*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum,
Hari ini saya terkejut 'beruk' sungguh; waktu lunch
tadi sambil makan saya baca The STAR, masuk m/surat
tiga saya rasa macam nak bersembur keluar nasi kat
mulut, tengok tajuk besar:
"ROSTERED Pregnancies Impractical, say groups" - the
STAR 26/6/01
Makna: Paksa Orang Mengandung Adalah Tak Masuk Akal!!
Initisari berita ini memuatkan pandangan daripada
berbagai kumpulan seperti NUTP (Kesatuan Profesyen
Perguruan Kebangsaan) dan juga orangramai yang
mengecam cadangan Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk
Aziz Shamsudin yang mencadangkan supaya guru-guru yang
nak mengandung kena rancang atau pun kena plan awal,
atau pun kalau dalam bahasa kasarnya kena pakat ambik
turn, sebelum nak mengandung.
Alasan: Supaya tidak berlaku masalah kekurangan guru
apabila guru2 perempuan cuti bersalin.
Ringkasnya, kalau bini anda adalah guru atau pun anda
sendiri seorang guru; kalau rasa nak mengandung, anda
kena pergi jumpa pengetua, habag kat dia minta borang
kata:
"Cikgu, cikgu; saya dok ingat tahun ini saya nak buat
anak lah; ada vacancy lagi ka?"
Nanti pengetua itu kata:
"La, sorry la cikgu, dah penuh dah, fully booked, full
house!!"
"Laaa, tak kan tak boleh adjust kot cikgu; bukan saya
nak sangat tapi Tok Laki saya kat rumah tu yang
beria-ria sangat ini; hubby saya tu pula bukan jenis
pandai kontrol sangat!"
Jawab Pengetua:
"La, lagu tu, nantilah saya cuba call PPD (Pejabat
Pendidikan Daerah) kot-kot boleh ambik quota sekolah
lain!!"
Tu dia aih - nak beranak pun ada quota juga; ingatkan
ambik Haji saja ada quota!!
Tak cukup dengan kacau urusan Polis, urusan Hakim,
urusan Haji; ini urusan dalam kelambu orang pun nak
kacau jugak. Awat, kalau mengandung tanpa permit
hangpa nak tahan bawah ISA ka?
Mangkuk ayun punya menteri!!
Itulah orang dok habag dah lain kali lantik lah
Menteri daripada kalangan beratus orang wakil rakyat
kat Parlimen tu. Ini tidak, pi lantik orang yg tidak
dilantik pun oleh rakyat sebagai wakil rakyat
jadi Menteri. Maka jadilah dia Menteri yang tak reti.
Haprak sungguh!!
Cakap pasal Cikgu ini, kesian sungguh kat kita bila
kenangkan apa yang depa dok buat kat cikgu-cikgu kita
itu. Baru-baru ini pun masa Perhimpunan Agung UMNO ada
perwakilan buat keluar usul minta supaya kerajaan
mengambil tindakan tegas terhadap guru-guru yang
didapati menyokong pembangkang.
Nasib baiklah ada Pak Lah yang nampaknya sudah mula
paham dengan hakikat yang sebenar kat bawah sana.
Kerana Pak Lah tahu kalau nak tukar semua guru-guru yg
anti-UMNO itu, kerajaan tidak ada pilihan lain
melainkan terpaksa membina sebuah Pulau sebesar
semenanjung Malaysia - barulah boleh muat semua
guru-guru itu kat situ. Lalu kata Pak Lah tatkala
mengkritik ahli2 UMNO yg cukup suka dok mengadu kes
Guru lawan kerajaan:
"Jangan fikir short-cut saja, kalau ada guru yang
menyokong pembangkang kat tempat kita, terus hantar
surat minta supaya guru itu ditukarkan" [Utusan
23-24/6/01]
Saya tak pasti sama ada ada orang-orang tertentu yang
Pak Lah cuba halakan kritikan beliau ini; cumanya yang
saya nampak sorang saja, iaitu Datuk Sharif Omar,
Ketua Bahagian UMNO Tasek Gelugor, Pulau Pinang yang
didapati bersalah dan diberi amaran keras kerana
terlibat
dlm politik wang baru-baru ini.
Saya mendapat khabar angin bahawa Datuk Sharif Omar
ini pernah cuba menggunakan kedudukan politiknya untuk
menukar Ustaz Shamsuri ke Kelantan tanpa melalui
saluran yg sah, iaitu melalui Jabatan Pendidikan
Negeri. Hasilnya, pihak2 yg berkenaan di PPD Negeri
telah menukar balik Ustaz Shamsuri ke Penang kerana
pertukaran secara politik itu tidak sah di sisi
peruntukan jabatan berkenaan. Wallah hu aklam.
Hari ini apabila saya dimaklumkan bahawa kain-kain
banner naik merata jalan di Tasek Gelugor bertulis
"Pemuda UMNO Bahagian Tasek Gelugor Menyokong
Kempimpinan Datuk Sharif"; saya rasa nak tergelak.
Nah!
ambik padan muka, Tuhan nak tunjuk kat depa; banner
itu naik pun sebab depa dok risau kot kot kalau ada
banner macam di Baling naik meminta Wakil Rakyat depa
letak jawatan sebab terlibat dalam politik wang. So,
sebelum banner macam tu naik, cepat-cepat depa naikkan
kain banner depa sendiri.
Mungkin kritikan Pak Lah itu ditujukan kpd Sharif Omar
sendiri. Mungkin dalam hati kecil Pak Lah, Pak Lah
kata:
"Phuitt - bodoh punya orang, pandai makan tak pandai
simpan, buat malu kroni saja!!"
Adalah dirasakan apa yang berlaku kpd Shariff Omar,
kroni terbesar Pak Lah di sebelah sini adalah balasan
Tuhan kepada apa yang beliau cuba lakukan dalam kes
pemenjaraan Ustaz Shamsuri tempoh hari. Saya tak dak
bukti jelas yang beliau terlibat, tapi saya cukup
pasti bahawa beliau adalah antara kaki-kaki yang
bertanggungjawab menyebabkan Ustaz Shamsuri, Ustaz
yang paling saya sanjungi terpenjara - cuma berseluar
spender bertemankan nyamuk-nyamuk sepanjang malam.
Jahat sungguh puak-puak Abu Lahab ini!!
Kepada mereka-mereka yang cukup anti dengan guru-guru
atau pun ustaz-ustazah yang menyokong pembangkang,
hangpa kena ingat bahawa sekali guru-guru itu berdoa,
beribu kali anak muridnya mengaminkan. Kalau tak mau
kena timpa bala, jangan hangpa dok cari pasal dengan
guru-guru kami!!
.....nak mengandung pun kena dapat permit, apa punya
Negara!!
-Ra Barakuda-
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: =?iso-8859-1?q?Ba=20Rakuda?= <[EMAIL PROTECTED]>