*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum



Surat terbuka kepada Rais Yatim
Oleh Anual Bakri Haji Haron,
Setiausaha Politik Menteri Besar Kelantan, 


Awak, 


SEBAGAIMANA awak mengharapkan Menteri Besar Kelantan
tidak akan tersinggung dengan penggunaan ganti nama
"awak" kepada diri beliau, saya juga mengharapkan awak
tidak akan tersinggung dengan penggunaan ganti nama
"awak" ini kepada individu yang berjawatan seorang
menteri seperti awak. Tetapi sedarkah awak bahawa
apabila awak menyatakan yang Menteri Besar Kelantan
perlu menjaga peradaban bangsa Melayu dengan mengadap
Sultan Kelantan bagi memaklumkan mengenai pindaan
perlembagaan negeri Kelantan, awak sebenarnya mungkin
telah menghina Perdana Menteri awak sendiri. Sudahkah
awak semak sama ada Perdana Menteri awak telah dengan
beradabnya mengadap Raja-Raja Melayu pada tahun-tahun
pindaan perlembagaan 1993 dan 1994 dahulu? 

2. Saya tidak dapat menjangkaui maksud kesungguhan
awak untuk memperbesar-besarkan isu perlunya Menteri
Besar Kelantan mengadap Sultan Kelantan bagi
memaklumkan kepada baginda mengenai pindaan
perlembagaan negeri Kelantan kerana awak sendiri
menjelaskan bahawa keperluan ini bukanlah keperluan
perundangan (dan ini turut dinyatakan juga oleh
Presiden Majlis Peguam Malaysia), sebaliknya hanyalah
bagi menjaga peradaban bangsa Melayu. 

Walaupun begitu, sebagai menghormati Sultan Kelantan,
Menteri Besar sebenarnya telah membekalkan maklumat
kepada baginda berhubung pindaan perlembagaan ini
selaras dengan peruntukan Perkara XV(1) Perlembagaan
Negeri Kelantan. 

3. Kenyataan awak bahawa Menteri Besar Kelantan perlu
mengemukakan dan memberi penjelasan kepada Sultan
Kelantan mengenai butir-butir pindaan perlembagaan ini
kerana ia menyentuh kebesaran, kedudukan dan
kedaulatan baginda pula, selain daripada bertentangan
dengan kenyataan awak di para dua, adalah bertentangan
dengan kenyataan rasmi Peguam Negara yang bernaung di
bawah bumbung awak sendiri di dalam surat beliau
kepada Menteri Besar Kelantan bertarikh 5 Jun 2001,
yang mana beliau bersetuju dengan penjelasan dan
pandangan rasmi Penasihat Undang-Undang Negeri
Kelantan bahawa pindaan yang dicadangkan ini tidak
menyentuh keistimewaan, kedudukan dan kedaulatan
baginda. 

4. Kenyataan awak bahawa usaha untuk meminda
perlembagaan negeri ini akan menjadi sia-sia sekiranya
ia tidak diperkenankan oleh Sultan Kelantan setelah
kelulusan Dewan Undangan Negeri diperolehi juga adalah
bertentangan dengan kenyataan seorang pakar
perundangan negara yang bersifat neutral, iaitu Prof.
Shad Faruqi, bahawa: "Under the existing law in
Kelantan, no enactment can be passed unless His
Majesty has given assent: Articles 28, 39(1) and 39(3)
of Part I of the state constitution. However, the
Federal Constitution, in Section 11(2A) and 11(2B) of
the Eighth Schedule, provides for the Ruler to be
bypassed 30 days after the Bill is presented to him if
he fails to sign it within this time. This law was
inserted by the Constitution (Amendment) Act 1994 (Act
A885). Its existence could be used by the Kelantan
government to bypass the Sultan in the legislative
process as and when necessary." 

5. Kenyataan awak bahawa ironi tindakan kami ini ialah
kami cuba mengurangkan kuasa Sultan apabila ia sesuai
dengan keperluan politik kami, sedangkan Menteri Besar
Kelantan serta rakan-rakan beliau merupakan antara
golongan pertama menentang apabila Kerajaan
Persekutuan meminda undang-undang berhubung kuasa
Raja-Raja pada tahun 1994 juga adalah bertentangan
dengan fakta kes yang sebenar. Fakta kes yang sebenar
ialah sementara Ahli-Ahli Parlimen dari parti yang
awak terajui ketika itu (S46) menentang dengan
bertindak keluar daripada membahaskan Rang
Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) 1994 di Dewan
Rakyat pada 10 Mei 1994, Ahli-Ahli Parlimen dari parti
kami (PAS) menyokong Rang Undang-Undang tersebut. 

6. Berdasarkan kepada hujah-hujah ini, apakah tidak
munasabah jika ada di kalangan kami yang menganggap
bahawa awak tidak mempunyai walau secebis kredibiliti
untuk menjadi seorang menteri yang menguruskan soal
perundangan negara. Ini kerana awak jelas tidak
mempunyai pengetahuan yang mencukupi tentang sesuatu
isu; mengingkari nasihat dari kakitangan bawahan awak
sendiri; mengingkari duluan Menteri Undang-Undang
sebelum awak, iaitu Datuk Seri Syed Hamid Albar,
bahawa pindaan perlembagaan asal dahulu tidak
menyentuh soal status, hak dan keistimewaan Raja-Raja
di negara ini, sebaliknya ia hanya menyentuh aspek
demokrasi berparlimen dan sistem monarki di negara
ini; malahan, mengingkari pendirian Perdana Menteri
awak sendiri di dalam isu ini. Beliau berkata: "Jika
kerajaan diakui terdiri daripada wakil-wakil yang
dipilih oleh rakyat untuk menentukan rakyat berkuasa,
tetapi nasihat kerajaan berkemungkinan tidak diterima,
ini bererti demokrasi berparlimen tidak wujud dan
rakyat tidak berkuasa sepenuhnya." 

Bagi memastikan agar awak atau mana-mana pihak pun
juga tidak akan memutarbelitkan pindaan ini bagi
menuduh kami cuba menggugat keistimewaan, kedudukan
dan kedaulatan Sultan Kelantan, saya perturunkan di
sini kenyataan Perdana Menteri dan bekas Timbalan
Perdana Menteri awak sendiri sewaktu mereka
membentangkan pindaan-pindaan perlembagaan 1993 dan
1994 dahulu. 

Kata Perdana Menteri awak: "Pindaan yang dicadangkan
ini bertujuan mengelak atau menghalang daripada
meningkatnya perasaan benci kepada raja yang boleh
membawa kepada tuntutan untuk menghapuskan sistem
beraja. Pindaan ini adalah untuk menyelamatkan
raja-raja sendiri dan sistem Raja Berperlembagaan."
Kata bekas Timbalan Perdana Menteri awak: "Tujuannya
(pindaan perlembagaan ini) ialah sekadar memaktubkan
prinsip-prinsip yang disepakati iaitu kedaulatan
rakyat dan kewibawaan institusi legislatif yang
mewakili kehendak rakyat. Kemulian raja-raja akan
terus dipertahankan dalam konteks raja
berperlembagaan." 

Sememangnya awak tidak perlu memohon maaf, tetapi
cukuplah dengan bersifat "gentleman" untuk
sekurang-kurangnya mengakui kesalahan. 


__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Get personalized email addresses from Yahoo! Mail
http://personal.mail.yahoo.com/

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: wan lan lan tu <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke