*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
mungkin ni lah yang dimaksudkan MELAYU HAPRAK oleh mahathir agaknyer....
:-)
Hassan, Haslim wrote:
>
> Laa... Puteri Umno ni memandai pulak tentang talak, nak
> controk ulamak?
>
> Kalau dah jahil, eloklah diserahkan pada ulamak untuk
> memutuskan. Malaysiakan ada majlis fatwa!
>
>
> Jangan Sampai Ada 'Cerai SMS' Di Malaysia, Kata Puteri UMNO
>
> KUALA LUMPUR, 10 Julai (Bernama) -- Puteri Umno berharap
> pihak berkuasa di negara ini tidak akan membenarkan lafaz
> cerai melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) seperti yang
> diiktiraf di Singapura dan beberapa negara Arab.
>
> Ketua Penaja Puteri Umno Azalina Othman Said berkata
> kebenaran lafaz talak menerusi khidmat SMS telefon selular
> itu boleh disalahgunakan.
>
> "Perceraian bukanlah satu perkara yang patut dipermainkan,"
> katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
>
> Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Hashim Yahya baru-baru ini
> bahawa lafaz cerai melalui SMS sah mengikut hukum syarak dan
> kesannya sama seperti penggunaan surat dan e-mel.
>
> Azalina berkata lafaz cerai menerusi SMS juga membabitkan isu
> ketiadaan saksi manakala bukti mungkin tidak dapat dibawa ke
> mahkamah.
>
> Proses ini akan menjadi sukar kerana suami dan isteri akan
> tetap ke mahkamah untuk menyelesaikan perceraian.
>
> Beliau berkata banyak kes lafaz cerai secara langsung masih
> sering menghadapi masalah dan mengambil masa yang lama untuk
> diselesaikan di mahkamah.
>
> Menurut Azalina kebenaran lafaz cerai menerusi SMS juga boleh
> disalahgunakan oleh suami sama seperti dalam kes hak lafaz
> talak oleh suami.
>
> "Hari ini banyak berlaku penyalahgunaan hak lafaz oleh suami
> dan penganiayaan berlaku terhadap wanita Islam di Malaysia
> apabila berhadapan dengan isu perceraian di luar mahkamah,"
> katanya.
>
> Sebelum ini, Yayasan Azam Wanita menyifatkan kebenaran
> melafaz cerai cara begitu sebagai kurang sopan dan tidak
> sepatutnya dilakukan oleh seorang suami.
>
> -- BERNAMA
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: mad <[EMAIL PROTECTED]>