*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Hai !
Ini adalah Yahoo! Auto Response.

--


KISAH MENARIK DALAM DIALOG PERADABAN ISLAM

http://a1100.g.akamai.net/7/1100/828/00117/www.geocities.com/mindarakyatt/2001jul/2001-2128.htm

Di sini saya ingin merakamkan sedikit pengalaman yang saya dapat semasa menghadiri 
majlis dialog peradaban Islam yang di adakan di Masjid Terapung Terengganu pada hari 
Sabtu ( 7/7/2001 ) lepas.

Sebelum saya menulis dengan lebih lanjut, ingin dahulu saya memohon maaf kerana semasa 
menghadiri majlis itu saya tidak membawa alat tulis untuk mencatat sebarang catatan. 
Oleh itu semua yang saya tulis di sini adalah berdasarkan ingatan saya dan kawan-kawan 
saya yang menghadiri majlis dialog tersebut.

Majlis yang diadakan selepas maghrib sehingga 9.30 malam itu dihadiri oleh empat orang 
ahli panel. Dua orang daripada mereka adalah bekas paderi Kristian, seorang bekas 
mubaligh Hindu dan seorang lagi ialah penulis yang memeluk Islam pada tahun 1996 iaitu 
Ang Wang Seng (atau Ang Abdullah).

Ang telah menceritakan bagaimana proses kristianisasi yang berlaku di kalangan 
masyarakat Cina Islam di Pulau Ketam. Mengikut apa yang diterangkan oleh beliau, pada 
awal tahun 80an dahulu terdapat lebih daripada keluarga Cina yang memeluk Islam yang 
tinggal di pulau tersebut. Mereka memeluk Islam kerana terpengaruh dengan janji-janji 
yang biasanya dibuat semasa hampir dengan pilihanraya. Masyarakat ini dijanjikan 
dengan kemudahan untuk menangkap ikan (kerana ramai di kalangan mereka adalah 
nelayan), dan setelah lima tahun mereka memeluk Islam, mereka akan mendapat taraf 
bumiputera.

Setelah mereka memeluk Islam, tiada program follow up yang dibuat oleh pihak kerajaan 
untuk mengukuhkan keimanan mereka. Mereka dibiarkan begitu saja sehinggalah kepada 
pilihanraya sekali lagi (janji-janji tersebut dibuat oleh pihak UMNO). Setelah lima 
tahun memeluk Islam, mereka juga masih tidak mendapat taraf bumiputera yang dijanjikan 
dahulu menyebabkan mereka kecewa, dan ini telah menarik minat pihak mubaligh Kristian 
untuk berdakwah di pulau tersebut dan sehingga sekarang hanya terdapat tidak lebih 
daripada 3 keluarga Cina Muslim yang tinggal di Pulau Ketam.

Bekas mubaligh Hindu itu pula telah menyatakan bahawa semasa beliau menjadi mubaligh 
Hindu, beliau telah berjaya memurtadkan lebih daripada 20 orang Melayu Islam.

Beliau telah merasakan bahawa apa yang dianuti oleh beliau itu adalah agama yang 
betul. Beliau juga selalu berdoa kepada Tuhan supaya tunjukkan kepada beliau jalan 
yang lurus.

Pada suatu ketika, ketika beliau ingin mengukuhkan Bahasa Melayu, beliau telah membuka 
tv untuk menonton rancangan berbahasa Melayu dan pada masa itu beliau terbuka 
rancangan agama yang dihadiri oleh 3, 4 orang yang berkopiah putih di antaranya ialah 
Prof Datuk Harun Din.

Di dalam rancangan itu Datuk Harun Din telah menyebut bahawa " walau sebaik mana pun 
diri kita, ia akan menjadi sia-sia jika kita tidak beriman kepada ALLAH ".

Penyataan ini telah menjadi satu provokasi kepada bekas mubaligh hindu itu menyebabkan 
beliau merasa marah kepada Datuk Harun Din. Berminggu-minggu penyataan tersebut terus 
menghantui beliau dan beliau telah mengambil keputusan untuk berjumpa Datuk Harun Din 
untuk menarik Datuk Harun Din memeluk agama Hindu. Semasa berjumpa dengan Datuk Harun 
Din, perkara yang beliau inginkan tidak berlaku, sebaliknya beliau telah diIslamkan 
oleh Datuk Harun Din hanya dengan berhujah menggunakan surah Al-Fatihah.

Setelah beliau memeluk Islam, beliau telah memastikan balik semua orang Islam yang 
beliau murtadkan dahulu kembali memeluk Islam.

Menurutnya lagi, sekarang ini pengaruh Hindu telah disebarkan dengan menggunakan 
filem-filem Hindustan yang berleluasa sekarang ini. Hero-hero Hindustan ini seperti 
Salman Khan, Shah Rukh Khan dan Amir Khan asalnya adalah orang Islam tetapi telah 
murtad kerana mengejar kemewahan dunia dan lakonan mereka adalah salah satu daripada 
rancangan pihak Hindu untuk menyebarkan fahaman mereka.

Beliau merasa kesal kerana apabila ada orang yang berilmu tinggi di dalam agama 
menyatakan bahayanya pengaruh filem Hindustan di dalam masyarakat Islam, maka 
bertempiklah 'beruk-beruk' yang jahil mengutuk orang alim tersebut. Sekarang ini 
beliau menjadi mubaligh Islam sepenuh masa, setelah meletak jawatan yang tinggi di 
Maybank.

Salah seorang daripada bekas paderi Kristian itu pula menyatakan bahawa beliau asalnya 
dilahirkan di dalam keluarga Islam di Sarawak, kemudiannya dimurtadkan oleh keluarga 
sendiri sehingga beliau menjadi seorang paderi. Beliau tidak pula menceritakan 
bagaimana beliau memeluk semula Islam, tetapi menceritakan pengalaman beliau setelah 
memeluk Islam dan berada di Amerika dimana beliau dan rakan-rakan beliau di sana 
sempat menyelamatkan seorang pelajar Malaysia di sana yang telah dimurtadkan oleh 
gerakan Kristian daripada Korea.

Seorang lagi bekas paderi Kristian yang juga bekas 'pengampun dosa' international 
dahulunya menyatakan bahawa terdapat lebih kurang 300 orang Islam di Terengganu, 3500 
di Wilayah dan 5000 di Johor ingin menukar nama mereka kepada nama Kristian. Ini tidak 
lagi termasuk orang yang telah murtad tetapi tidak mahu menukar nama mungkin kerana 
takut dipulau oleh masyarakat dan sebagainya.

Tetapi apa yang menarik perhatian saya pada dialog tersebut ialah semasa sesi soal 
jawab, banyak soalan yang berkisar tentang apa itu 'holly water' dan daripada apa 
holly water itu dibuat kerana kita pernah mendengar tentang peristiwa yang menyatakan 
sesiapa yang minum holly water itu tidak akan dapat mengucap ataupun berzikir.

Kemudian paderi ini menjawab bahawa semasa beliau menjadi paderi dahulu, beliau 
merasakan bahawa jalan yang diikuti oleh beliau itu betul sehinggakan hampir tiap-tiap 
malam beliau berdoa sampai menangis berharap 'Tuhan memberi hidayah' kepada orang lain 
supaya semua menerima agama Kristian. Selesai berdoa, beliau akan pergi minum holly 
water untuk menenangkan fikiran beliau yang berkeceramuk. Walaupun beliau telah banyak 
kali minum holly water, tetapi beliau masih lagi dapat mengucap untuk menerima Islam. 
Ini menunjukkan bahawa sesiapa yang terminum holly water masih lagi dapat mengucap dan 
menerima Islam. Menurutnya lagi holly water sebenarnya dibuat daripada air kosong ( 
mineral ataupun air paip) yang diisi ke dalam tempayan. Kemudiannya dicampurkan dengan 
dua sudu garam dan beberapa titis minyak zaitun dan didoakan selama satu jam sebelum 
Good Friday. Air ini haram dijual beli mengikut Kristian dan hanya boleh diberi 
percuma kepada sesiapa menginginkannya.

Oleh itu sesiapa yang tidak dapat mengucap atau menjadi lupa selepas meminum air, 
sebenarnya air itu bukanlah holly water tetapi mungkin air lain yang sengaja dipuja. 
Ini kerana menurutnya lagi, sesiapa yang dapat memurtadkan seorang Melayu yang 
beragama Islam dan mendaftarkannya di Malay Christian Association di Singapura akan 
mendapat ganjaran RM3000 berbanding bangsa lain yang hanya mendapat RM1000.

Satu lagi penjelasan bekas paderi tersebut hingga mengejutkan semua ahli jemaah yang 
memenuhi Masjid Terapung pada malam tersebut ialah tentang orang yang menjadi role 
model Rakan Muda iaitu Datuk Azhar Mansur telah murtad. Semasa Azhar Mansur memberi 
penerangan tentang pengalaman pelayaran beliau kepada dua buah gereja di Malaysia 
Timur (dengan menyebut nama gereja itu - maaf kerana saya terlupa apa nama gereja dan 
tidak mengambil catatan pada malam itu). Apabila sampai pada cerita semasa layar 
beliau patah akibat dipukul ribut, beliau berkata " pada masa itu bukannya tentera 
Malaysia yang menolong saya, bukannya tentera laut yang datang menolong saya, tetapi 
yang menolong saya pada masa itu ialah TUHAN YANG BERNAMA JESUS ".

Itulah sedikit sebanyak pengalaman yang saya dapat daripada dialog tersebut. Dan 
kepada tuan-tuan yang mempunyai kenalan atau saudara yang mengikuti program rakan 
muda, suruhlah mereka itu keluar segera, kerana orang Islam sepatutnya mengisytiharkan 
perang kepada orang yang murtad bukannya mengambil orang itu menjadi role model.

Wallahua'lam.

tengganung kiter









 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: support <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke