*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Beberapa tahun dahulu, orang ramai atau orang-orang Melayu khususnya
tidak pernah buat demonstrasi besar-besaran hingga disertai oleh lebih
10,000 orang. Tetapi itulah yang berlaku di akhir-akhir ini. Walaupun
telah ada undang-undang yang mengharamkan perhimpunan tanpa permit
tetapi ianya tidak dapat menyekat kehendak orang ramai dari mengadakan
perhimpunan walaupun tanpa mendapat permit.

Pelajar universiti pun sekarang semakin galak membuat demontrasi atau
terlibat dengan demontrasi yang tidak pernah mendapat permit ini. Kita
sangka sebelum ini pelajar tidak buat demontrasi atau tidak terlibat
dengan demontrasi kerana takut dengan akta AUKU. Tetapi ternyata AUKU
juga tidak dapat menyekat sepenuhnya pelajar dari melibatkan diri dengan
demontrasi.

Sekarang barulah kita tahu sebab kenapa beberapa tahun dahulu orang
ramai atau orang Melayu khususnya tidak mahu buat demontrasi ialah
kerana majoriti mereka berpuashati dengan kepimpinan yang ada. Masa itu
aspirasi rakyat sama dengan aspirisi kepimpinan. Sebelum Anwar dipecat,
kepimpinan Dr Mahathir begitu disanjung sekali oleh semua rakyat
terutamanya orang-orang Melayu kecuali di Kelantan. Di waktu itu Dr
Mahathir boleh pergi ke mana sahaja dia suka tanpa diiringi pengawal
peribadi, malah dia boleh berjalan-jalan di Chow Kit Road membeli belah
seperti rakyat Malaysia lain.

Pada waktu itu orang ramai sangat menghormati Dr Mahathir dan menyayangi
beliau  walaupun dia tidak minta dihormati dan disayangi. Rakyat
sentiasa di belakang beliau dalam menghadapi dan menangani pelbagai isu,
malah dengan sokongan padu orang Melayu beliau dengan mudah dapat
menghapuskan kekebalan Raja-raja Melayu yang tidak mungkin dapat
dilakukan oleh sembarangan Perdana Menteri.

Pada masa itu pelajar di universiti pun tidak banyak kerenah, mereka
juga seperti serasi dan sealiran dengan aspirasi kepimpinan ketika itu.

Menokok tambah dan mengenakan berbagai akta kepada pelajar universiti
dan pensyarahnya bukanlah jalan penyelesaian kepada masalah konfrantasi
antara pemimpin dan pelajar.

Menambah akta hanya akan menambah kekakuan kepada pelajar dan
pensyarahnya. Daya kreativiti mereka akan hilang. Akhirnya mereka akan
jadi dungu dan tongong. Tanpa wujudnya orang-orang yang berdaya kreatif
sampai bila pun kita tidak akan boleh bersaing dengan negara-negara
maju.

Hakikat perlu diterima oleh semua  pihak dan bila pemimpin yang tidak
sealiran dengan kehendak dan wawasan rakyat maka perlulah mereka
berundur. Sampai bila mereka boleh bertahan untuk membendung kehendak
rakyat. Air yang diempang akan mencari jalan keluar juga sekalipun
dengan memecahkan empangan itu sendiri.

Homepage
http://www.geocities.com/aliasof2/islam.htm
http://www.geocities.com/aliasof2/islam.htm



 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: alias mohd yusof <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke