Hadi Dahului Senarai Penerima Darjah Kebesaran Terengganu
 
KUALA TERENGGANU, 20 Julai (Bernama) -- Menteri Besar Abdul Hadi Awang mendahului senarai 325 penerima darjah dan bintang kebesaran sempena ulang tahun ke-39 Hari Keputeraan Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin Jumaat, dengan dianugerahkan Darjah Seri Setia Sultan Mahmud Terengganu (SSMT) yang membawa gelaran Datuk Seri.

Abdul Hadi yang menjadi Menteri Besar sejak Pas memenangi pilihan raya umum 1999 merupakan penerima tunggal darjah itu.

Istiadat Penghadapan dan Pengurniaan Bintang-bintang Darjah Kebesaran Negeri dan Pangkat Jaksa Pendamai berlangsung di Istana Maziah esok.

Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu, Datuk Mazlan Hashim dianugerahkan Darjah Seri Paduka Mahkota Terengganu (SPMT) yang membawa gelaran Datuk.

Pegawai Kewangan Negeri Terengganu, Ku Abdul Azah Syed Alwee pula merupakan penerima tunggal Datuk Setia Sultan Mahmud Terengganu (DSMT) yang membawa gelaran Datuk.

Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Mustafa Ali ialah antara 17 penerima bintang Datuk Paduka Mahkota Terengganu (DPMT) yang juga membawa gelaran Datuk.

Turut menerima bintang itu ialah Setiausaha Bahagian, Kementerian Luar Negeri, Wan Yusof Embong, Ketua Pegarah Perisikan Pertahanan, Mej Jen Wan Abu Bakar Omar, Ketua Pengarah Cawangan Latihan dan Pertahanan, Laksamana Pertama Mohamad bin Nik dan Panglima 7 Briged, Brig Jen Ahmad Zaki Mahmud.

Yang ialah Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Perdagangan Bukit Aman, SAC 1 Mohamad Nawawi Ismail, Pengarah Cawangan Kontrak dan Ukur Bahan Jabatan Kerja Raya, Mohamed bin Gading, Ketua Pengarah Perancang Bandar dan Desa, Datuk Wan Mohamad Mukhtar Mohd Noor, Pengurus Besar Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT), Mohd Paudzi Ismail, Timbalan Ketua Pengarah FRIM, Dr Wan Razali Wan Mohd, Fellow Penyelidikan Kanan IKMAS, UKM, Prof Dr Abdul Rahman Embong, jurutera perunding Wan Idris @ Wan Mohamed Ismail, pengurus besar kanan Umland Berhad, Mokhtar Hamid, Ketua Eksekutif K.O.L.L Asia Pacific Sdn Bhd, Muda bin Mohamed, Pengarah Urusan, Perunding NFL Sdn Bhd, Nik Farid Kamil dan Pengarah Urusan Zetro Aerospace Corporation Sdn Bhd, Mohd Zamri Muda.

Turut menerima bintang itu ialah seorang pesara kerajaan, Dr Abas Alias.

Dua pegawai polis menerima pingat Setia Sultan Mizan Zainal Abidin Terengganu (SMZ) iaitu Komander Briged Tengah Pasukan Gerak Am, SAC II Sudin Ali dan Komander Pasukan Polis Marin Bukit Aman, SAC II Muhamad Muda.

Lima orang menerima pingat Ahli Setia Sultan Mahmud Terengganu (ASM).

Mereka ialah Pegawai Daerah Setiu, Ibrahim @ A.Aziz Yaakub, Pegawai Daerah Marang Hashim Mamat, Timbalan Pengarah Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu, Idris Che Mat, Yang Dipertua Majlis Daerah Dungun, Mat Razali Kassim dan Timbalan Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri, Adzlan Mohd Dagang.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Perikanan dan Ternakan Negeri, Abu Bakar Chik pula merupakan antara 15 orang penerima pingat Setia Mahkota Terengganu (SMT).

Sebanyak 30 orang menerima pingat Ahli Mahkota Terengganu (AMT), 20 orang menerima Pingat Jasa Cemerlang (PJC), 203 orang menerima Pingat Jasa Kebaktian (PJK), lima menerima Pingat Bintang Lama Berjawatan (BLB) dan 23 orang dianugerahkan Pingat Lama Berjawatan (PLB).

Dua orang dilantik Jaksa Pendamai (JP) iaitu pesara polis Engku Abdul Rahman Ngah dan warden asrama Darul Quran di Rusila, Fatimah Ismail.

-- BERNAMA

Kirim email ke