Likas: BN & Keadilan saling yakin mereka akan menang...

Laporan Oleh INTAN RUSLI
KUALA LUMPUR, Isnin 16 Julai - Dengan kempen pilihan raya kecil Dewan
Undangan Negeri Kawasan Likas masuk hari keempat hari ini, para pengurus
kempen parti utama yang bertanding masing-masing mendakwa bahawa calon
mereka berpeluang untuk memenangi kerusi tersebut pada 21 Julai ini.
Ini merupakan satu perkembangan yang menarik kerana ia memperlihatkan
keyakinan yang seimbang di kalangan parti-parti yang masuk ke gelanggang.
Timbalan Ketua Menteri, Datuk Lajim Ukin misalnya ketika dihubungi oleh
AgendaDaily di Kota Kinabalu petang ini berkata pengundi Likas tidak akan
terpengaruh dengan kampen parti pembangkang baik Parti Keadilan Nasional
(Keadilan) mahupun Parti Bersatu Sabah (PBS) kerana mereka amat mengenali
keperibadian calon BN, iaitu Datuk Yong Teck Lee.
"Yong telah memberikan sumbangan khidmatnya selama empat penggal kepada
pengundi L! ikas dan mereka mengenalinya secara pribadi.
"Mereka (pengundi Likas) memberitahu saya sejak Yong menjadi wakil rakyat
selama 16 tahun, beliau bukan setakat menghadiri kenduri tetapi juga
menziarah keluarga yang kematian tanpa mengira agama...penduduk Likas memang
cukup rapat dengan Yong, sukar untuk pihak pembangkang masuk jarum,"
katanya.
Beliau juga menganggap isu "Anwar Ibrahim" dan Akta Keselamatan Dalam Negeri
(ISA) yang dimainkan oleh Keadilan tidak memberi kesan untuk meraih simpati
dan membangkit kebencian kepada kerajaan di bawah BN di kalangan pengundi
Likas.
Lajim yang juga Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno berkata; "pengundi di sini
tak memandang isu Anwar sebagai isu nasional dan negeri, kebanyakan mereka
juga tak tahupun pasal ISA, yang mereka tahu...Isa...Datuk Isa Samad,
Menteri Besar Negeri Sembilan...jadi macamana Keadilan dakwa pengundi Likas
bersimpati dengan pihak mereka?"
Menurut Timbalan Ketua Menteri meran! gkap Menteri Pertanian dan Industri
Pemakanan Sabah itu, pembangkang yang berada dalam keadaan terdesak terpaksa
menggunakan isu lama seperti kenaikan royalti minyak sebanyak 25 peratus,
PBS pula memainkan isu pengundi hantu dan pihak Bebas pula menyentuh tentang
timbus tanah yang sama sekali tidak relevan dengan pengundi di sini.
Sebagaimana Lajim yakin bahawa BN akan mempertahankan kerusi Likas yang
dimenanginya pada pilihan raya umum 1999, Keadilan juga mempunyai sebab yang
tersendiri untuk turut merasa yakin bahawa pengundi Likas akan membuat
perubahan kali ini.
Mereka yakin dapat merampas kerusi yang telah 16 tahun di pegang oleh dari
Parti Maju Sabah (SAPP) yang juga telah dua penggal menjadi ahli komponen
BN.
Berdasarkan pengalaman pribadinya di Lunas, Pengarah Pilihan Raya Kecil
Keadilan, Azmin Ali yakin pembangkang akan dapat mengulangi kejayaan
cemerlang calon Keadilan pada 21 Julai ini sebagaimana di Lunas November
tah! un lalu.
"Pasti terlunas di Likas...kenyataan saya berdasarkan mood pengundi di Likas
jauh berbeza sebelum dan selepas penamaan calon di mana anak tempatan
khasnya golongan muda melibatkan diri secara besar-besaran dalam jentera
pilihan raya yang sebelum ini sambutannya amat dingin,"ujar Pengerusi
Keadilan Selangor yang juga Adun Hulu Klang itu. Beliau juga menolak sama
sekali dakwaan isu Anwar Ibrahim dan ISA tidak relevan dengan pengundi Likas
berdasarkan pengalaman peribadi beliau bersama presiden parti, Datin Sri Dr
Wan Azizah Wan Ismail yang mengunjungi pengundi di Kampung Pulau Gaya,
Inanam Laut dan Kampung Gudon beberapa hari lalu.
"Apabila kami menjelaskan kezaliman pihak kerajaan di bawah BN terhadap
Anwar, ramai kaum wanita yang menitiskan air mata...mereka amat mengenali
keperibadian Anwar dan menganggapnya pemimpin yang banyak berjasa di Sabah
terutama kepada rakyat miskin dan kaum bumiputra," kata Azmin kepada
AgendaDail! y.
Pengarah Pilihan raya Kecil Likas itu juga memaklumkan, rakyat Sabah
keturunan Bugis amat bersimpati dengan penahanan Dr Badrul Amin Bahron di
bawah ISA.
"Kalau pemimpin BN kata orang Sabah tak tahu ISA itu bohong, pengundi Bugis
amat marah dan menganggap satu kezaliman yang dilakukan oleh kerajaan BN
terhadap rakyat yang tidak berdosa, kerana itu mereka akan memberi undi
kepada Keadilan," ujarnya.
Menurut Azmin terdapat kira-kira 3,000 rakyat keturunan Bugis yang menjadi
pengundi di Likas dan isu ISA juga turut mendapat tempat di hati rakyat
lain.
Beliau juga memberitahu selain dari dua isu nasional itu, isu kegagalan Adun
BN yang sudah bertapak lama di Likas tetapi gagal untuk mengagihkan
pembangunan khasnya infrastruktur secara adil kepada rakyat khasnya rakyat
berbangsa Melayu di Likas.
Penerangan dan pertemuan secara langsung dengan rakyat di Likas yang
melibatkan pemimpin dari pusat, negeri dan bahagian telah member! i suntikan
kesedaran yang membawa kepada semangat mahukan perubahan kepimpinan di
Likas, kata Azmin lagi.
Azmin seterusnya berkata; "saya amat gembira dan yakin senario ini akan
berkekalan sehingga hari mengundi dan memberi peluang kepada calon kami,
Christina Liew Chin Jui melunaskan Likas."
[ Kembali Ke Laman Utama ]



COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM



Do You Yahoo!?
Get personalized email addresses from Yahoo! Mail - only $35 a year!
http://personal.mail.yahoo.com/

Kirim email ke