12. Tiada seseorang perempuan boleh, dalam masa perkahwinannya dengan seseorang lelaki berterusan, berkahwin dengan seorang lelaki lain.
 
Jika perempuan itu adalah seorang janda-
 (a) tertakluk kepada perenggan C, dia tidak boleh, pada bila-bila masa sebelum tamat tempoh iddahnya yang dikira mengikut Hukum Syarak, berkahwin dengan seseorang melainkan kepada lelaki yang akhir dia telah bercerai.

(b) dia tidak boleh berkahwin melainkan dia telah mengemukakan 

i. Suatu surat perakuan cerai yang sah yang dikeluarkan di bawah undang-undang yang pada masa itu berkuatkuasa; atau

ii. Suatu perakuan, yang boleh diberi atas permohonnya selepas di tempat di mana permohonan itu dibuat, yang bermaksud bahawa dia adalah seorang janda;

(c) jika perceraian itu adalah dengan ba`in kubra (tiga talaq) dia tidak boleh berkahwin semula dengan suaminya yang dahulu itu melainkan dia telah berkahwin dengan sah dengan seorang lain dan dia telah disetubuhi oleh seseorang lain dalam perkahwinan itu dan perkahwinan itu dibubarkan kemudiannya dengsan sah dan setelah habis iddahnya. (1)


Nota:

(1) Hukum bagi cina buta (istilah pak sanggup bagi berkahwin dengan janda untuk dikembalikan kepada si suami yang menalak tiga) adalah haram mutlak, sebab ia adalah dirancang.
 

Jika perempuan itu mendakwa telah bercerai sebelum dia telah disetubuhi oleh suaminya dalam perkahwinan itu, dia tidak boleh, dalam iddah perceraian biasa, berkahwin dengan seseorang yang lain daripada suaminya yang dahulu itu, kecuali dengan kebenaran Kadhi di tempat pengantin perempuan bermustautin.

Jika perempaun itu adalah seorang balu.
 

i. dia tidak boleh berkahwin dengan seseorang pada bila-bila masa sebelum tamat tempoh iddahnya yang dikira mengikut Hukum Syarak.

ii. Dia tidak boleh berkahwin melainkan dia telah mengemukakan surat perakuan kematian suaminya atau dengan cara lain menbuktikan kematian suaminya.


13. Jika seseorang telah mengikat suatu perjanjian pertunangan mengikut Hukum Syarak, sama ada secara lisan atau secara bertulis, dan sama ada secara bersendirian atau melalui seorang perantaraannya, dan kemudiannya enggan berkahwin dengan pihak yang satu lagi kepada perjanjian itu tanpa apa-apa sebab yang sah manakala pihak yang satu lagi bersetuju berkahwin demngannya, maka pihak yang mungkar adalah bertanggungjawab memulangkan pemberian-pemberian pertunangan, jika ada, atau nilainya dan membayar apa-apa wang yang telah dibelanjakan dengan suci hati oleh atau untuk pihak yang satu lagi untuk membuat persedian bagi perkahwinan itu, dan yang demikian boleh dituntut melalui tindakan dalam Mahkamah.
 

Kirim email ke