*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Sekadar renungan buat orang Pas, UMNO , DAP atau yang
mengaku diri sebagai ahli biasa Keadilan (kot la ni
lompat pi balik kut..tak gitu pi ei)..mai la kita
pakat perati balik apa itu pemimpin dari kacamata
islam..
sebab kalau kepala angguk dah ditune oleh si
haprak..memang susah nak clear balik..habih tak ada
akai pun nak ajak warga hnet nak pi kat gereja nak
tarik depa mai keislam..tapi just nak bawak ustaz "F"
, aku dll...awat tak ajak sekali pemimpin yg diatas
nu..awat yg payah sangat ajak orang tua tu dan dengan
segala jabatan2 dibawah dia...pikiaq bagi cerdik
sikit, sebab kita tu mengaku mengaji pandai dulu..tak
tau la pulak kut la ni dah tongong..
Nak buat saranan pun sheikh bagi la bernas
sikit..sembang bagi nampak matang sikit..jangan bikin
malu kompeni..
Ok lah sekadar nak perclear balik pemikiran hangpa
berdua (sebab dok tengok hat lain dlm Hnet ni OK
dah)..mai pakat baca artikel kat bawah ni tentang
ciri-ciri pimpinan di sisi islam:-
Ciri-ciri pemimpin disisi islam
Menurut ajaran Islam, semua manusia adalah hamba Allah
SWT, sama ada rakyat biasa ataupun pemimpin. Mereka
tertakluk di bawah tujuan asal mereka diciptakan
seperti yang dinyatakan oleh firman Allah SWT:
�Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan
supaya mereka menyembah Aku, Aku tidak menghendaki
rezeki sedikitpun dari mereka dan Aku tidak
menghendaki mereka memberi Aku makan, sesungguhnya
Allah, Dialah Maha Pemberi Rezeki yang mempunyai
kekuatan lagi sangat kukuh, maka sesungguhnya untuk
orang-orang yang zalim dibahagikan siksa seperti
bahagian teman-teman mereka dahulu, maka janganlah
mereka meminta Aku menyegerakannya.�
Setiap orang Islam yang menjadi pemerintah mestilah
beriman dengan segala ajaran Islam. Di antaranya ialah
berhubung dengan pemerintahan. Mereka diwajibkan
tunduk kepada apa yang ditetapkan oleh Allah SWT di
atas sifat mereka sebagai hamba Allah. Sebarang
langkah tidak percaya atau meminda hukum, mencipta
hukum sendiri adalah pelampau batasan Allah SWT dan
berlagak menyanggah Tuhan dan membatalkan Iman. Firman
Allah SWT yang bermaksud:
�Dan tidaklah patut bagi lelaki yang mukmin dan
perempuan yang mukminat, apabila Allah dan Rasul-Nya
telah menetapkan sesuatu ketetapan akan ada bagi
mereka pilihan yang lain tentang urusan mereka.�
Melaksanakan Hukum Allah SWT bukan hanya menghilangkan
atau menyelesaikan masalah di dunia ini sahaja malahan
mereka akan dibuat perhitungan di Akhirat. Oleh itu
mereka bukan sahaja diwajibkan meletakkan urusan
pemerintahan itu mengikut Hukum Allah di dunia sahaja
tetapi mereka akan ditimbang pada hari kiamat.
Firman Allah SWT yang bermaksud:
�Dan bagi Allah juga akibah segala urusan.�
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
�Imam (Ketua Negara) adalah pemimpin, dia akan ditanya
tentang urusan rakyatnya.�
Al-Imam Malik bin Annas RA telah mengutuskan surat
nasihat kepada Khalifah Harun al-Rashid. Di antaranya
beliau menulis.
Sesungguhnya tidak terselamat sedikitpun dari urusanmu
kalau diserahkan kepada orang yang tidak takutkan
Allah.
Al-Imam Abu Yusof RA menulis kepada Khalifah yang
sama.
Wahai Amirul Mukminin, sesungguhnya Allah, bagi-Nya
segala kepujian, telah mengangkat kamu melaksanakan
urusan yang amat besar, pahalanya amat besar dan
balasan siksanyapun amat besar
__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Get personalized email addresses from Yahoo! Mail
http://personal.mail.yahoo.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: Cik Pak <[EMAIL PROTECTED]>