*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Macamanalah hakim tu nak lapor kpd Mahathir. Kalau diamati ucapan
penggulungan Perhimpunan Agung UMNO yg baru lalu, Dr M ada mengeluarkan satu
kata-keramat : Setia kpd Presiden....
Nah...macamana ni? Kalau dilapor, sure kena pecat dan dipropagandakan yg
hakim tu telah melanggar etika kehakiman. Serupalah nasibnya macam Tun
Salleh Abas.
Berbalik kpd Perhimpunan Agung UMNO, senarionya ada 3 macam. Hari pertama,
presiden nya memberi ucapan yg serious. Hari kedua, boleh gelak-gelak dan
ketawa-ketawa. Hari ke-3, menangissss..... Macam drama swasta pulak. Agaknya
bila Mahathir balik kerumah..oopps..keistananya, tentunya dia akan membuat
aksi spt Tiger Wood mendapat hole-in-one, dgn tangan serta genggaman
penumbuk dan menempik..."yesss...I did it !! I managed to cry one more
time..!!!" Dan Siti Hasmah yg didepan nya pulak menyampuk : "yes my
dear..!!welldone..!! You did it again...!!! Thank god !!! "
Kemudian, Pak Lah pulak bila balik kerumah pun berkata : "Apalah orang tua
tu ? Tak habih-habih menangih ! Ingatkan dia nak declare yg aku ni confirm
pengganti dia utk no. 1. Bilalah lagi orang tua ni nak jalan. Kalau aku tau
yg dia nak menangih, siang-siang lagi aku dah propose no-confidence vote!!
Hai...lama lagi lahh nampak nya aku kena tunggu. Silap-silap haribulan, aku
pulak yg jalan duluuu....nasib..nasib..."
>From: Harun Aminurrashid <[EMAIL PROTECTED]>
>To: [EMAIL PROTECTED]
>Subject: H-Net* "Lapor kepada saya kalau takut"- Dr M.
>Date: Wed, 27 Jun 2001 01:13:27 -0700 (PDT)
>
>
> *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
> { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
> { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
> *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
> ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>"Lapor kepada saya kalau takut"- Dr M.
>
>KUALA LUMPUR,Isnin 25 Jun -- Perdana Menteri Datuk Sri
>Dr. Mahathir Mohamad berkata Hakim Mahkamah Tinggi
>Datuk Muhammad Kamil Awang telah mencemarkan imej
>mahkamah dengan mendedahkan bahawa beliau diarahkan
>oleh seorang pegawai atasannya untuk membatalkan tanpa
>perbicaraan dua petisyen pilihanraya.
>"Oleh itu, sekarang kita ada masalah untuk mempercayai
>mahkamah kerana beliau (Muhammad Kamil) telah
>mencemarkan imej mahkamah," katanya.
>
>Dr Mahathir berkata hakim itu juga sepatutnya menarik
>diri daripada mendengar petisyen itu.
>
>"Hakim itu tahu sama ada beliau harus menarik diri.
>Apabila ada masalah itu, beliau sepatutnya beritahu
>serta-merta bahawa beliau telah dipanggil (oleh
>seorang hakim lain).
>
>"Kerana kalau beliau takutkan ketuanya, beliau boleh
>melapor kepada saya," kata Dr Mahathir kepada para
>wartawan selepas merasmikan satu persidangan mengenai
>ekonomi Islam di sini.
>
>Ini adalah pertama kali beliau mengulas mengenai
>kontroversi itu yang dicetuskan oleh pendedahan hakim
>itu dalam penghakimannya mengenai petisyen-petisyen
>itu di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu pada 8 Jun lepas.
>
>Muhammad Kamil membuat pendedahan itu semasa
>mengisytiharkan pemilihan bekas Ketua Menteri Sabah
>Datuk Yong Teck Lee pada pilihan raya negeri 1999
>sebagai batal dan tidak sah kerana daftar pemilih yang
>digunakan adalah haram dan Yong telah melakukan
>kesalahan mengikut Akta Pilihan Raya.
>
>Dr Mahathir berkata hakim itu telah berjaya menyeret
>mahkamah ke dalam satu kontroversi umum.
>
>"Saya perlu katakan bahawa saya kecewa dengan hakim
>itu selepas membaca apa sebenarnya yang telah berlaku.
>
>"Dan buat pertama kalinya hakim itu telah memasukkan
>kekecewaan peribadinya, pada hakikatnya dalam
>penghakimannya, sesuatu yang tidak pernah dilakukan
>dalam sejarah mahkamah," kata beliau.
>
>Muhammad Kamil dalam penghakimannya juga telah
>menyatakan bahawa banyak jabatan kerajaan tidak
>membalas surat-surat yang dikirimkan dan memberi dua
>contoh, satu yang melibatkan permohonan anak lelakinya
>bagi mendapatkan permit kerja sementara di Sarawak
>manakala yang kedua anak perempuannya tidak menerima
>jawapan mengenai permohonannya mendapatkan biasiswa.
>
>"Bagi seorang hakim yang menyatakan bahawa anak saya
>tidak mendapat layanan baik daripada kerajaan ini,
>adalah begitu jelas beliau merujuk kepada kerajaan
>ini," kata beliau.
>
>Mengenai arahan yang menurut hakim itu diterimanya
>menerusi telefon, perdana menteri berkata: "Saya tidak
>pasti kerana perbualan telefon bukan mudah untuk
>diperiksa."
>
>"Sama ada beliau sebenarnya diberitahu membuang kes
>itu atau tidak, saya tidak tahu tetapi nampaknya,
>beliau juga tidak dapat membuktikannya.Tetapi beliau
>telah berjaya menyeret mahkamah ke dalam satu
>kontroversi umum dengan menyatakan bahawa seorang
>hakim lain telah memintanya membuat satu keputusan
>yang tidak berapa betul."
>
>Ditanya sama ada tindakan hakim itu telah mencemarkan
>imej mahkamah, perdana menteri berkata: "Ya, saya
>fikir begitu."
>
>
>=====
>Harun Aminurrashid:
>DeNgaN IziN ALLAH BN PasTi TeWAs !!!
>
>__________________________________________________
>Do You Yahoo!?
>Get personalized email addresses from Yahoo! Mail
>http://personal.mail.yahoo.com/
>
> ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
> ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
> ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
> ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
> ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
> ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
>Pengirim: Harun Aminurrashid <[EMAIL PROTECTED]>
_________________________________________________________________________
Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: "hamba allah" <[EMAIL PROTECTED]>