NEWS

Print version of this story
Tuesday July 3
'Sabar, jangan masuk perangkap Umno,' PAS gesa Karpal
'Ein Azmi
7:28pm, Tue: Timbalan Pengerusi DAP Karpal Singh harus "bersabar" menunggu
perbincangan di peringkat tertinggi majlis pemimpin pembangkang dan "jangan
terperangkap dengan mainan Umno", gesa Ketua Penerangan PAS Azizan Abdul
Razak hari ini.
Beliau mengulas keengganan Karpal untuk membincangkan isu negara Islam dalam
pertemuan tertinggi Barisan Alternatif.
Karpal semalam berkata beliau sedia menerima cadangan Parti Keadilan
Nasional sehari sebelum itu untuk berbincang dalam majlis tertinggi BA
tetapi menolak sebarang perbincangan berhubung isu itu.
"Kalau tidak, tindakan itu (perbincangan pemimpin tertinggi BA) hanya
sia-sia," kata Karpal.
"Sebarang usaha oleh mana-mana pihak untuk untuk menubuhkan negara Islam
akan ditentang sekeras-kerasnya (oleh DAP), dengan alasan mudah bahawa usaha
seumpama itu ber! tentangan dengan struktur asas Perlembagaan Persekutuan yang
memperuntukkan secara khusus sebuah negara sekular."
Azizan menambah, pandangan peguam itu bersifat "peribadi" dan tidak mewakili
pandangan keseluruhan ahli DAP.
Mengulas kenyataan Karpal yang menggesa DAP atau PAS keluar dari gabungan
itu jika pelaksanaan negara Islam diteruskan, Azizan berkata: "Kita (PAS)
serahkan kepada ahli, sama ada hendak berkawan (dengan DAP) atau
mengorbankan dasar (negara Islam) atau kekal dengan cara sekarang (Barisan
Alternatif) tanpa mengorbankan dasar," katanya kepada malaysiakini,
Azizan bagaimanapun tidak yakin bahawa ahli-ahli PAS sanggup mengorbankan
dasar perjuangan mereka berhubung penubuhan negara itu.
'Manifesto bukan perlembagaan'
Beliau juga bersetuju dengan ahli jawatankuasa pusat PAS Dr Mohd Hatta Md
Ramli yang berkata semalam bahawa parti itu menghormati manifesto bersama
pembangkang dalam pilihan raya umum 1999. Manifesto itu,! kata Dr Hatta,
tidak menyebut isu penubuhan negara Islam atau negara sekular.
Bagaimanapun Azizan berkata "manifesto itu bukanlah perlembagaan".
"(Dalam) perjanjian BA, PAS tidak menyuruh DAP, Parti Rakyat Malaysia atau
Keadilan menggugurkan dasar masing-masing," kata Azizan lagi, dan menggesa
parti-parti dalam pakatan itu tidak menafikan hak PAS untuk meneruskan dasar
negara Islam.
Katanya, walau perlembagaan PAS tidak menyebut matlamat menubuhkan negara
Islam tetapi fasal 5 dokumen itu menegaskan "kewujudan pemerintahan
berasaskan nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hakam yang menuju keredhaan
Allah."
Azizan mengulas kenyataan Presiden PRM Dr Syed Husin Ali yang menyebutkan
perlembagaan PAS sendiri tidak terkandung hasrat menubuhkan negara Islam.
Beliau menambah, usaha-usaha memberi penerangan tentang isu itu akan
diadakan dalam tempoh terdekat bagi mengatasi "kekeliruan yang telah diracun
oleh Umno."
Karpal, dalam kenyata! an hari ini, menjelaskan DAP menolak konsep negara
Islam kerana mempertahankan peruntukan Perkara 3 dalam Perlembagaan
Persekutuan.
Sambil menegaskan DAP menghormati Islam sebagai agama rasmi negara, Karpal
berkata: "Penolakan kami bukannya terhadap Islam yang memang kami hormati
tetapi penubuhan negara Islam (yang ditentang) yang bercanggah dengan
Perkara 3."
Binaan asas perlembagaan memperuntukkan sebuah negara sekular dan hal ini
telah diterima oleh semua warganegara, termasuk ahli akademik dan orang
Melayu sendiri, sejak kemerdekaan, tambahnya.
>

Last modified:Tuesday July 3, 11:17 pm




COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM



Do You Yahoo!?
Get personalized email addresses from Yahoo! Mail - only $35 a year!
http://personal.mail.yahoo.com/

Kirim email ke