*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum W.B.T
Saudara Muslimin/Muslimat;
Yang mulia tuan guru, sila berikan huraian kepada kami.
Iman dan juga guru yang mengajar Fiqah di kariah kami, seperti lazimnya pada
setiap hari Jumaat akan membaca Surah Sajadah ketika rakaat pertama solah
fardhu Subuh.
Olih kerana kurang kelancaran beliau pada kali ini, membaca surat sajadah,
beberapa orang makmum telah membetulkan bacaan beliau. Solah fardu subuh
diteruskan, kedengaran suara makmun dibelakang, bertasbih (Subhannallah)
tiga kali berturut-turut dan berteriak dengan lantang, "Imam tak sah".
Imam meneruskan bacaan sehingga sampai kepada ayat sejadah dan terus sujud
dengan diikuti olih makmum-makmum. Imam kemudian bangun dari sujud dan
meneruskan bacaan. Beberapa kali makmum dibelakang telah cuba
membetulkan bacaan Imam. Sehingga suatu ketika, seorang makmum muda telah
menghampiri Imam dan menepuk belakang Imam. Secara sepontan, Imam telah
menoleh kekanan dan memberi salam, "Assalamualikum warahmatullah".
Selepas itu, Imam memusingkan seluruh badan kekiri ( bahu kanan menghadap ke
arah kiblat), makmum muda yang menghampiri Imam, memegang tangan Imam seraya
beristirafar, "Astarafirullah Al azim" beberapa kali untuk menenangkan Imam.
Selepas itu makmum muda keluar dari saf. Imam meneruskan sembahyang dengan
mengadap semula (dadanya) ke Kiblat, terus rukuk untuk rakaat pertama
sehingga selesai sembahyang fardhu Subuh dua rakaat.
Persoalannya.
1. Wajarkah tindakan makmum muda meneriak, selepas beliau bertasbih
subhannallah tiga kali diikuti dengan teriakan "tak sah Imam".
2. Apakah tindakan makmum muda menepuk belakang Imam dibenarkan olih syarah.
3. Apakah tindakan Imam menoleh kekanan pada rakaat pertama ketika membaca
surah dan terus memberi salam dan kemudian memusingkan keseluruh badan
kekiri itu membatalkan sembahyang.
4. Apakah sah tindakan Imam dan makmum-makmun meneruskan sembahyang, setelah
Imam kembali mengadap Kiblat dan terus rukuk pada rakaat pertama hingga
selesai sembahyang dengan memberi salam pada rakaat kedua.
5. Sebahagian makmum merasa was-was didalam hati. Kembali kerumah dengan
menunaikan Fardhu subuh semula.
Wassalam
_________________________________________________________________
Get your FREE download of MSN Explorer at http://explorer.msn.com/intl.asp
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: "S.MELOR S.DAMAI" <[EMAIL PROTECTED]>