>>>
Semua kakitangan awam terutama pegawai
tinggi kerajaan perlu menyemai sikap untuk menjauhi rasuah dan penyalahgunaan
kuasa kerana mereka adalah pemegang maruah negara, kata Datuk Seri Dr. Mahathir
Mohamad.
Perdana Menteri berkata, apabila seseorang
itu menjawat jawatan yang tinggi di dalam sesebuah jabatan, beliau tidak harus
menyalahgunakan kuasa yang ada pada dirinya kerana ini akan menjatuhkan maruah
kerajaan dan dirinya sendiri.
>>>
Utusan Malaysia: 3-Julai-2001
>>>
Keterangan mahkamah Shafie* adalah berkaitan
dengan arahan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad supaya
memberhentikan penyiasatan terhadap pengarah Unit Perancang Ekonomi ketika itu,
Tan Sri Ali Abul Hassan pada Jun 1998.
*Datuk Shafie Yahya - bekas Ketua Pengarah
Badan Pencegah Rasuah (BPR)
>>>
Utusan Malaysia: 3-Julai-2000
Kenapa Mahathir tidak didakwa dimahkamah
atas kesalahan penyalahgunaan kuasa sedangkan Anwar didapati bersalah atas
kesalahan yang serupa???
Bukankah kata-kata Mahathir itu terpercik ke
muka sendiri iaini beliau sendiri yang menjatuhkan maruah kerajaan dan diri
sendiri???
Apa yang telah terjadi kepada siasatan
terhadap salahlaku Mahathir sedangkan Penguasa Perhubungan Awam Polis Bukit
Aman, Supritendan Benjamin Hasbie mengatakan pihak polis telah pun membuka
siasatan mengikut Seksyen 2 Ordinan 22 (Kuasa-kuasa Perlu Darurat 1970) pada
Julai 2000??
