*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Bab Lapan: Bank Bumiputera Menghilang Lagi
(ms 54-58)
Bank Bumiputera, satu-satu bank Melayu yang ditubuhkan
hasil resolusi Kongres Ekonomi Bumiputera yang pertama
telah lenyap sekelip mata apabila Tun Daim Zainuddin
mengarahkan penggabungan antara bank Bumiputra dengan
Bank of Commerce. Bank of Commerce (BOC) dimilikki oleh
nominee Daim mempunyai lebih kurang 50 cawangan dan
Bank Bumiputra ada 200 cawangan menjadikan ia sebagai
bank yang kedua terbesar di Malaysia selepas Maybank.
Melalui nominee Daim, Bank Bumiputera telah diambil alih
dengan pembelian saham yang paling rendah iaitu 62
sen sesaham sedangkan harga pasaran ialah RM3.00.
Nilai pasaran saham sebenarnya ditentukan oleh Daim.
Kalau pihaknya hendak menguasai satu-satu syarikat dia
akan beli dengan harga paling rendah tetapi mengaut
keuntungan berlebihan seperti saham MAS yang dibeli
oleh Kementerian Kewangan dengan harga berlipat ganda
dari RM4.00 kepada RM8.00, keuntungan berjumlah RM1.8
billion.
Bank Bumiputera telah dibeli oleh Daim melalui nominee
dengan alasan mahu konsep penggabungan bank
dilaksanakan maka berlakulah penggabungan antara Bank of
Commerce (BOC) dengan bank Bumiputra (BBMB) pada 18
September 1998 sedangkan BBMB tidak -perlu bergabung
kerana kira-kira untuk ruginya masih memperlihatkan BBMN
untuk sebanyak RM750 juta sedangkan Bank of Commerce
(BOC) rugi sebanyak RM317 juta.
Penggabungan ini bukan sahaja merugikan orang Melayu
tetapi melenyapkan Bank Bumiputera sebagai hak anak
watan di tanah airnya.
(gambar Dato Md.Nor Yusuf Pengarah Urusan Kumpulan MAS
yang baru menggantikan Tajuddin Ramli)
Beliau merupakan kroni dan nominee Daim yang
bertanggungjawab memberikan pinjaman extremely
friendly loan sebanyak RM 380 juta kepada Quantum
Aspects.Daim telah beri pomotions kepada Md. Nor Md.
Yusuf dengan meletakkannya sebagai CEO MAS menggantikan
Tajuddin. Tidakkah pinjaman Extremely Friendly Loan
yang diberi kepada Quantum Aspects telah melanggar
semua syarat-syarat kredit..
Ms. 59-67: Memorandum Kesatuan Pegawai-pegawai Bumiputera
Commerce Bank Berhad.
Get 250 color business cards for FREE!
http://businesscards.lycos.com/vp/fastpath/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: "Fawzi Bin Kassim" <[EMAIL PROTECTED]>