Universiti MCA, perkukuh faham perkauman - Pemuda PAS
KUALA LUMPUR, 9 Julai (Hrkh) - Dewan Pemuda PAS Pusat memandang serius
keputusan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menawarkan penubuhan sebuah
universiti swasta kepada sebuah parti politik perkauman seperti MCA,
semalam.
Sayap kanan PAS itu berpendapat penubuhan sebuah universiti yang diselia
oleh sebuah parti perkauman seperti MCA akan memberi kesan terhadap
intergrasi kaum di negara ini, sedangkan pusat pengajian tinggi sepatutnya
dijadikan asas bagi merapatkan hubungan antara kaum.
Ketuanya, Haji Mahfuz Omar, dalam kenyataannya hari ini berkata, penubuhan
universiti yang seumpama itu bukan sahaja akan memberi kesan negatif
terhadap perpaduan nasional, tetapi akan menyebabkan parti-parti perkauman
lain seperti Umno, MIC dan sebagainya akan memohon untuk menubuhkan
universiti masing-masing dan seterusnya memperburukkan lagi senario
perhubungan kaum di negara ini.
Mahfu! z, yang juga merupakan Ahli Parlimen Pokok Sena, seterusnya berkata
langkah KPM itu adalah tindakan politik kerajaan bagi menarik sokongan orang
Cina setelah ia kehilangan sokongan masyarakat itu ekoran beberapa isu
seperti penguasaan Nanyang oleh MCA, Suqui, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina
Damansara dan beberapa isu lain yang dilihat merugikan orang Cina.
Akhbar The Star di halaman depannya hari ini melaporkan Presiden MCA, Dato'
Seri Dr Ling Liong Sik, telah mengumumkan tentang langkah KPM meluluskan
permohonan parti itu untuk menubuhkan sebuah pusat pengajian tinggi ketika
merasmikan mesyuarat agung MCAPerak di Ipoh, Ahad lepas.
Sambil menyifatkan peristiwa itu sebagai "detik bersejarah" untuk MCA,
akhbar itu turut melaporkan kenyataan Ling yang menganggap kelulusan itu
sebagai tercapainya impian MCA selama 30 tahun untuk memiliki sebuah pusat
pengajian tinggi.
Menurut laporan itu lagi, pengumuman Ling berhubung kelulusan tersebut tela! h
mendapat tepukan gemuruh para pemimpin pusat parti itu dan juga perwakilan
yang berdiri beramai-ramai, melainkan Timbalan Presiden MCA, Dato' Lim Ah
Lek, dan dua Naib Presidennya, Dato' Chua Jui Meng dan Dato' Chan Kong Choy,
yang terus duduk di kerusi masing-masing.
Universiti berkenaan, menurut laporan itu, yang akan dikenali sebagai
Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) adalah sebuah entiti baru, bukannya
peningkatan taraf Kolej Tunku Abdul Rahman yang ditubuhkan oleh parti
berkenaan pada 1969, selepas tercetusnya Peristiwa 13 Mei.
Comments ? E-mail Us



COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM



Do You Yahoo!?
Get personalized email addresses from Yahoo! Mail - only $35 a year!
http://personal.mail.yahoo.com/

Kirim email ke