*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Tulisan haq sedikit pon aku tak marah sebab itu cara hang (org
yg baik org yg boleh mengawal marahnya). Lagipun aku bukan
nak bergaduh pasai bab nie hanya aku nak kita fikiq kan macam
mana nak mengatasi masalah murtad.
Kalau benar itu hukumnya sudah tentu mak saudara aku dah
meninggal dunia 15 tahun yang lalu. Mak cik aku pernah murtad
selama 5 tahun sehingga mendapat 3 org anak. Sekarang nie aku
sendiri malu melihat suami beliau (India) sembahyang lebih tertib,
khusyuk dan siap berwirid daripada aku.
Aku rasa langkah terbaik utk mengatasi masalah nie adalah
menguatkan lagi ikatan perkahwinan, kekeluargaan, persaudaraan
dan kemasyarakatan kita. Semangat tegur menegur, nasihat
menasihati dan bantu membantu. Buang perkataan di benak kita
"Itu bukan anak aku". Kalau nie dapat dibuang, kes2 lain boleh
dapat dielakkan macam kes rogol, curi, penagih dadah dsb. Aku
memang sensitif pasai bab Murtad sebab aku mempunyai anak
kedua2 perempuan. So aku sentiasa beringat apa peranan aku...
Mari kita renungkan
Allah berfirman di dalam surah wal-asri (betui ejaan)
"Demi masa, sesungguh manusia sentiasa di dalam kerugian
kecuali orang yg berpesan dengan kebenaran dan berpesan
dengan kesabaran"
On 11 Jul 2001, at 2:27, Ru Antara wrote:
> >===== Original Message From [EMAIL PROTECTED] =====
> > Tolong habaq kat aku macam idea hang nak atasi isu murtad...
> >sebab aku tongong ....
>
> <cut>
>
> Ha, baguih; nampak gayanya hang dah tak pening dah!
>
> Bermula kata, kita ambik sempena nama hang dulu "Saffie"; orang utara kata
> "SPI-EI" atau nama ringkas "PI-EI".
>
> Okaylah Piei,
>
> Piei ini nama yang elok sempena nama Imam Syafie; hari tu aku dengar Ustaz
> kata
> dalam mazhab Syafie; hukuman untuk orang murtad ialah bunuh setelah diberi
> masa untuk bertaubat beberapa hari (3 hari kalau tak silap).
>
> Dalam bab-bab agama ini, aku pun tongong macam hang juga sebenarnya; tapi aku
> percaya Imam Syafie yg begitu tinggi ilmunya, yg dalam ijtihadnya itu tentunya
> taklah tongong macam kita.
>
> Siapakah kita kalau nak dibandingkan dengan Imam Syafie yang Muktabar ini; and
> for that matter, siapalah Dr Mahathir kalau nak dibandingkan dengan Imam
> Syafie yg ilmunya tak terlawan dek kuncu-kuncu Mahathir kat IKIM sana nu.
>
> Maka kerana itu, dengan sedikit logik akal tersebut; adalah dirasakan,
> bersesuaian dengan Mazhab Syafie sebagai Mazhab Rasmi Negara (rujuk kenyataan
> TPM tempoh hari), maka apalah salahnya kita jadikan Hukuman Murtad yg telah
> diputuskan oleh Imam Syafie itu sebagai salah satu akta dlm perundangan
> negara.
>
> Opps, lupa nak habag; kalau sdra Pie bukan bermazhab Syafie, maka kita tak
> perlu berdebat panjang mengenai perkara ini. Saya menghormati pegangan mazhab
> sdra itu.
>
> Terlajak menulis, nak minta maaf la sebab dua tiga email sebelum ini, hamba
> kasaq sangat.....tak pa kot nuo...
>
> -Ru Antara-
>
>
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: [EMAIL PROTECTED]