*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net } { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] } { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] } *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Assalamualaikum wrth wbth.

Sahabat netters yang dikasihi lagi dimuliakan hendaknya sentiasa di dalam tilik pandang Ilahi yang berkekalan dengan pandangan Rahmat dan kasih sayang.

Setelah hampir 2 tahun saya mengikuti perkembangan perbincangan dalam forum hizbi, kita begitu minat mengikuti perkembangan politik terutama percaturan politik PAS dan UMNO.

Kemarahan kita kepada UMNO seolah olah jalan taubat untuk UMNO sudah tertutup manakala sayang kita kepada PAS seolah olah disitulah terletaknya kesempurnaan Islam. Perkara ini setiap hari dan ketika sentiasa berulang dan mungkin selagi ada nama dua badan parti politik ni, tentu tak mungkin berakhir.

Saya suka melihat sejarah perjuangan, contohnya Nabi Allah Ibrahim a.s, Isterinya Hajar telah disunatkan, ditindikkan dan dipaksa buang kesuatu tanah lapang ditepi dua bukit Safa dan Marwah dalam keadaan sarat mengandung. Nabi Allah Ibrahim mengikut kata Siti Sarah dan berbuat demikian. Hanya Nabi Allah Ibrahim yang tahu itu perintah Allah s.n.w. Siti Hajar pula menerimanya dengan lapang dada, yang mana untuk kita terjemahkan kepada masyarakat hari ini termasuk saya. Sekiranya kita tafsirkan dengan akal semata-mata, mungkin kita kata Siti sarah Queen Control dan nabi Allah Ibrahim zalim. Tapi oleh kerana itu adalah sejarah dan perlakuan Nabi maka itu semua menjadi pengajaran kepada kita betapa sukarnya  mengenal Allah dan perlakuanNya.Kemudian apabila Ismail a.s dilahirkan dan telah berumur, di arahkan pula menyembelihkan beliau oleh Allah Taala dan Nabi Allah Ibrahim masih mengikut biarpun itulah pengorbanan yang amat besar. Namun oleh kerana kecekalan yang amat sanng! at kerana dapat melihat dengan mata hati itu semua takdir Ilahi maka diterima dengan hati yang lapang. Natijah yang diperolehi oleh Baginda Ibrahim, ialah doa dari semua umat Islam ketika membaca tahiyat Akhir dalam semua sembahyang, dan dapat pahala apabila kita membacanya.

Sejarah perjuangan dapat juga kita contohi semasa perang Hunain, ketika itu 10000 umat Islam menentang kuffar 40000 orang. Mualanya 8500 orang Islam melarikan diri yang diketuai oleh Abu Sufian disamping langsung tidak mengandaikan kemenangan. Namu dengan kebijaksanaan Khalid Ibnu Walid beserta pertolongan Ilahi dan Berkat Mukjizat rasululla s.a.w telah mmenyusun baki tentera yang ada berzikir, bertahmid dan bertakbir maka semangat Iman Islam dan Ehsan para sahabt kembali pulih dan yang lari datang kembali akhirnya mendapat kemenangan dan ghanimah yang paling besar. Ghanimah tersebut telah Rasulullah bahagikan kepada mereka yang lari dan langsung tidak memperdulikan 1500 orang sahabat tadi sehingga datang kekecewaan. Dipendekkan cerita Rasulullah s.a.w hanya bertanya adakah kamu rasa tidak cukup Muhammad bbersama kamu dengan berlinangan air mata. sahabat serentak menjawab cukuplah Rasulullah bersama kami.

Banyak lagi sejarah kalau nak ditulis tentang mereka yang benar-benar cinta kepada Allah dan Rasulullah serta Agama Islam itu sendiri. Di dalam hati sanubari orang mukmin sentiasa memikirkan bagaimana semahunya mengembalikan manusia kepada Allah dan rasulullah dengan jalan yang baik, paling baik, agong baik dan maha baik. Bukan dengan jalan yang baik, hina, paling hina dan agong hina ( bermakna nampak baik tapi hina martabatnya di sisi Allah dan rasulullah).

Sungguh bijak dan pandai puak orientalis dan musuh Islam, mereka meletakkan demokrasi ala barat sebagai suatu kaedah penilaian, sedangkan dalam Islam Yang menjadi pemimpin keutamaan adalah berilmu dan jika sama berilmu pilihlah yang lebih wara' dan jika sama wara' pilihlah yang lebih tua dan jika sama tua maka pilihlah yang lebih tinggi dan jika sama tinggi maka barulah undi, namun pengundinya mestilah berilmu. Mungkin sukar untuk dilaksanakan dalam benmtuk politik sekarang, namun bboleh dimulakann diperingkat cawangan.

Kaedah pemilihan sekarang samada PAS atau UMNO tak tahulah saya diikuti atau tidak. Jika lari dari kaedah ini maka Untul menjaga Agama, Bangsa dan Negara nampaknya agak Makro adalam erti kata lain beli barang secara borong. Sekiranya kedua-dua badan telah membeli barang secara borong tentunya ada kekurangan. Yang membezakanya cuma pembeli.

Mungkin sahabat bertanya habis saya sokong siapa PAS atau UMNO, maka saya Jawab Agama Saya Islam dan Bangsa saya Melayu. Jadi kedua-duanya saya sayang, iaitu bangsa dan Agama.Kedua-duannya saya tidak akan jual walaupun dicincang lumat, Insya Allah. Saya tetap kan mempertahankan UMNO yang menjaga bangsanya dan mempertahannkan PAS yang menjaga Agamanya. UMNO saya akan bawa sampai akhirat sama kesyurga atau keneraka Nauzubillah. Agama saya sentiasa berdoa agar mati dalam iman.

Bermakna kepada yang menentang PAS yang menjaga kesucian Agama Islam mengikut kaedah Ahli sunnah Waljamaah pada Aqidah, Syariat dan Akhlak serta yang menentang UMNO yang menjaga Agama Bangsa dan Negara adalah musuh saya.  Hanya itulah pendirian saya, saya sentiasa mengharapkan komen saudara nnetters.

Wassalam dan maaf zahir batin,

Wallah Hu Ta'ala A'lam.

>From: Sifu <[EMAIL PROTECTED]>
>To: [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED]
>Subject: H-Net* Penjelasan Isu Semasa & Pindaan perlembagaan Kelantan live sekarang
>Date: Tue, 26 Jun 2001 07:39:10 -0700 (PDT)
>
>
> *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
> { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
> { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
> *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
> ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>sila ke http://go.to/webrtv
>
>selalu....
>
>=====
>"Berkerja seolah-olah untuk hidup selama-lamanya, beramal ibadat seolah-olah akan mati keesokannya"
>
>__________________________________________________
>Do You Yahoo!?
>Get personalized email addresses from Yahoo! Mail
>http://personal.mail.yahoo.com/
>
> ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
> ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
> ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
> ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
> ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
> ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
>Pengirim: Sifu <[EMAIL PROTECTED]>


Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB) ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB) ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan ) ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net ) ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] ) ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Pengirim: "Ibrahim Imran" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke