Note: forwarded message attached.


__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Get personalized email addresses from Yahoo! Mail
http://personal.mail.yahoo.com/


Ceramah: Polis sembur air kimia, gas pemedih mata,
3 ditahan
Oleh Ismail Hashim

POKOK SENA, 13 Julai (Hrkh) - Ceramah di Markas PAS Kampung Tualang dalam Dun Bukit Lada telah disembur dengan air kimia dan gas pemedih mata oleh pihak keselamatan pada malam 12 Julai lepas.

Ceramah sempena dua dekad pemerintahan Mahathir itu disampaikan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Haji Mahfuz Omar, Ketua Dewan Pemuda PAS Kedah, Aris Awang dan Setiausaha Dewan Ulamak PAS negeri, Haji Ismail Kamis.

Selepas menembak air kimia dan gas pemedih mata, pihak keselamatan telah menyerbu ke arah pentas ceramah dan merampas peralatan sistem pembesar suara, kamera dan rostrum.

Ekoran dari itu, Setiausaha Kerja PAS Kawasan Pokok Sena, Mohd Fauzi Bakar, Wartawan Buletin PAS Kedah, Yusoff Ariffin dan pengendali sistem PA, Abdul Halim Yahya telah ditahan.

Mereka telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar pada jam 12 tengah malam dan dibebaskan hampir lima jam kemudian selepas disoal siasat.

Ketiga-tiga mereka telah dibebaskan dengan jaminan pimpinan Pemuda PAS Kawasan Pokok Sena.

Menurut penduduk tempatan yang menyaksikan peristiwa itu, jumlah anggota keselamatan yang terlibat dalam operasi itu jauh mengatasi jumlah orang ramai yang hadir pada ceramah berkenaan, yang mengikut angka polis adalah sekitar 400 orang.

Beberapa sekatan jalan raya menuju ke lokasi ceramah telah dibuat sejak awal petang lagi dengan pihak pengguna jalan raya dimaklumkan jangan ke tempat ceramah.

Menurut Mohd Fauzi, permit ceramah itu telah dipohon pada 26 Jun lagi tetapi telah dibatalkan pada petang 12 Julai, beberapa jam sebelum ceramah diadakan.

Mahfuz dalam ucapannya berkata, PAS sentiasa menghormati tugas pihak polis tetapi pada masa yang sama mereka tidak harus menjadi alat politik Umno untuk berhadapan dengan PAS.

"Kalau berlari membawa bendera PAS pun salah, mengadakan ceramah di markas PAS pun salah, saya tidak tahu lagi dah apa yang hendak dilakukan," katanya.

Pada 28 dan 30 Jun lalu, seramai 47 peserta Larian Bendera sempena Sambutan Jubli Emas PAS Peringkat Negeri Kedah telah ditahan di Pokok Sena dan Alor Setar.



Do You Yahoo!?
Get personalized email addresses from Yahoo! Mail - only $35 a year!
http://personal.mail.yahoo.com/
Alternatif-Net : A Discussion Forum Focusing on Issues Related to Justice
            Forum Perbincangan Maya Yang Fokus Kepada Isu Keadilan

Disclaimer: Messages sent do not represent the stand of the Barisan Alternatif (BA) unless otherwise stated

Complaint : Send to [EMAIL PROTECTED]

To Sub    : Send blank e-mail to [EMAIL PROTECTED]
To Unsub  : Send blank e-mail to [EMAIL PROTECTED]


Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.


Kirim email ke