*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Apabila Pengerusi Simposium Arah Tuju Idealisme Mahasiswa di Alaf Baru, Rahim Tambi
Kecik merogol seorang gadis bawah umur, dia telah dilindungi oleh God Fathernya
Mahathir dan God Mothernya Siti Hasmah. Sebaliknya Lim Guan Eng yang cuba menolong
gadis malang itu telah dipenjara dan hilang kelayakan sebagai Wakil Rakyat.
Kini ROGOL dan BUNUH menjadi-jadi di Melaka di bawah Ali Rustam yang menindas rakyat
dan Islam. Kepada sesiapa yang mahu menggatal dipersilakan memuaskan nafsu di
Melaka. Jika ada masalah, Pengerusi Idealisme Mahasiswa sedia membantu anda, demi
menambah calon-calon yang layak ke Neraka.
********************************************************************************************************************************************
MELAKA: Saya yakin pembunuh Nurul Hanis lebih daripada seorang. Sudah tentu ada
perancang kepada pembunuhan ini, kata Kamil Awang bapa kepada Nurul Hanis yang
dirogol dan dibunuh baru-baru ini.
Menurut Kamil, walaupun setakat ini seorang remaja sudah mengaku melakukan perbuatan
itu, hati kecilnya menyatakan perbuatan itu dilakukan lebih daripada seorang.
Dia juga berharap remaja yang mengakui membunuh Nurul Hanis, akan bersuara daripada
terus mengunci mulut dan memberitahu perkara yang sebenar.
Saya percaya remaja itu akan membuka mulut satu hari nanti dan menceritakan kejadian
sebenar.
Malah, saya difahamkan bapa remaja itu juga sedang berusaha supaya anaknya `membuka
mulut dan menceritakan apa yang sebenar berlaku, katanya ketika dikunjungi Ketua
Polis Negeri, Datuk Abdul Malek Abdul Hamid di rumahnya di Taman Koperasi Risda,
Serkam Darat di sini, petang semalam.
Turut hadir dalam kunjungan itu ialah Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten
Komisioner Ahmad Nasiruddin Mohd Shari dan Ketua Polis daerah Jasin, Superintendan
Mazlan Kesah.
Menurut Kamil, pada hari kejadian, beliau sepatutnya menghantar dan mengambil mangsa
dari sekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Abdul Rahman Yaakub (Sdary).
Bagaimanapun, disebabkan banyak urusan yang terpaksa dibuat, termasuk menjelaskan
beberapa bil telefon dan membeli tiket bas untuk pulang pada malam berkenaan, beliau
menyuruh Nurul Hanis menaiki basikal.
Mengenai basikal Nurul Hanis yang dipercayai dirosakkan oleh pembunuhnya, Kamil
menjelaskan, dia sentiasa memastikan basikal anaknya dalam keadaan sempurna.
Katanya, jika berada di rumah sewaktu bercuti, beliau sentiasa memeriksa basikalnya
dan memastikan tidak berlaku sebarang kerosakan.
Malah, pada hari kejadian, saya sendiri mengepam angin tayar basikal adik Nurul Hanis
yang digunakan mangsa untuk ke sekolah, katanya.
Bagaimanapun, Kamil mendakwa dia berasa pelik bagaimana skru roda basikal yang dinaiki
Nurul, boleh longgar sehingga basikal itu tidak dapat digunakan.
Dalam pada itu, ketika bercakap kepada pemberita, Abdul Malek berkata, polis belum
dapat memastikan sama ada lebih daripada seorang terbabit dalam pembunuhan Nurul Hanis.
Get 250 color business cards for FREE!
http://businesscards.lycos.com/vp/fastpath/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: "Fawzi Bin Kassim" <[EMAIL PROTECTED]>