*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengatar Psikologi 58

( sambung lagi pembicaraan semalam…)

 Ambangan persepsi pula ialah tahap tenaga yang . diperlukah supaya sesuatu
sensasi itu boleh didaftarkan oleh sel-sel penerima tetapi ia tidak  begitu
kuat untuk didaftarkan oleh otak.
( persepsi mengikut bahasa mudah ialah tanggapan atau gambaran, ..satu-satau
sensansi atau maklumat itu kita terima tapi tak masuk otak…contoh kita lihat
kita lihat semut bejalan atas meja..tentu tak kuat nak tarik pehatian
kita…tapi cuba kalau wajah semut macam siti Nurhaliza ( Penyayai terkenal
Malaysia..Indonesia tak tahulah saya) ..tentu sensasi ini akan didaftarkan
dalam otak malah masuk akhbar pulak tuuu)

Kemudian, ada istilah yang dinamakan sebagai ambangan aksi.  Sesuatu deria
yang diterima tidak semestinya mendapat perhatian subjek.  Jika anda
mendengar lagu di radio, rangsangan akan menghasilkan aksi yang
berbeza-beza. Perhatian anda berbeza dengan letupan bom yang anda dengar.
( Ini bukti  sifat kasih sayang Allah pada kita..macam yang pernah saya
sebut dalam siri-siri yang lepas. Kalau semua perkara kita nak daftar
belaka…tak ada kerja buat lah kita ..tak ada masa lapang. Kalau ada sesiapa
yang lebih memberi perhatian kepada bunyi radiao berbanding bunyi
bom..maknanya ada yang tak kena pada ambangan aksinya..(mungkin juga satu
daripada wayer terputus…dan tak ada kedai yang jual "wayar manusia" )

Berbalik kita kepada persepsi subliminal.  Deria subliminal ini jika
dibandingkan dengan pengertian ambangan-ambangan di atas, ia ditakrifkan
sebagai terletak di bawah tahap ambangan persepsi. (McConnell, 1977).  Ini
bermakna, lazimnya manusia tidak akan sedar tentang kehadiran deria-deria
berbentuk subliminal kerana ia berada di bawah tahap kesedaran.
( benda ada tapi kita tak sedar…maknanya banyak lagi benda yang kita tak
tahu..kita boleh teroka( mengkaji) dan teroka dan teroka..namun kesudahannya
ialah mendapat keredaan Allah…ada yang kita tahu tapi tak sedar…tahu lah
kita nih muslim tapi tak penah sedar untuk melaksanakan arahan
Allah…lama-lama jadi tak sedar diri…lepas tu..mati…sedar-sedar jumpa Allah
di padang mahasyar)


Walau bagaimanapun, beberapa pakar psikologi mengatakan yang deria
subliminal inilah yang menyebabkan fenomena "Deja Vu".  Deria tersebut
mempunyai tahap tenaga yang terlalu rendah hinggakan ia tidak dapat memberi
stimulasi kepada organ deria dan otak untuk didaftarkannya pada tahap sedar.
Oleh itu, ia mungkin didaftarkan pada tahap sub-sedar dan apabila kita
terlihat akan sesuatu rangsangan yang sama, kita seolah-olah sedar yang kita
pernah melihatnya pada satu masa dahulu.
(pakar psikologi maknanya orang yang arif dalam psikologi laah ..tapi tak
bermakna dia tu bertaqwa dan beriman..maklumlah ramai yang kafir..terutama
dari Barat. "Déjà vu" memberi iktibar kepada kita supaya jangan agas(bangga
diri) sangat dengan kebolehan diri…insaf sikit)

bersambung…

Latihan Kendiri ( baca sendiri, jawab sendiri, beri markah sendiri..kalau
tidak anda boleh dikatogerikan (dikelaskan sebagai) DejaVu)

1. apakah perbezaan antara ambangan Persepsi dan ambangan aksi
A. pertama mendokong perjuangan Islam yang kedua mendokong perjuangan
Nasionalisme
B. pertama berbentuk empat segi yang kedua tak ada segi langsung
C. pertama tidak kuat untuk didaftarkan oleh otak, kedua tidak semestinya
mendapat perhatian.
D. Pertama suka solat tahajud yang kedua suka berderat(bersiar-siar) waktu
malam.

2. siapakah nama ahli psikologi dalam petikan ini
A.  Mohamad Mahathir
B   McConnell
C. Wahid Abdul
D siti Nurhaliza


3. Apakah pandangan beliau tentang subliminal
A. siapa mudah lupa , Melayu atau orang-orang tertentu
B. Komandan Arbi 'Aladdien Barayev ( Chechnya) menemui syahid tatkala
terlibat dalam suatu pertempuran dengan tentera Rusia.
C  sultan sudah perkenan saja nak tengok respon pakar perundangan (Kelantan)
D .  Deria subliminal ini jika dibandingkan dengan pengertian
ambangan-ambangan di atas, ia ditakrifkan sebagai terletak di bawah tahap
ambangan persepsi.

4. apakah bentuk anugerah Allah berdasarkan teori psikologi di atas
A. Tidak semua perkara didaftarkan dalam otak kita
B.Telinga kita ada dua
C tapak kaki kita lebih besar daripada tapak tangan
D. bentuk lubang hidung ke bawan dan bukan hala ke atas


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: cikgunik <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke