NEWS
Print version of this story
Wednesday July 11
Anti-ISA: Pelajar dipecat kembali ke UiTM
Azlina Ngainon
4:16pm, Wed: Pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang disingkir 22 Jun
lalu atas kesalahan menyertai perhimpunan bagi membantah Akta Keselamatan
Dalam Negeri (ISA) dibenarkan meneruskan semula pengajiannya di universiti
itu hari ini.
Ketika dihubungi tadi, pelajar jurusan kejuruteraan elektrik Rafzan Ramli
berkata UiTM telah memaklumkan hal itu kepadanya dalam satu surat semalam.
Menurut surat itu, pelajar tahun dua itu dibenarkan kembali ke kampus di
Shah Alam untuk "meneruskan pengajian tanpa kehilangan apa-apa faedah."
UiTM juga membatalkan surat pemecatannya yang bertarikh 23 Jun lalu. Dalam
surat itu, Rafzan dipecat serta-merta selepas jawatankuasa tatatertib
mendapati beliau bersalah menyertai perhimpunan haram di Masjid Negara pada
8 Jun.
"Saya bersyukur kerana dibenarkan untuk teruskan pengajian!
saya," kata
pelajar tahun dua itu lagi. Bagaimanapun beliau akan mendapatkan nasihat
guaman lanjut berhubung perbicaraan baru kes itu yang mungkin diadakan
semula.
Dalam surat yang dikeluarkan oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar
(HEP) Datuk Prof Dr Adnan Alias, universiti itu sedang menimbang untuk
mengadakan perbicaraan semula kes Rafzan itu di depan jawatankuasa yang
baru.
UiTM membenarkan Rafzan meneruskan pengajian selepas meneliti surat rayuan
pelajar itu yang dihantar pada 26 Jun lalu.
Beliau dan lima pelajar lain ditahan hampir 24 jam di balai polis Dang
Wangi, Kuala Lumpur dan dibebaskan dengan jaminan polis.
Enam pelajar itu dikehendaki hadir di balai yang sama pada 19 Julai ini
untuk didakwa di mahkamah atau dibebaskan.
Pelajar UiTM disingkir kerana sertai demonstrasi
Bantah ISA: 7 pelajar ditangkap di Masjid Negara
Last modified:Wednesday July 11, 4:23 pm
COUNTERBA! LANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM
Do You Yahoo!?
Get personalized email addresses from Yahoo! Mail - only $35 a year!
http://personal.mail.yahoo.com/
