadikan isu semasa sebagai pokok dan isu pokok sudah tidak penting lagi.
Jadi apabila ada sahabat netters yang cuba mengheret saya kepada isu royalti, yang mana saya juga rakyat Terengganu, saya akan berkata " kalau saya sebagai pemimpin kerajaan Terengganu, saya telah plankan masalah sedemikian 5 tahun sebelum" Nabi Allah Yusuf mengatur 7 tahun negeri Mesir sebelum datang kemarau, Seorang sultan mendapat Alamat apabila puak nasrani cuba menggali kubur Rasulullah, dan banyaklah lagi sejarah kehebatan pemimpin, sebab tu pemimpin kena ada futureristik, lihat Mahathir sudah ada wawasan 2020, cara nak selesai masalah ekonomi dan sebagainya. Walaupun cara penyelesaian beliau bukian 100% tepat, tapi sekurang-kurangnya ada kaedah penyelesaian bukan pakai hentam lepas tu ajak semua rakyat pakai hetam, lepas tu apapun tak dapat.
Bukann bermakna saya sokong mahathir cuma nak bagi tahu kaedah cara nak memimpin. Katalah semua minyak di laut tak ada bulan depan, apa kita nak kata,,,,? Atau kita nak kata Hah itulah balasanya orang khianati kita? Semua Allah dah tarik... Apa kah itu jawapan yang paling baik, dengan memberi komen daripada kita tak dapat biar semua tak dapat...sebenarnya inilah perangai sebahagian pemimpin UMNO sekarang, akalu akau tak boleh jadi calon hah, biar kalah semua. Ingatlah ramai lagi budakdalam perut, dalam sulbi bapak, dalam rahim ibu yang ingin hidup setelah menerima perjanjian Allah di alam roh.
Kepada pemimpin UMNO pula, kaji balik peranan nak berjuang untuk Agama Bangsa dan Negara. Untuk Agama setakat mana dan dah sampai tahap mana, penglibatan pimpinan setakat mana, pemimpin pertengahan setakat mana, bawahan setakat mana. Letakkan satu wawasan, 2020 nak lahirkan Ulama Muktabar berapa orang, sekarang dah ada berapa orang...banyaklah kalau nak cerita. Semua ni kena jelaskan kepada rakyat dengan sempurna, kalau kena kutuk ke, maki ke banyak bersabar itu semua pahala percuma daripada Allah, mulai sekarang pilih betul-betul pemimpin pelapis, syaratkan kepada perwakilan, kalau nak pilih Ketua bahagian di kalangan Ustaz, maka yang layak mengundi tentukan mereka yang faham fardhu ain. Kalau Ketua bahagian Orang kaya, tentukan pemilihnyapun biarlah yang kaya-kaya baru tak kena beli. Kalau boleh tubuh Puteri Umno, kenapa tak boleh tubuh korperat UMNO, Ulama' Umno, Tak usah malu, kalau kita benar-benar ikhlas Allah sentiasa bersama. Lagipun selama ini orang kata juga!
. Yang penting, aqidah, syariat dan akhlak lebih boleh dijadikan contoh.
Pastikan ketua bahagian Yang alim perlu berapa orang, lawyer berapa orang, korperat berapa orang dan semuanya supaya lengkap apabila memerintah negara. Demikian juga Pas, duduklah semeja bincang elok-elok jangan banyakkan syarat, selesaikan masalah pokok. Berunding masing-masing jangan ta'sub pada pendapat, lihat kemana nak bawa rakyat. Kami rakyat ni nak tengok benda baik bukan nak gadoh-gadoh.
Cukuplah dulu,,,... Wallah Hu Ta'ala A'lam.Wassalam
>From: "pisang kelatkeling" <[EMAIL PROTECTED]>
>To: [EMAIL PROTECTED]
>Subject: Re: H-Net* Petronas : Umno (Baru) Dan USA Serupa
>Date: Tue, 19 Jun 2001 16:30:44 -0700
>
>
> *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
> { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
> { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
> *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
> ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>Salam,
>
>Kata tuan hamba tu betul jugak. Cumanya kalau apa yg puak2 tak
>center tu buat, rakyat buat derk aje, tak tunjuk rasa marah, tak
>ada expresi diri, macam puak2 umcino yg walaupun pemimpin2 dia
>sewenang2nya mencabul dari harta rakyat ke undang2 tapi mereka masih
>senyum macam kambing (senyum kambing), makin galaklah penyangak2 tu.
>Dalam rakyat dok marah pun, depa cabul lagi dan cabul lagi; contoh
>pencabulan luar tabii ialah pengundi hantu di likas - sila baca
>muka depan harakah tentang keterangan saksi betapa cabulnya tindakan
>pm dan megat.
>
>Nak tau betapa kayunya sesetengah puak2 umcino ni, tunggu persidangan
>depa sat lagi - akan keluarlah ahli2 sajak, ahli2 lawak, ahli2 pemidato
>yg cakap berapi tapi habuk pun tarak. Juang punya juang, melayu makin
>celaru. Islam apa lagi...
>
>Kalau betul mereka ni pejuang bangsa yang bangga dengan keris bogel
>tu, sentap turun pemimpin2 mereka yang merosakkan agama dan bangsa
>serta berkenan benar dengan peel firaun yg zalim tu. Kalau hukum
>tak bertamadun ISA pun depa masih dok sokong, kita taulah jenis apa
>depa tu...
>
>Bukankah dijadikan bebenda didunia berpasang2. Ada jantan ada betina.
>Ada malaikat ada setan. Ada umcino ada pas. Ada pemimpin zalim ada
>rakyat yang berani kata pemimpin tu zalim "Ooii si zalim....udahlah tu".
>
>Satu lagi, kita bukan nak telan pemberian dia orang, tapi nak ambil
>hak kita, hak rakyat yang dia orang rompak. Macam orang masuk rompak
>rumah kita, lepas tu semasa melarikan diri, dia accident dengan lori
>dan mampuih, barang2 kita rosak sikit tapi ok, maka kita pun ambillah
>balik. Begitulah dengan umcino ni. Muka punyalah tak malu, perjanjian
>yang ditandatangani pun diliwat satu macam aje. Jenis manusia ke jenis
>apa dia orang ni?
>
>Satu lagi, rasanya orang jahiliah dulu buat naya kat orang Islam secara
>sendiri2 - maknanya mereka lebih gentlemen. Tapi puak2 umcino ni,
>punyalah bacul, tak berani lawan secara man-to-man, ceramah lawan
>ceramah, hujjah lawan hujjah) tapi depa liwat mahkamah, liwat undang2,
>liwat kehakiman, dsbnya.
>
>Last sekali, aku pun bukan suka sangat marah2 ni sebab menyiksakan
>perasaan. Tapi dengan puak2 umcino ni, silap2 tunggul kayu pun boleh
>marah.
>
>---- Original Message -----
>From: Ibrahim Imran
>To: [EMAIL PROTECTED] ; [EMAIL PROTECTED] ; [EMAIL PROTECTED]
>Sent: Tuesday, June 19, 2001 11:51 PM
>Subject: Re: H-Net* Petronas : Umno (Baru) Dan USA Serupa
>
>
>*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* { Sila lawat
>Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net } { Hantarkan mesej anda ke:
>[EMAIL PROTECTED] } { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
>*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* PAS : KE
>ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>Assalamualaikum Wrth. Wbth.
>
>Apabila Rasulullah s.a.w menghadapi berbagai masalah, Rasulullah s.a.w
>tidak menyalahkan sesiapa sehinggalah Jibrail a.s menawarkan kepada
>baginda supaya berdoa agar bukit uhud menjadi Emas, tapi baginda masih
>menolak.
>
>Kita yang berjuang demi mendapatkan Allah dan rasul, jangan lekas marah
>dan jangan ajak orang lain marah seummpama kita marah. Sekiranya mereka
>yang mengaku cinta dan kasih kepada Allah dan rasulullah mendapat
>kemenangan dan kesenangan dengan mudah, maka lebih baik kita kaji semula
>. lihatlah peristiwa Uhud, apabila tentera Islam mendapat ghanimah,
>masing-masing meninggalkan tanggungjawab agama sebaliknya berebut
>mendapatkan harta akhirnya tentera rasulullah tidak mendapat kemenangan
>di uhud.
>
>setiap yang kita buat ganjaran yang kita pinta hanya dari Allah bukan
>dari makhluk, biarpun ada di kalangan sahabat seperjuangan telah membeli
>7 buah kereta, dalam akaun 7 juta tak sampai setahun setengah memerintah
>atas nama kerajaan Islam, maka itu haknya yang allah takhdirkan.
>Cukuplah kita dapat mengekalkan tahajjud, dhuha, mengekali pelajaran
>agama dan cinta pada Allah dan rasulullah.
>
>Buat apa kita menagih simpati dari kerajaan yang hari-hari kita laknat
>dia, kita kutuk dia tiba-tiba kita nak telan pemberian mereka apatah
>lagi kita nampak rezeki datang melalui mereka. Tugas kita mengajak
>manusia kembali kepada Allah, kalau kita yakin kita mampu memerintah
>maka jangan kita berharap dengan sistem yang lain daripada sistem wahyu
>dan sunnah. Kita perlu jaga peribadi, keluarga, masyarakat dan pusat
>pemerintahan kita untuk cinta dan kasih kepada Allah dan rasulullah.
>jangan sekali-kali kita faham cinta kepada Allah dengan cara membenci
>yang lain. Piagam madinah di buat dengan penduduk tak sampai 5000 orang
>islam dan islam terlaksana, sebab mereka yakin dengan Allah manakala
>musuh Islam boleh terima sebab, Syariat, Aqidah dan akhlak orang islam
>lebih baik daripada musuh islam, malah musuh islam merasakan selamat
>berada dengan orang islam. malangnya kita terengganu dan kelantan lebih
>daripada 2 juta orang, manakala syariat, akhlak dan aqidah tak dapat
>dibezakan ! denga orang yang kita anggap musuh Islam. Masyarakat rasa
>tertekan dengan perangai kita, percakapan kita, akhlak kita serba-serbi
>mengenai kita apatah lagi kadang-kadang lebih melampau daripada musuh
>kita, kemudian kita mendabik dada kita orang yang paling baik. Lepas tu
>kita nak marah orang tak ikut nafsu kita.
>
>Jadi kalau tak dapat apa-apa bentuk dunia, susah jangan salahkan orang
>lain, kaji balik adakah kita telah benar-benar di dalam jemaah yang
>mengajak manusia kembali kepada Allah dan Rasulullah. Kalau kita telah
>yakin itulah rupa ibadah dari Allah maka jadikan ia sebagai mujahadah
>dan banyakkanlah berdoa agar Allah anugerahkan rezeki rohani dan jasmani
>mudah sebeberapa mudah, banyak sebeberapa banyak dan luas seberapa luas
>seumpama allah kurniakan kepada Nabi Allah Sulaiman a.s, Iskandar
>Zulkarnain a.s dan Abdul rahman bin Auf radia Allah hu anhu. Insya
>Allah mudah-mudahan rezeki datang mencurah-curah sebab negeri yang
>berkat adalah negeri yang pemimpinnya adil. Berlaku adillah sebagaimana
>Khalifah Umar Bin Abdul Aziz. jangan berdendam dengan musuh dan rakyat,
>berterus terang. Islam sudah ada model ketika senang dan susah.
>Sekiranya susah anggaplah itu ujian daripada Allah, jangan bermusuh
>kerana sifat sedemikian akan merugikan rakyat.
>
>Wallah hu Taala a'lam
>
>
>
> >From: Nurul Huda
> >To: [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED]
> >Subject: H-Net* Petronas : Umno (Baru) Dan USA Serupa
> >Date: Sat, 16 Jun 2001 09:48:57 +0800
> >
> >Petronas : Umno (Baru) Dan USA Serupa
> >
> >
> >Kecelakaan yang menimpa PETRONAS di Sudan akibat kedurjanaan USA ialah
>serupa dengan kecelakaan yang menimpa Kerajaan Trengganu akibat
>kedurjanaan UMNO(baru)-Mahathir di Malaysia. Sebagai rakyat Malaysia,
>wajar mengecam tindakan USA itu. Dan sebagai rakyat Malaysia, wajar juga
>mengecam UMNO(baru) kerana tindakan Mahathir melanggar perjanjian
>royalti minyak di Trengganu. Sebagai seorang yang perihatin, kenyataan
>Abdullah Badawi bahawa memang itu perangai USA akan buat jahat pada
>pihak yang dia tak suka. Maka kenyataan Abdullah Badawi itu juga
>menunjukkan perangai USA itulah yang ditiru oleh UMNO(baru)-Mahathir
>memerangi pembangkang - PAS.
> >
> >Memang perangai USA itu, seluruh dunia tahu. Tetapi memang itulah juga
>pun perangai UMNO(baru)-Mahathir. Kecaman dan perli Abdullah Badawi
>tentang tindakan USA itu adalah sebenarnya kecaman dan perli untuk
>dirinya dan UMNO(baru)-Mahathir sendiri. Jarang ada manusia yang
>mempunyai dualiti seperti ini. Paling tidak, tahu untuk merasa malu
>mengecam orang lain sedangkan perkara yang dikecam itulah yang dibuat
>oleh pihak pengecam. Seperti kata bidalan orang Indonesia ke atas
>kedurjanaan Suharto, kata mereka semua benda ada pada Suharto, cuma satu
>saja yang tidak ada, iaitu tidak ada rasa malu.
> >
> >Selain dari kes PETRONAS, Kerajaan Malaysia pimpinan
>Mahathir-UMNO(baru) adalah peniru dan pembangga yang ulung tentang
>kemajuan USA. Walaupun dikecamnya USA, tetapi dalam banyak hal, model
>USA itulah yang diambil tiru. Sebagai bukti jelas akan betapa tidak ada
>jatidirinya pihak yang berkempen supaya rakyat ada jatidiri ialah
>tentang memberi nama kepada kawasan pembangunan di Wilayah Persekutuan
>Putrajaya. Contohnya ialah; cuba lihat alamat JPA yang baru.
> >
> >Jabatan Perkhidmatan Awam, Malaysia
> >Bahagian Latihan
> >Aras 4, Blok C1, Parcel C
> >Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
> >62500 Putrajaya.
> >
> >"Parcel C" dalam alamat berkenaan ialah model dari alamat di
>bandar-bandar besar di USA, khasnya di New York. Disamping itu, alamat
>kediaman juga ada mempunyai model alamat di New York. Inilah betapa
>dongengnya kempen jatidiri dan menentang USA itu. Jika nak dihitung, tak
>terhitung kempen dongeng dan menipu UMNO(baru) ke atas rakyat jelata.
>Kes terbaru ialah memalsukan IC di Likas. Kononnya untuk meramaikan
>orang Islam di Sabah. Yang malangnya ialah menjual maruah negara dengan
>murah demi matlamat yang palsu seperti itu. Memberi IC secara durjana
>kepada pendatang asing adalah perbuatan yang paling khianat kepada
>negara. Mereka ini adalah sebenar-benar pengkhianat negara. Menentang
>kedurjanaan ini adalah perjuangan tulin mempertahankan negara, tetapi
>menyokong kedurjanaan ini adalah pengkhianat negara. Untuk melihat
>siapakah pengkhianat negara ialah dalam perhimpunan Agung UMNO(baru) tak
>lama lagi. Pengkhianat negara itu berada dalam barisan kepimpinan
>tertinggi ! UMNO(baru). Saksi perbicaraan pengundi hantu di Likas telah
>membuat keterangan di Mahkamah dan direkodkan bahawa Mahathir ialah
>director pemalsuan IC di Sabah.
> >
> >Untuk itu, sampai bila UMNO(baru) akan dapat menutupkan mata dan
>memekakkan telinga dari semua ini. Sampi bila?. Adakah mahu tunggu
>sehingga UMNO(baru) akan reput dengan sendirinya....? Semuanya ada
>ditangan penyokong UMNO(baru) untuk membuktikan samada mereka ini
>dilihat sebagai pendurjana terus-terusan atau sebagai pembela ugama,
>bangsa dan negara. Jangan tumpang jasa UMNO(lama) dan asyik bernostalgia
>saja, kerana jasa dan nostalgia itulah yang dijadikan senjata oleh
>pendurjana untuk mempertahankan kedurjanaan mereka.
>
> ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
> ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
> ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
> ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
> ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
> ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
>Pengirim: "pisang kelatkeling" <[EMAIL PROTECTED]>
Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at
http://www.hotmail.com.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: "Ibrahim Imran" <[EMAIL PROTECTED]>