*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
>
>Semalam buat pertama kalinya aku berpeluang melihat suamiku
>yang di dalam tahanan ISA. Sekian lama mereka menafikan hakku sebagai
>seorang isteri, sekarang masanya sudah tiba.
>Anak-anak melompat gembira bila diberitahu akan berjumpa
>ayah mereka. Kami diminta membawa makanan kegemaran suamiku
>dan kami dibenarkan makan bersama-sama dengannya nanti.
>
>Masa yang dijanjikan sudah tiba, jam 2:05 petang di Bukit Damai.
>Sekumpulan 30 orang SB menanti kedatangan kami dipintu pagar Pejabat Tuan
>Bukit Damai. Dalam lebih-
>kurang 20 orang membawa kamera. Lip-lap lip-lap lampu kamera tidak
>kuendahkan. Kututup mukaku dengan tangan kecil
>ini. Anak-anak tersenyum kegembiraan kerana gambar mereka
>diambil. Apalah yang difahami oleh anak-anak.
>
>Di dalam bilik yang cantik itu suamiku sudah menanti
>bersama 3 orang tuan berwajah serius. Anak-anak terkedu. Tak berani
>merapati ayah mereka. Makanan enak->enak terhidang dimeja. Tak tahu apa
>nak kucakapkan. Memandang suamiku seperti memandang orang yang terlantar
>sakit di wad. Wajah pucat-lesi dengan tangan lebam-
>lebam. Badan dah kurus. Ingin kuselak bajunya, ingin
>kulihat lebih banyak lebam dibadannya, tapi aku juga
>ada perasaan malu.
>
>Bila kutenung wajahnya, suamiku tidak memandang kepadaku
>tapi kepada ibu mertuaku, "Mak, mak jangan buat apa-apa ya, mak jangan buat
>kenyataan pada siapa-siapa, mak
>jangan buat surat kat mahkamah. Mak jangan cakap ngan
>orang reformasi. Kalau mak tak buat apa-apa saya akan
>dapat keluar cepat. Kan? tuan kan? Tengok saya sihat je kat sini, dia
>orang layan baik." Masa tu aku rasa geram
>amat pada suamiku. Kenapa dia harus berlakon begini?
>Kenapa suamiku jadi begini? Ingin kutampar wajahnya
>supaya dia tersedar dari lakonannya.
>
>Makanan yang kubawa tidak disentuh oleh suamiku. Hanya
>tuan-tuan itu yang memakannya satu persatu. Bila kupelawa suamiku katanya
>dia sudah kenyang, baru lepas makan. Aku tenung lagi padanya dan dia
>berpaling kepada ibunya.
>Yang kurasakan ikhlas datang dari hatinya cuma dia bila dia berpesan
>tentang anak-anak dan diriku.
>
>Salah seorang dari tuan itu berkata "Tengoklah, bukankah
>saya dah kata, suami puan sihat saja, dia elok-elok
>kat sini." Ingin saja kukatakan "Kepala hotak awak, elok apa macam ni"
>tapi aku sabarkan hati ini. Tunggulah
>masa yang sesuai akan kusembur Inspektor Redzuan. Aku
>hanya berkata, "Kalau dia elok takkan pucat macam ni, takkan kurus macam ni
>suami saya."
>
_________________________________________________________________________
Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: "Ui Dann" <[EMAIL PROTECTED]>