18. Tiada suatu perkahwinan boleh diakadnikahkan kecuali dalam qariah masjid di mana pihak perempuan bermustautin , tetapi Pendaftar atau Hakim Syariah yang memberi kebenaran berkahwin di bawah Seksyen 15 atau 16 boleh memberi kebenaran untuk berkahwin itu diakadnikahkan di tempat lain, sama ada dalam negeri atau mana-mana negeri.

Kebenaran di bawah Sekseyn (1) bolehlah dinyatakan dalam kebenaran berkahwin yang diberi dibawah Seksyen 15 atau 16.

Walauapapun peruntukkan Subseksyen (1), sesuatu perkahwinan itu boleh diakadnikahkan dalam qariah masjid yang lain daripada qariah masjid di mana pihak perempuan bermustautin jika;

i. dalam hal di mana perempuan itu bermustautin dalam negeri kebenaran berkahwin mengenai perkahwinan itu telah diberi dibawah Seksyen 15 atau 16 dan kebenaran untuk berkahwin itu diakadnikahkan dalam qariah masjid yang lain itu telah diberi di bawah Subseksyen  (1) atau
ii. dalam hal di mana perempuan itu bermustautin dalam sesuatu negeri, kebenaran berkahwin mengenai perkahwinan itu dan kebenaran untuk perkahwinan itu diakadnikahkan dalam qariah masjid yang lain itu telah diberi oleh pihak berkuasa yang hak bagi negeri itu.

19. Mas Kahwin hendaklah biasanya dibayar oleh pihak lelaki atau wakilnya kepada pihak perempuan atau wakilnya dihadapan orang yang mengakadnikahkan perkahwinan tu dan sekurang-kurangnya dua orang saksi lain.

Pendaftar hendaklah, mengenai tiap-tiap perkahwinan yang hendak didaftarkan olehnya, menetu dan merekodkan;

i. nilai dan butir-butir lain mas kahwin
ii. nilai dan butir-butir lain pemberian
iii. nilai dan butir-butir lain apa-apa bahagian mas kahwin atau pemberian pada masa akadnikah itum, dan tarikh yang dijanjikan untuk penjelasan
iv. butir-butir cagaran yang diberi bagi menjelaskan mas kahwin atau pemberian

20. Selepas sahaja diakadnikah sesuatu perkahwinan dilakukan, Pendaftar hendaklah mencatatkan butir-butir yang ditetapkan dan ta`liq yang ditetapkan bagi perkahwinan itu di dalam Daftar Perkahwinan.

Catatan itu hendaklah diakui saksi oleh pihak-pihak kepada perkahwinan itu dan oleh dua orang saksi, selain daripada Pendaftar, yang hadir semasa perkahwinan itu diakadnikahkan.

Catatan itu hendaklah kemudiannya ditandatangangi oleh Pendaftar itu.

21. Tiada seseorang lelaki boleh berkahwin dengan seseorang lain dalam masa dia masih beristerikan isterinya yang sedia ada kecuali dengan terlebih dahulu mendapatkan pengesahan secara bertulis daripada Qadi bahawa ia telah membuat akuan dihadapa Qadi yang ia akan berlaku adil terhadap isteri-isterinya dan jika dia berkahwin sedemikian tanpa pengesahan tersebut, maka perkahwinan itu tidak boleh didaftarkan di bawah Enakmen ini.

Subseksyen  (1) terpakai bagi perkahwinan dalam negeri dan luar negeri.

22. Tertakluk kepada subseksyen (2) perkahwinan bolehlah diakadnikahkan mengikut Hukum Syarak oleh Pendaftar yang dilantik di bawah Seksyen 26 (5) dikedutaan, Suruhanjaya Tinggi atau Pejabat Konsul Malaysia di mana-mana negara yang telah diakadnikahkan perkahwinan di Kedutaan, Suruhanjaya Tinggi, atau Pejabat Konsul itu.

Sebelum mengakadnikahkan sesuatu perkahwinan di bawak Seksyen ini, Pendaftar hendaklah berpuas hati;

i. Sebelum mengakadnikahkan sesuatu perkahwinan itu adalah pemustautin negeri.
ii. Bahawa tiap-tiap satu pihak mempunyai keupayaan untuk berkahwinan mengikut Hukum Syarak dan Enakmen ini dan 
iii. Bahawa, jika salah satu pihak bukan pemustautin negeri, perkahwinan yang dicadangkan itu, jika diakadnikahkan, akan dikira sebagai sah di tempat di mana pihak itu bermustautin.

Prosedur bagi akadnikah dan pendaftaran perkahwinan di bawah seksyen ini hendaklah serupa dalam serba perkara dengan yang dipakai guna bagi perkahwinan-perkahwinan lain yang diakadnikahkan dan didaftarkan dalam Negeri Perak di bawah Enakmen ini seolah-olah pendaftar yang dilantik untuk sesuatu Negara Asing adalah seorang pendaftar untuk sesebuah negeri.
 

Kirim email ke