Didalam konvensyen BN pada 7 Julai 2001, Mahathir telah menyatakan hasrat bahawa BN akan menjadi satu parti, satu bangsa dan bukan lagi terkandung parti-parti komponen sebanyak 13 parti.
 
Adakah ini bermakna umno akan berkubur? Yang tinggal cuma BN?
Jadi selama  ini umno dok laung perjuangkan bangsa Melayu juga akan berkubur?
 
Mahathir juga ada berkata, apabila usaha itu tercapai, masa itu beliau sudah tiada lagi.
So, siapa peduli (Mahathir juga tidak peduli) apa akan jadi pada nasib umno 10, 20, atau 30 tahun lagi!!
Terima kasih atas usaha Mahathir untuk meluputkan umno & melayu!!!
 
Di konvensyen tersebut, Samy Vellu juga ada membayangkan mungkin akan tinggal hanya United Malaysian National Organisation, UMNO jugak kan? Tapi M itu bukan untuk Melayu lagi...
 
 
Dalam Utusan bertarikh 8-Julai-2001:
KUALA LUMPUR 7 Julai - Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad yakin usaha Barisan Nasional (BN) untuk membentuk bangsa Malaysia di bawah satu parti mewakili pelbagai kaum akan tercapai walaupun ia akan memakan masa yang panjang.
 
Mengenai tempoh yang mungkin diambil untuk merealisasikan usaha itu, Dr. Mahathir berkata, ia mungkin memerlukan selama 10 tahun, 20 tahun, 30 tahun atau mungkin juga 100 tahun.
 
``Tetapi masa itu, saya pun sudah tiada. Orang lainlah buat. Mana boleh saya bagi jaminan untuk generasi lain,'' jelasnya.
http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2001&dt=0708&pub=Utusan_Malaysia&sec=Laporan_Khas&pg=lk_04.htm
 
 
Dalam The Star bertarikh 8-Julai-2001:
"I am confident that sooner or later Barisan will evolve into one party and not just a component of 13 parties," he said.
http://www.thestar.com.my/news/story.asp?file=/2001/7/8/nation/0801bnpc&sec=nation
 

Kirim email ke