*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Dua ditahan ISA, terbaru pemimpin siswa UM
2:31am, Sat: Seorang pemimpin pelajar Universiti Malaya ditangkap di bawah
Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) petang semalam, menjadikan jumlah dua
orang setakat ini ditahan dalam operasi terbaru sejak Khamis.
Presiden Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPMUM), Mohamad Fuad Mohd Ikhwan
ditahan polis di bawah seksyen 73 (1) di depan sebuah bengkel di Jalan
Sentul, Kuala Lumpur jam 4.05 petang.
Pegawai di ibu pejabat polis Bukit Aman, Supt Benjamin Hasbie mengesahkan
hal ini tengahari ini. Menurutnya, Mohamad Fuad, 22, ditahan atas kesalahan
menggugat keselamatan dan ketenteraman negara.
Kenderaan itu kini dipercayai berada di balai polis Travers dan kuncinya
berada di ibu pejabat polis Bukit Aman.
Menurut maklumat awal Suara Rakyat Malaysia (Suaram) yang dikeluarkan
menjelang tengah malam tadi, seorang pegawai polis di Bukit Aman telah
memaklumkan tangkapan itu kepada seorang anggota keluarga Mohamad Fuad
kira-kira 5.45 petang.
Dua hari lalu, pelajar Institut Kemahiran Mara (IKM) Khairul Anuar Ahmad
Zainuddin ditahan di bawah akta yang sama ketika beliau sedang mengiringi
enam aktivis pelajar ke balai polis Dang Wangi, Kuala Lumpur.
Beliau disahkan ditahan pada jam 11.30 pagi selepas polis menggeledah,
bersamanya, biliknya di Bangsar, Kuala Lumpur. Polis merampas bahan-bahan
bercetak, komputer dan video cakera padat (VCD) reformasi.
Malaysiakini difahamkan polis masih mencari beberapa lagi aktivis pelajar
untuk tahanan di bawah akta yang sama selepas membuat beberapa serbuan di
rumah-rumah pelajar di Bangi dan Kelana Jaya, kedua-duanya di Selangor,
sejak Rabu lalu.
April lalu, polis menahan 10 aktivis reformasi dan pemimpin Parti Keadilan
Nasional di bawah akta itu. Empat dibebaskan bulan lalu, sementara enam
ditahan selama dua tahun di kem Kamunting, Perak mulai 2 Jun.
http://www.malaysiakini.com/News/2001/07/2001070701.php3
_________________________________________________________________________
Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: "ibnu ramli" <[EMAIL PROTECTED]>