Radio berasaskan ISLAM SEPENUHnya???
No wonder laa...  begitulah rupanya konsep Islam ala/acuan/tafsiran Mahathir/Umno...
 
 
Dari Berita Harian bertarikh 7-7-2001:
 
Perdana Menteri kemudian ditemu ramah oleh stesen radio itu yang disiarkan secara langsung. Radio Ikim.fm yang menggunakan peralatan digital sepenuhnya dimasukkan ke dalam senarai The Malaysia Book of Records sebagai stesen radio berasaskan ISLAM SEPENUHNYA yang pertama di Malaysia.
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Saturday/Nasional/20010706225555/Article/
 
-----Original Message-----
From: Horoscopes [mailto:[EMAIL PROTECTED]]
Sent: Friday, July 06, 2001 4:42 PM
To: [EMAIL PROTECTED]
Subject: H-Net* IKIM lancar stesen radio "Islam"

IKIM lancar stesen radio "Islam"
Oleh Roy Rasul

KUALA LUMPUR, 6 Julai (Hrkh) - Siaran Radio IKIM.fm yang dilancarkan oleh Perdana Menteri Dato' Seri Mahathir Muhamad, hari ini akan memuatkan dengan lagu-lagu hiburan kepada para pendengar di seluruh negara.

Menurut Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Dato' Dr Ismail Ibrahim, berkata selagi persembahan lagu-lagu tersebut mengandungi unsur-unsur kebaikan, radio IKIM.fm akan menyiarkannya.

"Tidak kira lagu daripada Siti Norhaliza ke, Raihan ke, kami akan putarkan. Sebab apa bezanya Siti Nurhaliza dengan Raihan.

"Dan kami tidak nafi semasa siaran percubaan dulu radio tersebut ada menyiarkan lagu-lagu dari artis tempatan," katanya ketika ditemui selepas majlis pelancaran Radio IKIM.fm di ibu pejabat IKIM hari ini.

IKIM.fm mula ke udara sejak minggu lalu melalui saluran 91.5 FM di Lembah Kelang. Hampir 90 peratus kandungan rancangannya adalah lagu-lagu hiburan.

Lebih 80 peratus adalah lagu-lagu pop dari penyanyi tempatan dan selebihnya lagu-lagu dari kumpulan nasyid seperti Rabbani, Raihan, Hijjaz di negara ini.

Bagaimanapun tidak terdapat lagu Inggeris atau lain-lain bahasa di radio ini.

Antaranya penyanyi yang sering ke udara adalah Siti Nohaliza, Noraniza Idris, Sharifah Aini, M Nasir serta dari penyanyi berkumpulan tanpa mengira konsep persembahannya.

Bahkan lagu yang dibawa oleh penyanyi kontroversi dengan angan-angan seks bebasnya, Ning Baizura juga disiarkan oleh stesen yang bermotokan "muzik yang menceriakan anda" itu.

Yang berbeza dengan saluran lain adalah, di celah-celah "menarilah, aaahai, menyanyilah aahai..." adalah hadis-hadis Rasulullah.

Turut ke udara hampir setiap jam adalah berita dalam dan luar negara.

Ketua Pengarah IKIM, Dato' Dr Ismail Ibrahim ketika mengulas hal ini berkata, walaupun konsep yang dibawa oleh siaran radio IKIM.fm untuk menyebarkan maklumat keislaman selari dengan objektif-objektif IKIM tetapi ianya mesti ada hiburan kerana ia akan memberi semangat kepada pendengar.

Oleh sebab itu katanya lagu-lagu yang dibawa oleh artis-artis negara ini akan disiarkan sekiranya liriknya mempunyai mesej yang tidak bercanggah dengan budaya dan akidah Islam.

Katanya, tidak menjadi kesalahan walaupun lagu tersebut disampaikan oleh artis terkenal seperti Siti Norhaliza ataupun penyanyi lain.

Menurutnya walaupun cara penyanyi tersebut mempersembahkan lagu dengan penuh gaya seperti menari dan sebagainya ia tidak dilihat oleh pendengar radio.

Bagi beliau, lagu tersebut tidak menjadi masalah kerana apa yang digambarkan tidak dilihat oleh pendengar.

"Yang penting adalah lirik dan mesej yang disampaikan," katanya. Malah, katanya hiburan tidak semestinya melalui lagu-lagu tetapi lakonan dan orang bercakap pun boleh memberi hiburan kepada seseorang.

Sehubungan itu katanya radio IKIM.fm akan terus kekalkan untuk menyiar lagu-lagu hiburan dari para artis.

Sementara itu Pengerusi IKIM Tan Sri Dato' Seri Ahmad Sarji Abdul Hamid berkata tiga perkara yang perlu diikuti oleh radio ini ialah tidak menyebarkan apa-apa maklumat tentang kefahaman agama kecuali ajaran Islam.

Radio ini juga tidak boleh menyebarkan perkara-perkara yang boleh menyinggung perrasaan dan sentimen mana-mana bangsa atau agama di negara ini.

Syarat ketiga tidak menyebarkan perkara-perkara yang mengandungi nilai budaya dan moral yang bertentangan dengan aspirasi masyarakat dan negara.

Siaran akan memancarkan 'a world view of Islam ' dengan mengemblengklan informasi dan unsur-unsur hiburan dengan rapi dan teliti supaya para pendengar akan dapat memanfaatkan yang sebaik-baiknya.

Sementara itu Perdana Menteri, Dato' Seri Dr Mahathir ketika merasmikan siaran radio tersebut berkata, penubuhannya adalah untuk menyampaikan maklumat Islam yang sebenar lebih-lebih lagi kepada orang bukan Islam.

Selain itu katanya ianya dapat mengelak daripada kekeliruan mengenai Islam yang berlaku di hari ini.

Selain dapat mengurangkan salah faham di kalangan orang Islam sendiri ianya juga dapat menerangkan apa yang bertentang dengan ajaran Islam.

Comments ? E-mail Us

 



COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM



Do You Yahoo!?
Get personalized email addresses from Yahoo! Mail - only $35 a year!
http://personal.mail.yahoo.com/

Kirim email ke