----- Original Message -----
Sent: Friday, July 06, 2001 3:37 AM
Subject: Re: Jonah Kena ISA

 

http://www.malaysiakini.com/News/2001/07/2001070501.php3 

Aktivis pelajar ditahan ISA, seorang lagi rumah digeledah

12:35pm, Thu: Seorang aktivis pelajar Institut Kemahiran Mara (IKM) Khairul Anuar Ahmad Zainuddin, ditahan di bawah seksyen 73 (1) Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kira-kira jam 11.30 pagi tadi.

Beliau pada awalnya ditangkap di depan balai polis Dang Wangi, Kuala Lumpur jam 9.30 pagi ketika mengiringi enam aktivis pelajar melaporkan diri di balai itu berhubung siasatan kes perhimpunan aman di Masjid Negara pada 8 Jun lalu.

Polis menyerbu kediamannya di Bangsar, Kuala Lumpur dan merampas beberapa bahan bercetak dan video cakera padat (VCD).

Beberapa wartawan daripada akhbar bebas, termasuk Malaysiakini.com, berada di tempat kejadian ketika pelajar itu dibawa untuk tahanan ISA.

Tujuh orang, termasuk enam pelajar, yang ke balai pagi ini, diarahkan melaporkan diri semula pada 19 Julai. Malaysiakini difahamkan mereka "perlu menyediakan wang ikat jamin" pada hari itu.

Enam aktivis itu ditangkap di Masjid Negara dalam perhimpunan bagi menggesa pemansuhan ISA. Gabungan 12 persatuan pelajar itu dikenali Gerakan Mahasiswa Mansuhkan ISA (GMMI). Mereka dibebaskan dengan jaminan polis selepas ditahan di balai yang sama hampir 24 jam.

Sementara itu, rumah seorang bekas aktivis pelajar Universiti Malaya di Bangi diserbu polis tengahari semalam.

Lapan orang anggota polis berpakaian biasa, diketuai oleh seorang pegawai yang dikenali sebagai ASP Lee, daripada Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) menyerbu rumah itu kira-kira jam 2.30 petang.

Malaysiakini dimaklumkan isteri bekas aktivis pelajar itu, ketika itu berada di rumah, memberitahu polis menggeledah dan memeriksa bilik tidur, dapur, tandas dan sekeliling rumah itu kira-kira 45 minit.

Polis juga memeriksa komputer milik suaminya, sekarang pensyarah di sebuah kolej swasta, mencetak dan merampas beberapa artikel.

Bekas aktivis itu dikatakan diserbu bagi siasatan berhubung majalah Varsiti 2001.

Dalam perkembangan berkaitan, Suara Rakyat Malaysia (Suaram) memberitahu tiga pelajar Universiti Islam Antarabangsa dipanggil semalam untuk memberikan keterangan kepada pihak pentadbiran universiti itu berhubung satu majlis pelancaran kempen 'Mansuhkan ISA' yang diadakan di kampus itu Mei lalu.

Malaysiakini gagal melaporkan lebih awal kerana pelayan (server) mengalami masalah teknikal.

[Laporan penuh selepas ini]

----- Original Message -----
From: Aris Adnan
Sent: Thursday, July 05, 2001 11:43 AM
Subject: Jonah Kena ISA

Secara ringkas sebab maklumat detail tiada.
 
Jonah telah ditahan di Balai Polis Jalan Stadium jam 10 pagi tadi ketika mengiringi 7 pelajar yang ditahan di Masjid Negara beberapa minggu lalu melaporkan diri. Dilaporkan beliau sah dikenakan tahanan bawah ISA. Status 7 pelajar belum diketahui lagi.
 
Keadaan nampaknya tidak berubah. GMI kena gerak lebih aktif lagi.
 
Salam Reformasi.

Kirim email ke