Print version of this story
Friday July 6
Tahanan ISA dicadang calon Likas
2:48pm, Fri: Tahanan Akta Keselamatan Negeri (ISA) Dr Badrul Amin Bahron dicadangkan sebagai calon pilihanraya kecil Likas, Sabah yang dijadualkan bermula pada 12 Julai ini.
�Sungguhpun Dr Badrul kini ditahan di bawah ISA dan masih dikurung di kem Kamunting, Taiping, tetapi ini tidak menjejaskan kelayakan beliau sebagai calon untuk bertanding dalam pilihanraya kecil itu,� kata Naib Ketua Pemuda Parti Keadilan Nasional, Low Chee Chong.
Dr Badrul, bersama seorang lagi aktivis parti itu Lokman Noor Adam, ditahan selama dua tahun di kem itu mulai 14 Jun lalu. Empat lagi pemimpin parti itu dan aktivis reformasi ditahan untuk tempoh yang sama sejak 2 Jun.
Low berkata, biro politik Pemuda Keadilan menyarankan calon itu kepada barisan pemimpin tertinggi parti itu memandangkan tahanan ISA itu Ketua Penerangan Keadilan dan juga Ketua Pemuda bagi negeri itu.
Bekas pensyarah Universiti Islam Antarabangsa itu dilahirkan di Tawau.
[Laporan penuh selepas ini]
COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM
Do You Yahoo!?
Get personalized email addresses from Yahoo! Mail - only $35 a year!
http://personal.mail.yahoo.com/
