*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Wa'alaikumsalam and salam kembali,
saya sertakan satu mail dari rakan diHizbi tidak lama dahulu;

Assalamualaikum wbt,
>
>Betulkah achohol itu najis dan haram ? Pada hari ini
>banyak permasalahan
>istilah yang diterjemahkan dari perkataan Inggeris tidak
>menepati keadaan
>sebenar. Antara contoh-contoh istilah : alkohol vs arak,
>emas putih vs
>platinum, emas hitam vs petroleum, tengah hari vs waktu
>sebenar, tengah
>malam vs waktu sebenar, pagi.
>
>Menurut maksud hadis, sesuatu yang memabukkan adalah arak
>dan arak itu
>adalah haram.
>
>Dari segi kimia, alkohol adalah satu keluarga hidrokarbon
>dengan formula
>asas R-OH. R adalah rantai hidrokarbon dan kumpulan OH
>bertanggung jawab
>membawa sifat alkohol. Alkohol dinamakan dengan sambungan
>"nol" dihujung
>perkataan. Contoh :
>CH3-OH : Metanol
>CH3CH2 - OH : Etanol
>CH3(CH2)2-OH : Propanol
>CH3(CH2)3-OH : Butanol
>dan seterusnya.
>
>Sifat-sifat alkohol :
>- sangat mudah terbakar, kebolehan untuk terbakar
>bergantung kepada bilangan
>karbon dalam alkohol. Lebih banyak karbon maka lebih
>susah untuk terbakar.
>Metanol dan etanol terbakar dalam nyalaan api berwarna
>kebiruan.
>- sangat mudah meraup kerana takat didih yang rendah.
>Etanol (+/- 78oC). Ini
>juga bergantung kepada bilangan karbon.
>- kebolehan melarut dalam air dan pelarut organik. Ini
>juga bergantung
>kepada bilangan karbon.
>- takat beku rendah (< 0oC).
>- kebanyakkan beracun
>
>Alkohol boleh didapati dari pelbagai sumber, iaitu secara
>semula jadi, dari
>proses penapaian (fermentation), dari proses pereputan
>bahan organik, dari
>proses tindak balas petro-kimia dan dari arang batu.
>Kebanyakan alkohol asas
>dalam keluarga alkohol bersifat sebagai "RACUN" kecuali
>etanol. Sebagai
>contoh, etanol boleh dimakan dalam kuantiti kecil dan
>tidak memudaratkan,
>tetapi spirit (nama kimia metanol) dalam kuantiti kecil
>amat toksik jika
>dimakan. Keadaan ini sama bila kedua-dua alkohol ini
>bertukar menjadi asid
>karbosilik (R-COOH). Metanol akan menjadi asid metaniok
>(cuka getah) dan
>etanol akan menjadi asid etanoik (cuka makan). Rasanya
>tidak perlu
>dijelaskan bagaimana kesan toksik akibat cuka getah.
>
>Dari sini kita akan mendapati bahawa istilah alkohol
>adalah terlalu umum dan
>alkohol dari segi kimia tidak boleh disamakan dengan
>istilah alkohol yang
>dimaksudkan oleh orang-orang barat. Takan sama racun
>dengan arak, walau pun
>kedua-duanya tak boleh dimakan.
>
>Dalam industi pemakanan dan perubatan, alkohol (etanol)
>yang digunakan
>diperolehi dari proses penapaian. Misalnya : penapaian
>gula mentah + yis /
>ragi. Alkohol (etanol) dari proses lain seperti
>petrokimia, tidak digunakan
>kerana kemungkinan mengandungi unsur-unsur surih yang
>beracun seperti
>metanol, propanol dan lain-lain bahan organik dan tak
>organik (dalam unit
>ppm- bahagian per juta).
>
>Dalam makanan tradisi seperti roti, kuih paw, tapai dan
>sebagainya, ragi
>atau yis diperlukan sebagai salah satu bahan dalam
>resepi. Dalam roti,
>alkohol (etanol) meruap ketika roti dibakar. Walau
>bagaimana pun, kandungan
>alkohol (etanol) kekal dalam tapai (tapai ubi dan pulut).
>Adakah ini haram ?
>Adakah ini memabukkan ? Tapai dan air tapai tidak
>memabukkan kerana kuantiti
>alkohol (etanol) di dalamnya adalah kecil. Sila rujuk
>balik maksud hadis.
>Walau bagaimana pun, ada segolongan manusia dalam
>masyarakat kita ingin
>mengambil kesempatan dalam keadaan ini iaitu dengan
>meminum air tapai
>sebanyak-banyaknya supaya mabuk. Bagaimana ? Di sini
>hukumnya tetap jelas,
>mereka meminum air tapai supaya mabuk atau dengan niat
>supaya mabuk, maka
>hukumnya tetap haram.
>
>Di sini masalah menentukan sama ada alkohol itu haram
>atau tidak, sepatutnya
>dipersoalkan dan diperbincangkan oleh majlis fatwa
>kebangsaan. Di manakah
>majlis fatwa kita ? Apakah fungsi dan peranan mereka ?
>Apakah kerja mereka
>hanya untuk mengharamkan pertubuhan-pertubuhan tertentu
>sahaja atau mendakwa
>orang ini sesat dan orang itu sesat ?
>
>Etanol dalam kuantiti kecil tidak memabukkan (tidak
>haram) tetapi dalam
>kuantiti yang besar ia boleh memudaratkan seperti
>ahli-ahli keluarganya yang
>lain (toksik) (jika dimakan). Adakah ini bertepatan
>dengan maksud hadis ?
>Maksud hadis "sesuatu yang memabukkan adalah arak dan
>arak itu adalah
>haram".
>
>Hukum bahawa alkohol itu haram sangat-sangat perlu
>dirombak semula. Kita
>tidak patut salahkan orang zaman dahulu jika mereka
>mengeluarkan fatwa
>alkohol itu haram. Ini kerana pada zaman mereka
>pengetahuan dalam ilmu kimia
>mereka amat terbatas sekali, begitu juga
>peralatan-peralatan untuk membuat
>analisa kualitatif juga tidak berkesan dan terbatas.
>
>Mereka di zaman dahulu menganggap bahawa suasa (campuran
>emas dan perak)
>adalah halal kerana mereka merujuk kepada tidak balas
>arak (haram) yang
>berubah menjadi cuka (halal). Mereka menganggap bahawa
>campuran emas dan
>perak menyebabkan ia berubah bentuk menjadi satu bahan
>yang baru. Pada hari
>ini kita telah mengkaji dan mendapati bahawa campuran
>perak dan emas tetap
>satu campuran logam (aloi). Campuran sesuatu bahan yang
>haram dan halal
>tetap menjadi haram. Macam kata pepatah "kerana nila
>setitik, rosak susu
>sebelanga".
>
>Kenapa kita pada hari ini walaupun sudah mempunyai banyak
>kemudahan dan ilmu
>pengetahuan sudah berkembang tetapi masih tetap
>berpandukan kepada
>hukum-hukum fekah dalam kitab-kitab lama. Sepatutnya
>majlis fatwa merombak
>semula fatwa berkenaan permasalahan bahan-bahan (bahan
>kimia, logam) kerana
>ilmu pengetahuan kita sudah mencapai pada tahap yang
>diperlukan. Kenapa
>perlu berfikiran statik ? Sepatutnya kita boleh berfikir
>secara dinamik
>dalam menangani masalah ini.
>
>Bagi pandangan saya, kenapa kita perlu terlampau nak
>terperinci jika sesuatu
>perintah atau hukum itu jelas. Kan dah jadi satu
>kekeliruan besar. Macam
>cerita sapi betina pada zaman Nabi Musa a.s, kaum bani
>Israil diperintahkan
>mendapatkan lembu betina. Kemudian mereka berbalah,
>macam-macam detail
>mereka tanya Nabi Musa. Last last, pekara yang mudah jadi
>sangat susah.
>Mereka kena cari lembu yang berwarna keemasan, tidak tua,
>tidak terlalu
>muda, dan tidak digunakan untuk bekerja. Hampir-hampir
>mereka tidak dapat
>melaksanakan perintah itu.
>
>Bila maksud hadis begitu jelas "sesuatu yang memabukkan
>adalah arak dan arak
>itu adalah haram". Kenapa kita perlu selidik apakah bahan
>yang terkandung di
>dalam arak, bahan manakah yang menyebabkan mabuk,
>bagaimana ia menyebabkan
>mabuk. Bila bertemu masalah lain, seperti tapai, kan dah
>jadi susah. Haram
>atau halal itu bergantung kepada niat kita juga.
>Kesimpulan yang saya dapat
>buat ialah alkohol dikatakan haram adalah disebabkan
>masalah istilah dan
>bukan disebabkan keadaan sebenar. Dalam keadaan sebenar
>alkohol adalah
>alkohol dan arak adalah arak, alkohol bukan arak dan arak
>bukan alkohol.
>Arak mengandungi alkohol tetapi alkohol tidak mengandungi
>arak. Haram
>penggunaan alkohol adalah bergantung pada niat, jika niat
>adalah untuk
>memabukkan maka ia adalah haram, sebaliknya dalam
>pengunaan biasa ia adalah
>halal.
>
>Sepatutnya ustaz-ustaz dan ulama-ulama perlu bermuzakarah
>dengan ahli-ahli
>kimia, biokimia dan perubatan kerana masing-masing adalah
>pakar dalam bidang
>masing-masing. Adalah amat tidak wajar seorang ustaz
>hanya berpegang teguh
>pada hukum-hukum yang dipelajarinya sejak dari bangku
>sekolah tanpa
>menghiraukan perubahan zaman. Pekara ini wajib
>dimuzakarah dan didedahkan
>kepada pengetahuan umum. Umat Islam pada zaman dahulu
>berfikiran dinamik,
>sebaliknya ramai umat Islam pada hari ini berfikiran
>statik. Mereka takut
>akan perubahan atau tidak mahukan perubahan.
>
>Saya nak keluar tajuk sikit, saya pernah dengar satu
>permasalahan fekah yang
>dibincangkan dalam soal jawab agama di TV (sekitar tahun
>1988-1989) yang
>dihoskan oleh ust. fadzil hanafi (sekarang YB). Ada
>seorang hamba Allah
>bertanyakan masalah kencing tak lawas iaitu air kecing
>keluar sedikit dalam
>masa-masa tertentu. Bagaimana si polan ini hendak
>bersolat. Apa yang
>dijawabnya oleh fadzil hanafi ? ada ke patut dia suruh
>orang itu ikat
>kemaluannya dengan tali supaya air kencing tak keluar
>dengan sendiri.
>Tahukah bahawa penyelesaian ini akan lebih memudaratkan
>kerana aliran darah
>yang terhenti atau gangguan aliran darah menyebabkan
>oksigen tidak dapat
>diedarkan kepada bahagian berkenaan. Jika keadaan
>berterusan, apa yang akan
>jadi ?
>
>Dalam industri makanan dan perubatan pada hari ini,
>pengunaan etanol dalam
>beberapa proses tertentu tidak boleh dipisahkan. Kalau
>tidak, tak jadi
>sesuatu produk. Dalam bidang perubatan pula, etanol
>digunakan sebagai
>antiseptik ketika mengambil sampel darah. Sapa pernah
>kena suntik ? Bahan
>yang terasa sejuk bila terkena kulit itu adalah etanol
>(99.9%). Boleh tak
>etanol digantikan dengan bahan lain seperti air, mineral
>water, air suling,
>H2O2, dettol, klorox, dan sebagainya ? Sila tanya doktor
>kenapa tak boleh...
>
>Jika dirujuk semula kepada maksud hadis itu "sesuatu yang
>memabukkan adalah
>arak dan arak itu adalah haram". Ada beberapa bahan yang
>boleh memabukkan
>atau seseorang itu rasa berkhayal, seperti rokok dan
>dadah. Kenapa hukum
>rokok masih dipertikai kerena perbezaan pendapat, ada
>yang kata haram dan
>ada yang kata makruh. Jika saya tidak silap, Syeikh
>Qardawi ada mengeluarkan
>fatwa bahawa rokok itu haram. Tetapi ini agak sukar untuk
>diterima oleh
>sebilangan besar dari masyarakat kita (baik PAS mahu pun
>UMNO).
>
>Sekarang saya nak sentuh mengenai emas putih. Ini adalah
>satu lagi istilah
>yang disalah ertikan. Ada yang berpendapat bahawa emas
>putih adalah emas dan
>haram untuk muslimin. Jika ia haram kerana nilainya, maka
>sudah tentu
>berlian juga haram kerana nilainya. Emas putih adalah
>Platinum (nama kimia
>dan fizik) dan ia adalah bahan yang berlainan dari emas
>sama ada dari segi
>unsur asli, sifat-sifak kimia dan fizikal. Ia dinamakan
>sebagai emas kerana
>nilainya yang amat berharga dan cantik. Nama kimia bagi
>emas adalah Aurum
>(Au) dan singkatan nama platinum (Pt). Walaupun harga
>emas putih lebih mahal
>dari emas biasa, kegunaan utama emas putih bukanlah
>sebagai perhiasan tetapi
>dalam industri kimia dan petro kimia. Platinum digunakan
>sebagai pemakin
>tindak balas dalam tindak balas ammonia kepada nitrogen
>dioksida yang
>digunakan dalam proses pembuatan asid nitrik. Sebahagian
>dari kegunaan asid
>nitrik adalah dalam pembuatan baja kimia. Perlukah
>muslimin bermegah-megah
>dengan perhiasan ?
>
>Begitu juga keadaan emas hitam. Petroleum dikenali
>sebagai emas hitam kerana
>nilainya dan hitam adalah kerana warna yang hitam. Adakah
>petroleum itu EMAS
>? Adakah petroleum itu haram ? Kalau haram maka semua
>produk petro kimia
>seperti cat, pelarut, sabun detergent dan sebagainya pun
>haram juga ?
>
>Sekarang ni ada satu istilah yang pelik jika kita
>fikirkan dengan teliti.
>Orang putih kata pukul 12pm adalah tengah hari, 12 am
>adalah tengah malam
>dan selepas 12am adalah pagi. Pendapat mereka diterima
>bulat-bulat tanpa
>pertikaian. Mungkin benar 12pm itu tengah hari jika kita
>berada di GMT 0.
>Tapi kita di Malaysia, di benua Asia, adakah ini benar ?
>Waktu tengah hari
>yang sebenar/tepat adalah 2-3 minit sebelum Zohor
>(selepas pukul 1 petang).
>Walau bagaimana pun ia sudah menjadi istilah, maka
>biarkan sahaja tak perlu
>menyusahkan diri nak pertikaikan.
>
>Satu lagi permasalahan orang-orang kristian, mereka
>mensimbolikan hari
>krismas dengan santa clause dan musim salji. Keadaan ini
>benar bagi benua di
>sebelah kutub utara tetapi bagaimana dengan benua di
>kutub selatan seperti
>Australia. Sepatutnya Autralia meraikan hari krismas
>dalam bulan Jun
>dan bukan Disember, supaya salji dan santa clause dapat
>turun ke bumi.
>Kah, kah, kah.... Kan orang dah kata, kristian ni
>terbatas pada suatu zaman
>dan tempat.
>
>Oleh kerana kita mensempitkan definasi alkohol. Masalah
>pada hari ini
>bertambah komplek. Guieness iaitu sebuah kilang arak di
>Malaysia
>mengeluarkan satu minuman malt (kononnya berkhasiat)
>tanpa alkohol. Oleh
>kerana "tanpa alkohol" maka ia bebas dijual dikedai-kedai
>mamak beragama
>Islam. Adakah Guiness Malt ini halal kerana ia tidak
>mengandungi alkohol ?
>aaa, uuu, aa, uuu, aa, uuu, aa, aaa .... Tak tahu la
>kalau Pusat Islam hamid
>a/l Osman boleh mengeluarkan label halal pada Guiness
>Malt, tentu kecoh
>dibuatnya.
>
>Minta maaf kerana saya terpaksa memperpanjangkan
>perbincangan halal dan
>haram ini. Masalah ini sangat serius dan peluang
>perbincangan jarang saya
>perolehi. Kita sering menyebut masalah halal dan haram
>dalam masalah yang
>besar-besar tetapi dalam urusan pemakanan kita
>sehari-hari, kita cuai
>sedangkan ia tidak berkait dengan sesiapa pun. Masalah
>telur ayam yang tidak
>dibasuh pernah dibincangkan. Walau bagaimana pun ada yang
>membuat andaian
>silap di mana kita tidak perlu sibuk ayam makan apa. Kita
>bukan nak sibuk
>ayam makan apa, yang kita bincangkan adalah telur ayam.
>Di manakah telur
>ayam keluar ? dari mulutnya kah ? atau dari kepaknya kah
>? atau magic show ?
>Semua orang tau, telur keluar dari mana. Bila telur
>keluar, di manakah ia
>jatuh ? Telur itu akan jatuh ke dalam reban dan mungkin
>jatuh atas taik ayam
>itu sendiri. Kita tahu taik ayam itu najis, tapi bila
>beli telur ayam...
>kita terus pecahkan dan masak. Jangan nak kata, bila
>kenduri... telur yang
>dibeli terus direbus begitu sahaja. Mudah sungguh. Kenapa
>tidak dibasuhkan
>dahulu telur sebelum digunakan. Bukankah membasuh telur
>sebelum digunakan
>adalah lebih baik dan lebih suci. Sebab itulah kalau beli
>roti canai atau
>roti telur kena hati-hati banyak, cek telor itu dalam
>tray kertas atau sudah
>dibasuh. Bagi makanan lain seperti biskut, roti, kek yang
>mengandungi telor
>dan dibuat oleh bukan Islam dan "hand made", kita kena
>elakkan dari membeli
>produk-produk ini.
>
>Oleh kerana kita ini suka isu yang besar-besar, saya akan
>bentangkan isu
>yang paling besar tetapi orang langsung tak kisah dan tak
>boleh nak buat
>apa-apa. Saya dah bentangkan isu ini pada awal tahun lalu
>(1999) tetapi tak
>ada respone. Satu sumber makanan umat Islam yang tenat
>adalah sumber air
>minuman itu sendiri. Tidak banyak loji pembersihan air
>yang memperolehi
>sumber air yang betul-betul semula jadi. Saya pernah
>tanya rakan saya yang
>mengikuti kursus Ijazah Sarjana Muda Syariah mengenai air
>sungai yang kotor
>dalam kuantiti yang banyak, laju sahaja dia menjawab "air
>suci dan boleh
>menyucikan". Betul-betul hafal nota. Air sungai yang saya
>maksudkan adalah
>air-air longkang dari kawasan perumahan, ladang, pekan
>yang mengalir ke
>dalam sungai, air sungai ini kemudian dipamkan untuk
>diproses untuk
>dijadikan air minuman. Air sungai dalam keadaan semula
>jadi iaitu tidak
>mengandungi bau, warna dan rasa, sudah semestinya suci
>dan menyucikan.
>Tetapi pada hari ini, banyak sungai yang telah tercemar
>sama ada disebabkan
>sistem kumbahan yang tidak sempurna, sisa industri, sisa
>ladang, dan sisa
>ladang penternakan babi. Ada beberapa kawasan tadahan air
>yang boleh
>dikatakan tercemar iaitu Loji Sg. Langat, Loji Sg.
>Semenyih, Loji Pasir
>Salak (untuk penduduk Sepang), Loji Sg. Linggi dan
>lain-lain. Ada juga loji
>yang mendapat air semula jadi antaranya : Loji PA Bukit
>Nenas (untuk
>penduduk Pusat Bandar KL), Loji PA Sg. Rangkap (untuk
>MD.Gombak), Loji Sg
>Batu (untuk penduduk Ulu Yam) dan lain-lain.
>
>Jika kita beranggapan air sungai dalam keadaan apa pun
>tetap suci, kita
>perlu lihat air kumbahan dari Loji Pembersihan Air
>Kumbahan Indah Water. Air
>kumbahan yang diproses sangat banyak dan boleh jadi air
>sungai, air ini
>jernih tetapi mungkin berbau sedikit. Adakah ini suci dan
>menyucikan. Jika
>ia suci, saya nak proses air itu untuk dijadikan air
>minuman kepada mereka
>yang menganggap air itu suci. Jika mereka sanggup telan,
>air kencing yang
>disulingkan (proses penulinan air) pun boleh dikitar
>semula untuk kegunaan
>mereka. Sebab itulah saya kata, ramai ustaz seumpama ini
>berfikiran statik,
>mereka hafal bulat-bulat tetapi mereka gagal
>menterjemahkan ilmu mereka ke
>dalam kehidupan harian di zaman ini. Mereka gagal memikul
>amanah yang
>diberikan kepada mereka. Minta maaf, saya terpaksa kata
>juga.
>
>Bagaimana benda yang haram atau najis boleh mempengaruhi
>diri kita ? Maksud
>hadis "dalam tubuh kita ada segumpal darah jika baik maka
>baiklah diri kita,
>sebaliknya jika buruk maka buruklah diri kita, apa yang
>dimaksudkan darah
>itu ialah hati". Maksud hadis lagi "Makanan membentuk
>hati". Jadi tidak
>hairanlah jika Syaidina Abu Bakar sanggup memuntahkan apa
>yang telah
>dimakannya bila ia mengetahui makanan itu mengandungi
>barang yang haram.
>
>His, pening kepala kalau memikirkan masalah umat Islam
>kini. Macam mana kita
>nak tolong umat Islam supaya mereka mendapat sumber
>makanan yang halal,
>sedangkan mereka sendiri tak kisah langsung halal dan
>haram. Entahlah, ...
>
>
>Wallahualam
>
>X- chemist



>From: Suhaimi Ismail - PP <[EMAIL PROTECTED]>
>To: [EMAIL PROTECTED]
>Subject: H-Net* Alkohol dan minyak wangi
>Date: Wed, 11 Jul 2001 14:22:15 +0800
>
>
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>  {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
>  {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
>  {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>           PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>Assalamualaikum  w.b.t
>
>Boleh sesiapa memberikan pendapat yang boleh menyokong kenyataan yang
>dibawah sebab
>saya masih lagi was-was tentang penggunaan alkohol dalam perfume ni. Harap
>dapat
>penjelasan yang dapat menghilangkan perasaan was-was saya.
>Wassalam
>
>
>****************************************************************************
>******
>
>Ulama' dahulu menghukumkan minyak wangi atau perfume yang mengandungi
>alkohol sebagai najis dan haram kerana mungkin pengetahuan ketika itu tidak
>dapat menyingkap secara meluas hakikat alkohol. Bagaimana ia terjadi,
>prosesnya
>dan apakah ianya sama dengan alkohol yang terdapat pada khamar (arak) dan
>seterusnya. Tetapi ulama' - ulama' sekarang mengeluarkan fatwa bahawa ianya
>tidak najis dan boleh dibawa pakai untuk sembahyang. Fatwa yang dikeluarkan
>ini berdasarkan
>hasil kajian yang menyeluruh dan dapat menyingkap hakikat penggunaan 
>alkohol
>secara meluas dalam kehidupan manusia sejagat.
>
>1. Fatwa Majlis Kebangsaan :
>
>" Ubat - ubatan dan pewangi yang ada kandungan alkohol adalah dimaafkan,
>yakni
>
>DIHARUSKAN penggunaannya."
>
>2. Lembaga Fatwa Al Azhar berpendapat bahawa alkohol itu TIDAK NAJIS
>manakala
>
>arak tetap najis.
>
>3. Fatwa almarhum Syeikh Sya'rawi (rh) dalam kitabnya " Anta Tas al Wa 
>Islam
>
>Tujib " menjelaskan bahawa :
>
>" Memakai perfume yang mengandungi alkohol HALAL hukumnya. Alkohol hukum-
>
>nya menjadi haram jika diminum untuk bermabuk-mabuk."
>
>4. Menurut Kitab " Al Fiqh Al Muzaahibil Arba'ah" dalam bab " An Najaasaat"
>juzu' 1
>
>menjelaskan bahawa alkohol yang dimasukkan ke dalam minyak wangi agar tahan
>
>lama atau untuk tujuan menaikkan roti, hukumnya adalah HARUS.
>
>5. Syeikh Rashid Redha dalam penulisan tafsirnya yang masyhur iaitu " 
>Tafsir
>Al Manar "
>
>menyatakan bahawa hukum alkohol TIDAK NAJIS dan penggunaannya dalam minyak
>
>wangi diBOLEHKAN atas dasar tidak adanya dalil yang tegas tentang
>kenajisannya.
>
>6. Imam Asy - Syaukaani (rh) dalam kitabnya " Nailul Awthor " juga
>bersependapat dengan
>
>Syeikh Rashid Redha (rh).
>
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>  ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
>  ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
>  ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
>  ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
>  ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
>Pengirim: Suhaimi Ismail - PP <[EMAIL PROTECTED]>

_________________________________________________________________________
Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com.


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Zainol Zainuddin" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke