Pada hemat
saya formula Mahathir gagal kerana ianya approach beliau meletakkan keutamaan
kepada duniawi, dan golongan yang lebih berjaya menerima formula beliau
majoritinya adalah golongan bukan muslim.
Dalam
approach beliau ternyata ada yang bercanggah dengan prinsip Islam dan juga etika
sosial & moral. Walaupun usaha beliau nampak bagus untuk pembangunan
material dan ekonomi, tetapi olehkerana penyalahgunaan kuasa, sistem
kehakiman, polis begitu jelas diperalatkan, pendidikan Islam di-anaktirikan,
penghinaan terhadap ulamak dan perlekehan terhadap hukum Islam dan sunnah,
toleransi
agama (dalam "toleransi" agama stail Mahathir, pada hakikatnya yang terhasil
adalah mengikut kehendak dan tuntutan majoriti yang mana terdiri dari golongan
bukan Islam dan golongan Islam yang tak mahukan Islam dan diwaktu yang sama
membelakangkan tuntutan Islam. Dalam ertikata lain, dalam hal "toleransi" ini,
apabila ternyata ada konflik atau pertembungan diantara tuntutan Islam dan
tuntutan bukan Islam, tuntutan Islam tergadai!)
dan
sebagainya menyebabkan masyarakat Islam yang majoritinya melayu menolak
beliau.
Mungkin pada hemat
beliau dengan kemajuan dunia & ekonomi mampu membuatkan semua golongan
masyarakat dapat meredhakan/menghalalkan segala tindak tanduk beliau yang
negatif dan bercanggah dengan prinsip Islam dan juga etika sosial &
moral.
Daripada
interaksi saya dengan golongan bukan melayu/bukan Islam, secara amnya mereka
masih menyokong pimpinan Mahathir walaupun pada hakikatnya mereka akui akan
salahlaku dalam etika sosial & moral Mahathir (malahan salahlaku Mahathir
adalah antara bahan tawa dan ejekan mereka), tetapi pada hemat mereka segala
tindak tanduk Mahathir menguntungkan kehidupan mereka.
Begitu juga
pada setengah golongan melayu yang menyokong beliau yang apabila diajukan
persoalan, antara jawapan yang paling kerap digunakan ialah kerana kemajuan
pembangunan dan ekonomi negara (kepentingan
duniawi/material).
Approach
Mahathir juga lebih tertumpu kepada arus kehendak majoriti, olehkerana dengan
mengikut kehendak majoriti, ianya tampak lebih menjamin kedudukan beliau.
Majoriti terkini masih lagi berpihak kepada gabungan masyarakat yang majoritinya
bukan melayu dan minoriti masyarakat melayu.
Pembangunan
masyarakat melayu ala-Mahathir juga lebih tertumpu kepada golongan kecil melayu
yang dibentuk bukan atas sebab merit atau kemampuan tetapi lebih kepada
'chances' atau peluang. Seperti kata-kata yang sering kita dengar iaitu kalau
nak untung, nak kaya, bukan dengan sebab siapa anda tetapi lebih kepada siapa
yang anda kenali.
Sistem
pendidikan kita juga memainkan peranan utama untuk pembentukan masyarakat
masyarakat melayu. Saya difahamkan oleh golongan bukan melayu dan juga melayu,
sistem pendidikan sekolah cina adalah jauh lebih baik dan berkesan daripada
sekolah-sekolah kebangsaan (yang sudah tentu majoriti penuntutnya adalah
melayu). Antara subjek penting iaitu matematik, sains dan bahasa Inggeris di
sekolah-sekolah cina adalah jauh lebih baik.
Antara faktor
penyebab mundurnya sistem pendidikan kebangsaan ialah kerana terabainya
kebajikan terhadap para pendidik. Untuk melahirkan anak-anak murid yang baik dan
cemerlang memerlukan guru-guru yang cemerlang.
Mereka-mereka
yang cemerlang dari bidang akademik, adakah karier sebagai guru menjadi pilihan
utama mereka?
Setelah
majoriti mereka-mereka yang cemerlang memasuki arena korporat dan perniagaan,
siapakah yang tinggal untuk memenuhi bidang perguruan (walaupun masih terdapat
mereka-mereka yang cemerlang dalam profesyen perguruan tetapi jumlah mereka
adalah kecil)?
Kalau kita
lihat kebelakang 20 - 30 tahun yang lalu, profesyen guru adalah antara profesyen
yang sangat dihormati dan juga status hidup yang lebih tinggi dari profesyen
lain. Apa sudah jadi kini?
Adakah
masyarakat kita akan menjadi seperti masyarakat di Indonesia? Saya difahamkan
oleh teman-teman yang pernah menuntut di IPT Indonesia. Kebanyakan
pensyarah-pensyarah mereka hanya mampu memiliki basikal sedangkan
penuntut-penuntut dari malaysia ada yang mampu memiliki motosikal mengatasi
status hidup pensyarah-pensyarah mereka.
Kenapa
pendidikan kita terabai?
Adakah kerana
pendidikan memerlukan perbelanjaan yang tinggi, masa pulangan modal yang sangat
lambat (memakan masa berpuluh tahun sehingga jenerasi-jenerasi penuntut menjadi
dewasa menggantikan jenerasi yang lama), tidak mendatangkan profit secara segera
dan terus kepada golongan individu-individu?
-----Original Message-----
From: Bukit Jambul [mailto:[EMAIL PROTECTED]]
Sent: Friday, July 20, 2001 12:37 AM
To: [EMAIL PROTECTED]; [EMAIL PROTECTED]; [EMAIL PROTECTED]
Subject: Re: H-Net* Mahader hina melayu lagi
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net } { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] } { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] } *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~Wassalaamu'alaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Bukit_Jambul [EMAIL PROTECTED]Waalaikum salam,
Saudara, saya bersetuju dgn pendapat beliau yg mengatakan kegagalan beliau mengubah mentali majoriti umat melayu di M'sia yg tercinta ini, tetapi itu pada sudut pembangunan materialistik, cuma apabila kita pandang pada satu sudut yang lain iaitu kerohanian, cara beliau ingin mengubah sesuatu umat dengan cara non-Islamik, kasar dan paksaan adalah tidak sepatutnya.
Kadang kala, walaupun saya beranggapan sesorang pemimpin perlu keberanian dalam membawa pembaharuan tetapi biarlah kena pada tempatnya, masanya dan caranya.
Sekadar satu pandangan ikhlas dari saya. Sebarang kekurangan pada bicara ini diharap dimaafi.
Sekian.
Jazzakillahi khairan katsiran.
Get your FREE download of MSN Explorer at http://explorer.msn.com
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB) ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB) ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan ) ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net ) ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] ) ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Pengirim: "Bukit Jambul" <[EMAIL PROTECTED]>
