Note: forwarded message attached.


__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Get personalized email addresses from Yahoo! Mail
http://personal.mail.yahoo.com/


Lebih 30 bantah ISA ditangkap di depan kem Kamunting


4:39pm, Sun: breaking news Lebih 30 penyokong pembangkang yang mengadakan perhimpunan bagi membantah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di depan kem Kemunting, Perak ditangkap polis antara jam 3.15 hingga 4 petang tadi selepas disuraikan dengan meriam air dan polis pencegah rusuhan.

Mereka yang ditahan termasuklah Aliza Jaffar, isteri seorang pemimpin Parti Keadilan Nasional yang kini ditahan dua tahun di kem itu di bawah akta ISA, Saari Sungib.

Sumber pembangkang menyebutkan sembilan wanita antara 37 orang yang ditahan. Bagaimanapun tiada pengesahan rasmi diperolehi setakat ini.

Lebih 200 anggota polis berpakaian seragam dan biasa dikerahkan untuk menyuraikan lebih kurang 1,500 penyokong itu, termasuk kumpulan yang berkereta beramai-ramai dari arah Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.

Semua yang ditangkap itu kini dibawa ke balai polis Taiping. Kira-kira jam 5 petang tadi, 100 penyokong pembangkang berkumpul di depan balai itu, sementara sekumpulan anggota Pasukan Gerak Am sedang bersiap sedia di dalam kawasan balai.

Penyokong pembangkang bersurai sebaik sahaja selepas kejadian itu. Perhimpunan yang bermula kira-kira pukul 2 petang tadi disertai oleh kumpulan penyokong dari ibu kota setengah jam kemudian.

Kumpulan 'Konvoi Rakyat' itu bergerak ke Taiping sebagai mengiringi isteri-isteri enam tahanan ISA yang dijadualkan mengadakan lawatan hujung minggu. Polis mengadakan lima sekatan jalan raya bermula dari Tapah, Perak hingga berdekatan kem Kamunting, selain Ipoh, Kuala Kangsar dan pekan Taiping.

Enam aktivis reformasi dan pemimpin Keadilan dipenjara di kem itu mulai awal Jun lalu. Mereka termasuklah Naib Presiden Tian Chua, Ketua Pemuda Mohamad Ezam Mohd Nor, Dr Badrul Amin Bahron dan penulis kolum malaysiakini Hishamuddin Rais.

Turut terkena pancutan dari kenderaan meriam air (water canon) Bahirah Tajul Aris, isteri Ezam.

[Laporan penuh selepas ini]



Alternatif-Net : A Discussion Forum Focusing on Issues Related to Justice
            Forum Perbincangan Maya Yang Fokus Kepada Isu Keadilan

Disclaimer: Messages sent do not represent the stand of the Barisan Alternatif (BA) unless otherwise stated

Complaint : Send to [EMAIL PROTECTED]

To Sub    : Send blank e-mail to [EMAIL PROTECTED]
To Unsub  : Send blank e-mail to [EMAIL PROTECTED]


Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.


Kirim email ke