*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
"KHATIB MENITISKAN AIR MATA"
Lokasi: Masjid Muaz Ibnu Jabal
Jumaat: 18.2.2000
Azan yang berkumandang mententeramkan hati setiap pengunjung di Masjid
Muaz Ibnu Jabal. Suara mauzin yang merdu benar-benar menggigit ruh.
Setelah solah sunat Jumaat, Imam naik ke mimbar dan bilal azan untuk
kali kedua.
Khatib seperti biasa bersyukur kepada Allah dan mengingatkan makmum
agar bertaqwa kepada Allah dengan mengerjakan segala suruhan-Nya dan
mejauhi segala larangan-Nya.
Khatib seterusnya mengajak para jamaah mengikhlaskan diri untuk berada
di rumah Allah semata-mata kerana-Nya dan bukan menyimpan nawaitu lain
ketika berada di rumah Allah.
Apa yang disampaikan oleh khatib adalah semata-mata di atas dasar
kebenaran dan apa yang disampaikan adalah berdasarkan al-Quran dan
al-sunnah sebagai peringatan kerana ingat mengingati itu bermanfaat
bagi orang mukmin.
Sidang jumaah kemudiannya diajak merenung apa yang sedang melanda umah
pada ketika ini adalah amat menyedihkan kerana dalam perkara asas umat
Islam masih bertelagah.
Umat Islam bukan bertelagah dalam perkara furu'(cabang) tetapi dalam
perkara asasi yang Allah yang telah perjelaskan di dalam Al-Quran.
Umat Islam masih bertelagah untuk menentukan apakah sistem perundangan
yang patut dijadikan asas kehidupan sedangkan perundangan Allah itu
telah Allah jelaskan di dalam Al-Quran; Hendaklah kamu menghukum
dengan
apa yang Allah turunkan.
Seterusnya Khatib memberi peringatan kepada mara makmum, agar kita
tidak tergolong di dalam apa yang Allah telah jelaskan di dalam
al-Furqan, WA MAN LAM YAHKUM BI MA ANZALLALLAH FA U'LAIKA HUMUL
KAFIRUN
(al-Maidah ayat 44)Sesiapa yang tidak menghukum dengan hukum Allah
maka
kafirlah mereka. Khatib merujuk pada ayat 45 dan 47 surah yang sama
selain daripada menjadi kafir kita akan dianggap zalim dan juga fasik
sekiranya kita tidak melaksanakan apa yang Allah suruh.
"Hudud bukan daripada saya, dan bukan daripada tuan-tuan, hudud adalah
daripada Allah" Khatib mula bermadah sayu.
"Sudahlah hukum Allah itu tidak dilaksanakan, hukum itu diperleceh,
dipersenda dan dikata-kata macam-macam." Khatib yang berkhutab tanpa
teks meneruskan khutbah dengan nada yang lembut.
"Apa yang lebih malang lagi, janggut yang menjadi sunnah nabi juga
turut diperlecehkan."
Makmum semua mendengar khutbah dengan penuh tadabur.
"Saya amat bimbang, kemurkaan Allah akan datang apabila kita bukan
sahaja memperlecehkan hukum Allah malah tidak ambil hirau dengan
kemelut yang dihadapi umah pada ketika ini."
"Hukum menutup aurat adalah hukum yang wajib yang telah dijelaskan di
dalam Al-Quran, tetapi hari ini ada golongan penulis yang berani
mencerca apa yang telah Allah turunkan tanpa segan silu dan takut azab
Allah nanti."
Khatib terus bernada sayu dan ramai makmum yang tunduk kerana inilah
pertama kali kami mendengar khutbah yang begitu syahdu sehingga ada
makmum yang menitiskan air mata kerana menghayati khutbah yang tegas
berdasarkan realiti yang sedang melanda umah.
Makmum diingatkan atas dasar kebenaran walaupun pahit khatib terpaksa
meluahkan apa sebenarnya yang sedang melanda umah dewasa ini.
p.s.
Reaksi makmum di warong-warong selepas solat.
"That was the best sermon I have ever heard in my life".
--- End forwarded message ---
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: Suhaimi Ismail - PP <[EMAIL PROTECTED]>