*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Salam~

Segala puji dan syukur hanya untuk Allah rabbul 'alamin
Saya bersetuju dengan sahabat saya Haslim dan izinkan saya tambah mengenai
MURTAD ni.

Hadis Anas bin Malik r.a: 
Sesungguhnya beberapa orang dari daerah Urainah datang ke Madinah untuk
menemui Rasulullah s.a.w mereka telah
mengidap sakit perut yang agak serius. Lalu Rasulullah s.a.w bersabda kepada
mereka: Sekiranya kamu mahu,
keluarlah dan carilah unta sedekah, maka kamu minumlah susu dan air
kencingnya. Lalu mereka meminumnya, dan
ternyata mereka menjadi sihat. Kemudian mereka pergi kepada sekumpulan
pengembala lalu mereka membunuh
pengembala yang tidak berdosa itu dan mereka telah menjadi murtad (keluar
dari Islam.) Mereka juga telah melarikan
unta milik Rasulullah s.a.w, kemudian peristiwa itu diceritakan kepada
Rasulullah s.a.w. Lalu baginda memerintahkan
kepada para Sahabat agar menangkap mereka. Setelah ditangkap lalu mereka
dihadapkan kepada baginda s.a.w.
Maka Rasulullah s.a.w pun memotong tangan dan kaki serta mencungkil mata
mereka. Kemudian baginda
membiarkan mereka berada di al-Harrah (sebuah daerah di Madinah yang
terkenal penuh dengan batu hitam) sehingga
mereka meninggal dunia. 

Nombor Hadis Dalam Sahih Muslim : 3162 

Al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan daripada Jarir ra
bahawa Rasulullah SAW bersabda pada Hajjatul-Wada':
" Suruhlah orang-orang supaya diam, dan kemudian baginda bersabda :
Janganlah kamu kembali menjadi orang-orang kafir
sesudah peninggalanku, dimana sebahagian kamu memenggal leher sebahagian
yang lain."

Hadith ini shahih
Al-Lu'-lu-u wal-Marjan 44

Al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan daripada Ibnu Umar
ra bahawa Rasulullah SAW bersabda :
" Celakalah kalian, janganlah kalian kembali menjadi kafir dimana sebahagian
kamu memenggal leher sebahagian yang lain."

Hadith ini shahih
Al-Lu'-lu-u wal-Marjan 45
Mukhtashar Shahih Muslim 4
Al-Mukhtashar 6166

Fikir2 untuk perundangan Islam dalam isu MURTAD!

Salam~
-----Original Message-----
From: Hassan, Haslim [mailto:[EMAIL PROTECTED]]
Sent: Wednesday, July 11, 2001 2:20 PM
To: '[EMAIL PROTECTED]'; Cik Pak
Cc: [EMAIL PROTECTED]
Subject: RE: H-Net* GEREJA MELAYU DI KL 



 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Al-Maaidah:
[5.38] Dan orang lelaki yang mencuri dan orang perempuan yang mencuri maka
(hukumnya) potonglah tangan mereka sebagai satu balasan dengan sebab apa
yang mereka telah usahakan, (juga sebagai) suatu hukuman pencegah dari
Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. 

An-Nuur:
[24.2] Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat
tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat; dan janganlah kamu
dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan
hukum ugama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat;
dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh
sekumpulan dari orang-orang yang beriman. 

An-Nisaa':
[4.105] Sesungguhnya Kami menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab
(Al-Quran) dengan membawa kebenaran, supaya engkau menghukum di antara
manusia menurut apa yang Allah telah tunjukkan kepadamu (melalui wahyuNya);
dan janganlah engkau menjadi pembela bagi orang-orang yang khianat. 

Al-Baqarah:
[2.179] Dan di dalam hukuman Qisas itu ada jaminan hidup bagi kamu, wahai
orang-orang yang berakal fikiran, supaya kamu bertaqwa. 

Memang hukuman bukan segala-galanya, tetapi jangan sampai sdr lupakan
janji-janji Allah...
Sdr kata "...walau macam mana besar hukum perkara nie tetap akan berlaku..",
adakah ini bermakna hukuman tak perlu dilaksanakan???

Sdr juga berkata "...Hukuman bukan jalan penyelesaian..", jika sdr refer
pada Surah Al-Baqarah ayat 179 di-atas, ternyata kenyataan sdr bercanggah
dengan maksud ayat tersebut.

Refer to surah Al-Maaidah ayat 38, iaitu perintah hukuman adalah sebagai
hukuman pencegah dari Allah swt...

Dalam surah An-Nisaa' ayat 105, bukankah antara tujuan al-Qur'an diturunkan
adalah supaya manusia berhukum dengan hukum-hukum yang Allah turunkan?

Berhati-hati lah tentang apa yang sdr katakan... hukuman yang diturunkan
daripada Allah dan RasulNya adalah merupakan suatu perintah, yang juga
merupakan suatu pengubudiahan hamba kepada Tuhan.

Apa gunanya kalau sekadar ramai Islam tetapi bak umpama buih dilautan,
perintah dan hukum-hukum Islam itu sendiri ditinggalkan dan diabaikan...
Dimana kemuliaan dan keindahan Islam kalau hukum-hukum dan perintah Allah
diabaikan???
Mulia-kah Islam kalau hukum-hukum Islam (hukum-hukum Allah) itu sendiri
tidak dimuliakan??

-----Original Message-----
From: [EMAIL PROTECTED] [mailto:[EMAIL PROTECTED]]
Sent: Wednesday, July 11, 2001 1:18 PM
To: Cik Pak
Cc: [EMAIL PROTECTED]
Subject: H-Net* GEREJA MELAYU DI KL 



 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
        Sebenarnya aku hanya berdoa semoga ikatan persaudaraan 
ISLAM kita semasa kita semakin erat dan kukuh.. aku sedih 
melihat kita yang semakin hari makin suka meletakan sesuatu 
kesalahan kepada orang lain.
        Aku nie melihat gelaja nie dapat diselesaikan secara baik 
seperti pepatah "menarik rambut dalam tepung, tepung tak selerak 
dan rambut tak putus" bukan dipolitikan. Kadang2 kita terlalu 
emosi. Hukuman bukan segala2. Aku masih ingat pada sekali isu 
nie (murtad) pernah ditimbukan aku ada berkata walau macam 
mana besar hukum perkara nie tetap akan berlaku. Lihat contoh 
hukum gantung sampai mati untuk dadah... kenapa masih ada 
penagih dadah malahan bertambah ramai org islam di pusat 
serenti. Malu ... malu.... Hukuman bukan jalan penyelesaian. Bagi 
aku ikatan kekeluargaan dan masyarakat kita mesti dibetuikan dan 
dikukuhkan lagi ibarat cubit kaki kiri kaki kanan pun terasa.
        Macam mana org bukan islam nak mengakui kemuliaan dan 
keindahan islam... kalau nie sikap kita. Asyik2 menyalahkan orang 
lain, tidak bersatu dan saling berbalah. Kita kalau boleh ingin 
menambahkan ORG BUKAN ISLAM memasuki ISLAM bukan 
membuat ORG ISLAM menjauhi ISLAM. 
        Cuba lihat secara positif... 
        
On 10 Jul 2001, at 21:22, Cik Pak wrote:

> 
> Riwayat daripada Ibnu Abbas bahawa Rasulullah saw
> pernah bersabda yang bermaksud:  
> 
> "Pada akhir zaman nanti akan muncul golongan-golongan
> manusia yang berwajah manusia tetapi berhati syaitan.
> Mereka diibaratkan sebagai serigala buas. Hati mereka
> tidak mempunyai sedikit pun belas kasihan."  
> 
> "Mereka tidak suka menjauhi segala yang buruk dan
> mereka lebih suka melakukan pertumpahan darah. Kalau
> engkau ikut mereka, mereka akan mendekati kamu. Kalau
> engkau menjauhi mereka, maka mereka akan mengumpat
> engkau."  
> 
> "Apakah mereka melihatmu?"  
> 
> Jawab Nabi saw:  
> 
> "Tidak."  
> 
> Para sahabat bertanya:  
> 
> "Apakah turun wahyu kepada mereka?"  
> 
> Jawab Nabi saw:  
> 
> "Tidak."  
> 
> Para sahabat bertanya lagi:  
> 
> "Bagaimana keadaan mereka?"  
> 
> Nabi saw menjawab:  
> 
> "Seperti ulat dalam cuka."  
> 
> Para sahabat bertanya lagi:  
> 
> "Ya Rasulullah saw, bagaimana mereka menjaga agama
> mereka?"  
> 
> Jawab Nabi saw:  
> 
> "Seperti bara api di tangan. Kalau diletak ia akan
> padam dan kalau diambil dengan tangan ia akan
> terbakar."  
> 
> 
> --- pretender my <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
> > 
> > 
> >
> *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> >  {  Sila lawat Laman Hizbi-Net - 
> > http://www.hizbi.net     }
> >  {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]  
> >       }
> >  {        Iklan barangan? Hantarkan ke
> > [EMAIL PROTECTED]     }
> > 
> >
> *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> >           PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
> > 
> >
> ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> > saya rasa you diantara yang boleh diklasifikasikan
> > antara sebagai murid yang 
> > bijak masa kat sekolah dulu.. bermakna antara yang
> > mudah memahami sesuatu 
> > dan berfikir.. tak ramai yang macam ini... tambahan
> > pula orang melayu.. kita 
> > tak kata semua orang tak memahami sesuatu dengan
> > seadanya.. tapi kita selama 
> > ini masih diberi anugrah untuk mendahuli orang lain
> > dalam menggunakan daya 
> > berfikir dalam pelbagai bidang..
> > saya pun kadang-kadang terfikir bila jumpa kawan
> > lama yang begitu lantang 
> > dalam politik ini, macam dalam hizbi ini.. macam la
> > dia orang ini sangat 
> > faham dan sangat arif.. dia saja yang betul...
> > sedangkan kat sekolah dulu 
> > tak pandai pun.. subjek agama tak juga baik.. saya
> > senjap je la macam orang 
> > bodo.. walaupun tak sependapat... saya pasti dan tak
> > pasti yang saya lebih 
> > faham dari dia atau tak.. walaupun kalau dulu kita
> > pelajar terbaik kat 
> > sekolah dulu.. tak mahu la bedebat... harmat
> > kawan...
> > saya rasa kat hizbi ni pun sama... level pemahaman
> > masing-masing tak sama... 
> > kalau kat sekolah ada yang A,B,C,D,E,F....
> > 
> > dalam bab murtad ini kita boleh bagi A kat Padri dan
> > F kat Uztaz..
> > melayu islam yang bijak-bijak telah terhumban ke
> > bidang sains.. ramai kawan 
> > sekampung yang tak lepas sekolah kerajaan masuk
> > sekolah agama dan pondok dan 
> > sekarang ramai yang bergelar uztaz dan imam..
> > bagaimana uztaz ini nak lawan 
> > padri yang mempunyai ijazah ini... pendekatan uztaz
> > sekarang menjauhkan umat 
> > islam sendiri dari ugama, sedangkan si padri menarik
> > mereka... dengar kutbah 
> > jumaat sekarang (dari dulu lagi) sudah cukup
> > menjauhkan anak-anak muda dan 
> > remaja islam (yang hadir) untuk menjauhkan islam...
> > saya biasa dengar kutbah 
> > ini " lihatlah umat islam sekarang telah meniggalkan
> > islam, sudah tidak lagi 
> > mengikut Quran dan Hadis...  anak-anak muda
> > sekarang... generasi sekarang... 
> > teruk dll... "  ini khatib selalu confirm tiap-tiap
> > minggu.. mungkin ramai 
> > tak sedar yang hadir di situ juga ada remaja.. ada
> > anak muda... mereka akan 
> > menerima ini sebagai reality.. mereka teruk... ustaz
> > confirm.. ustaz 
> > salahkan mereka... mereka memang macam tu.. semua
> > dia orang macam tu..
> > ini menyebabkan ramai remaja tidak kemasjid.. sebab
> > kalau pergi.. kat sana 
> > nanti dia orang kena kutuk.. tak sedap hati...
> > cara Ustaz yang tak membawa berita gembira pada
> > mereka ini.. diguna oleh si 
> > Padri inilah... jiwa remaja dan anak muda yang
> > kosong, dinafikan kebaikan 
> > mereka dan memberontak.. dengan cara yang lemah
> > lembut si Padri membelai 
> > mereka.. digereja mereka merasa mereka dialukan..
> > keaman dirasai.. hati 
> > naluri ingin berdamping dengan sifat ketuhanan yang
> > kosong dan dinafikan 
> > terisi.. Si padri tidak kutuk mengutuk macam ustaz..
> > Mereka mengajak kepada 
> > kebaikan dan menghormati orang lain.. Padri mereka
> > tidak berpolitik.. jadi 
> > mereka tidak merendahkan naluri semulajadi pendapat
> > politik yang berbeza.. 
> > jadi bila kegereja mereka tidak merasakan mereka
> > duduk bersebelahan dengan 
> > musuh politik mereka.. atau terpaksa berada dalam
> > Gereja Musuh politik 
> > mereka.. keamanan dan perpaduan dalam gereja tidak
> > berteraskan politik.. 
> > tetapi berteraskan keharmonian..
> > 
> > Melayu Islam jadi murtad adalah bukti kelemahan
> > Keluarga, Uztaz, pendakwah 
> > dan guru agama..
> > 
> > saya masih ingat ada ustaz yang kata akhir zamam
> > masjid akan tercemar 
> > sehigga apabila katib sedang berkutbah akan akan ada
> > orang akan bangun 
> > menegur dan orang itu adalah Imam Mahadi.. bermakna
> > kutbah boleh diguna 
> > untuk menghancurkan Islam itu sendiri.. kalau tidak
> > tidak dikawal oleh Ustaz 
> > yang A ..
> > 
> > kemulian dan kehancuran Islam bergantung kepada
> > mereka yang bergelar 
> > Uztaz(gelaran di Malaysia) ini.
> > 
> > Kalau nak hukum mereka yang murtad hukum para Ustaz
> > dulu.. Ustaz telah 
> > menjauhkan mereka dari agama.. memisahkan mereka
> > dari Islam..
> > 
> > 
> > 
> > 
> > 
> > >From: [EMAIL PROTECTED]
> > >To: "Lori Hantu" <[EMAIL PROTECTED]>
> > >CC: [EMAIL PROTECTED]
> > >Subject: Re: H-Net* Fw: FW: GEREJA MELAYU DI KL -
> > Apa dah jadi.... (
> > >Date: Wed, 11 Jul 2001 08:12:33 +0800
> > >
> > >
> > > 
> >
> *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> > >  {  Sila lawat Laman Hizbi-Net - 
> > http://www.hizbi.net     }
> > >  {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]
> >         }
> > >  {        Iklan barangan? Hantarkan ke
> > [EMAIL PROTECTED]     }
> > > 
> >
> *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> > >           PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG
> > ADIL
> > > 
> >
> ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> > >   Buat ape suruh mahadir jawab, apa tanggungjawab
> > kamu lak..
> > >lihat aje
> > >   Jangan asyik kait sesuatu peristiwa dengan mahadir
> > sahaja.
> > >Bukankah negara kita membenarkan kebebasan agama so
> > mana
> > >tanggungjawab emak bapa mereka, masyarakat
> > sekeliling mereka
> > >dan mana kamu pulak utk memastikan masyarakat kita
> > tidak
> > >bertambah murtad lagi.
> > >   Kalau emak bapak pun tak jalan takkan kerajaan nak
> > robohkan
> > >gereja lak.. itu bukan jalan yang terbaik... cuba
> > kamu rasa
> > >perasaan kamu bila masjid dan surau tempat kamu
> > dirobohkan
> > >oleh org bukan islam mesti kamu marah kan. Mereka
> > pun ada
> > >perasaan jugak mereka bukan robot.
> > >   Kita umat ISLAM yg bodoh. Lihat bagaimana
> > Persatuan2
> > >Kristian menjalankan aktiviti2 begitu tersusun baik
> > segi kewangan
> > >dan juga kebajikan umat mereka. MANA persatuan2
> > ISLAM kita,
> > >Baitul Mal ada berjuta2 ringgit. Kenapa kita tidak
> > boleh meniru
> > >mereka. Kita asyik berbalah dan asyik salah
> > menyalahkan antara
> > >satu sama lain. Kita asyik berangan nak ujudkan
> > negara ISLAM
> > >aje tetapi kenapa  pentadbiran kita masih tak
> > tersusun lagi.
> > >Macam mana org agama lain nak hormat dan percaya
> > akan
> > >kebaikan dan kebajikan agama ISLAM sebagai ad-din
> > dan tunjang
> > >pemerintahan kita.
> > >   Entah ler aku malas nak coret lagi, Aku macam
> > fobia bila
> > >cakap pasai murtad nie sebab mak saudara aku pun
> > pernah
> > >murtad tetapi alhamdulilah mak saudara aku dah
> > kembali masuk
> > >Islam bersama suami dan anak2 mereka. Malahan
> > beliau juga
> > >sudah mengislamkan seorang lagi baru2 nie. Berapa
> > banyak kita
> > >mengislamkan org lain dan berapa banyak kita
> > menyelamatkan
> > >umat kita daripada murtad... kita asyik cakap...
> > cakap.... cakap
> > 
> === message truncated ===
> 
> 
> __________________________________________________
> Do You Yahoo!?
> Get personalized email addresses from Yahoo! Mail
> http://personal.mail.yahoo.com/
> 



 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: [EMAIL PROTECTED]

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Hassan, Haslim" <[EMAIL PROTECTED]>

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Mohd Aziz, Khairul Azri" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke