*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Wahai puteriku,
Berjanjilah kamu, akan berusaha untuk penghidupan dan berhemat untuk masa
depanmu. Akan menunaikan zakat harta dan menyisihkan sebagian dari usaha itu
untuk kegiatan-kegiatan kebajikan.

Janjimu,
Akan mengarahkan diri  sesuai dengan Al-Qur an dan berpegang teguh dengan
sunah suci. Saya akan mempelajari Sirah Nabi dan para sahabat yang mulia.
Meyakini : Sesungguhnya istiqomah, kemuliaan dan ilmu sebahagian daripada
sendi Islam.

Berjanjilah kamu anakku,
Bahawa kau akan menjadi orang yang istiqomah yang menunaikan ibadah serta
menjauhi segala kemunkaran. Menghiasi diri dengan akhlak-akhlak mulia dan
meninggalkan akhlak-akhlak yang buruk. Memilih dan membiasakan diri dengan
kebiasaan-kebiasaan islami semampu yang kau mampu.


Berjanjilah anakku,
Bahawa kau akan belajar dengan segala upayamu. Akan menyebarkan dakwah Islam
pada ahli keluarga, rakan-rakan dan maysyarakat terdekat.
Akan bersungguh-sungguh dalam mengamal dan menyebarkan risalah ini selama
hidupmu dan mengorbankan segala yang kau miliki demi terlaksananya misi
(risalah) tersebut.

Dan yakin lah wahi anakku,
Sesungguhnya segala urusan bagi Allah. Nabi Muhammad SAW junjungan kita,
penutup para Rasul yang diutus untuk seluruh umat manusia. Sesungguhnya hari
pembalasan itu haq (akan datang). Al-Qur an itu Kitabullah. Islam itu
perundangan yang lengkap untuk mengatur kehidupan dunia akhirat.
Anakku,
Marilah sama-sama kita memuji Allah dengan ucapan Alhamdulillah, kita memuji
dan bersyukur kepada Allah swt yang dengan nikmatNya jua kita sedar akan
keagongan Islam ini, dan dengan nikmat itu jugalah, Insya Allah kita
tergolong di dalam golongan yang difirmankanNya:

" Dan di antara orang-orang yang Kami ciptakan ada umat yang memberi
petunjuk  dengan hak, dan dengan hak itu (pula) mereka menjalankan
keadilan." (Al A'raf:181)

Wahai cahayamataku,
Kau  perlu berwaspada terhadap lintasan fikiran dan keinginanmu yang sering
bermain di hati. Justeru itu, jiwamu seharusnya  dibersihkan dari segala
macam akhlak yang rendah, serta disuburkan dengan sifat-sifat mahmudah.
Adapun di antara akhlak keji yang selalu menyerang seseorang insan ialah
sifat riak (merasa layak utk mendapat pujian manusia) dan ujub (memuji diri
sendiri).

Aduhai cahayahati sayang,,
Ingatlah pesan Imam Ghazali sewaktu menasihatkan para penuntut ilmu :
" Wahai saudara (i), para pencari dan penuntut ilmu, oleh kerana kesungguhan
dan hasrat serta kehausan ilmu yang ada pada dirimu, pastikan
itu di dalam kebenaran, jangan sampai di dalam niatmu untuk mencari ilmu itu
dengan tujuan untuk mendapatkan sesuatu kebanggaan bagi dirimu sendiri,
untuk keangkuhan terhadap teman sejawatmu, untuk menarik perhatian orang
lain ataupun untuk mengumpulkan berbagai keduniawian yang hampa ini."

Aduhai puteriku sayang,
Jagalah sifat kewanitaanmu dengan Islam. Sesunggunya ia mengandungi beberapa
keistimewaan :

Satu : Doa wanita lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang
lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah S.A.W akan hal
tersebut,jawab baginda: "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang
yang penyayang tidak akan sia-sia."
Dua : Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 orang lelaki
yang soleh.
Tiga : Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah)
lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah.
Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barang
siapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi
Ismail A.S
Empat : Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku
(Rasulullah S.A.W) di dalam syurga.
Lima : Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.
Enam : Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah
panggilan ibumu dahulu.

Aduhai anakku sayang,
 Sentiasalah kamu mengucap LAA ILAAHA ILLALLAAH. Ini kerana Abu Darda r.a.
memberitakan bahawa baginda Rasulullah s.a.w. bersabda :
" Tiada seorang hamba yang mengucapkan LAA ILAAHA ILLALLAAH sebanyak 100
kali melainkan Allah s.w.t. membangkitkannya pada hari kiamat dengan wajah
yang bercahaya seperti cahaya bulan purnama dan tiadalah amalan seseorang
pada hari itu yang lebih utama daripada amalannya, melainkan orang yang
mengerjakan sepertinya atau melebihinya."


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: cikgunik <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke