*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Kedutaan di US: Kedutaan Filipina atau Kedutaan Malaysia?
Oleh: Mamat Malaya
http://a1066.g.akamai.net/7/1066/759/v001/www.geocities.com/mindarakyatt/2001jul/2001-2069.htm
Beberapa bulan yang lalu, aku singgah ke Washington, DC. Maklumlah dah tinggal di US
ni beberapa tahun sebagai student tak pernah pulak melawat ibunegara Amerika ni.
Banyak pulak publisiti mengenainya. Aku pun pergi jumpa beberapa kawan sekolah dulu
yang masih menetap di sekitar Baltimore dan Washington, DC.
Teringin pulak aku nak pergi ke Kedutaan Malaysia, ye lah, dah lama tak tengok
Malaysian dan mana tau kalau-kalau dapat makan kuih Malaysia. Singgah aku di depan
satu bangunan yang tersergam indah di jalan yang banyak dengan kedutaan asing.
Tertulis di depan �Kedutaan Besar Malaysia� sekali dengan bendera Malaysia terpapar di
depan. Bangganya tak terhingga, aku sampai nak terkeluar airmata. Itu bendera tanah
airku. Tapi sebaik saja aku masuk dalam, alamak ! terkejut besar aku, penyambut
tetamu tu nampak macam India sikit tapi bila aku pergi dekat, dia memang dari Afrika.
�Where are you from� kataku, � Ghana� jawabnya dengan senyum sinis. Panas betui aku,
walaupun suhu Washington kat luar bangunan sejuk bagai mencucuk tulang dan sendi.
Tekeluarlah slang American aku � shit� macam novel Shahnon Ahmad. Apa ni. Ini
Embassy of Malaysia ka. Penyambut tetamu dari Afrika. Bukannya aku anti-negara lain,
tapi ini Embassy aku. Malaysian Embassy la bongok. Nasib baik aku ni Mel!
ayu dari Malaysia, tau jugak bahawa Malaysian ni ada tiga bangsa utama � Melayu, Cina
dan India. Semuanya tau cakap Bahasa Malaysia. Ini tidak. Kalau katakan bangsa asing
datang ke Kedutaan Besar Malaysia, mungkin dia sangka Malaysian ni memang macam
Afrika. Tak tau cakap Melayu pulak. Aku pun cuba beramah mesra dengan orang Ghana ni,
tanya dia ramai ka non-Malaysian yang kerja kat Embassy. Katanya boleh tahan jugak
tapi dulu lagi ramai katanya. Aku tanya dia siapa lagi, katanya sorang lagi kat
accounts department dan secretary Dato� dari Filipina.
Alamak pedih aku mendengar !. Accounts section Filipina, penyambut tetamu Ghana � apa
sudah jadi thambi ???. Mana kepala hotak orang Embassy ni, apa sudah jadi ni,
accounts department orang asing. Jadi semua pengaliran wang keluar masuk Embassy kita
mesti orang ni pun tau sikit sebanyak. Kalau dia ejen CIA matilah kita. Aku dengar
kat Malaysia, kerajaan kata parti pembangkang berkomplot dengan CIA dan ejen asing
tapi nampaknya Kedutaan sendiri ada orang asing. Hatiku berdebar, mana tau kot-kot
orang ni haram jadah, macam orang Utara kata, dia ni ejen ke atau apa-apa. Ejen CIA
US Hanssen yang kena tangkap kat US ni pun jadi ejen Rusia sebab duit apatah lagi
Filipina fikirku. Dengan senyuman separa sinis, aku pun terus mengatakan aku nak
jumpa dengan Datuk Ambassador (Duta) kita, orang Ghana tadi cakap mungkin Datuk tak
ada, tapi dia nak check dengan Secretary dia. Kataku � May I speak with her�. Aku
pun mula la cakap bahasa kebangsaan konon, aku kata �Selamat Pagi�, di!
a jawab � what, Sorry I don�t speak Malaysian, I am from Filipine� tergamam aku sekali
lagi. Aku rasa macam aku kat dunia lain. Rasa hiba bercampur sedih dalam hati dan
aku kata � I wanted to visit the Ambassador but if he is not in then may be next time,
I am just an ex-student who wants to meet him� kataku setelah dia kata Datuk is not
in. Perasaan bangga dan airmata gembira ku dah lama berkubur. Aku rasa terhina.
Lepas tu aku pun jumpa beberapa kakitangan kedutaan dan aku tanya mengenai masalah
passport dan jugak pasai visa untuk kawan pak arab aku yang nak melawat Malaysia, dia
orang tunjuk hala tuju ke arah bangunan yang satu lagi. Katanya bangunan MSD,
entahlah aku pun tak tau, setahu aku MSD dulu dah hampir tutup semua. Aku pun
mengorak langkah menuju ke bangunan tu yang sejarak satu blok.
Aku yang mulanya rasa dah habis rasa gamam dan gempar tapi tak habis lagi. Aku masuk
ke pintu hadapan bangunan tu. Aku tekan buzzor tu, ada pulak minah yang macam Siam
Thailand aje yang buka pintu. Aku cuba berjenaka dengan dia, � Hi, are you from
Thailand�, Dia jawab �no no, I am from Philippine� Aku pun tanya mana tempat buat
passport dan visa, dia kata �you come to the right place, cakap orang putih pun lebih
kurang aje, katanya tempat tu di belakang dia tapi mano tak de, mungkin pergi makan.
Entah apa itu mano, aku pun tak tau, aku angguk menandakan setuju mengiakan dia.
Hatiku berdetup, Ya Allah, apa ni, aku ni kat Kedutaan Besar Malaysia, tapi tak de
orang pun yang boleh cakap Melayu. Bukannya aku tak boleh cakap orang putih, aku pun
ada 2 Masters dari US ni tapi sesekali tu aku rindu jugak nak cakap bahasa kebangsaan
aku. Rasanya aku perlu belajar bahasa Tagalog untuk berkomunikasi di kedutaan aku
sendiri.
Sedang aku sedang bercakap dengan minah Filipino tu, aku jumpa sorang lagi kebetulan
sedang turun dari tangga, aku menyapa dengan �Assalamualaikum�. Katanya � sorry, I am
not Malaysian, I am from Philippine�, Eik terkejut lagi aku dibuatnya. Tanyaku
padanaya � Are you visiting this office� Jawabnya � No, I work here� , Alamak !!alamak
alamak !. Satu lagi !!. Aku tanya where do you work, Dia kata � Rubber� . Apa ni
getah. Getah apa ??. OK, OK aku baru faham dia kerja dengan jabatan yang promote
getah asli kat US ni. Tapi tak dak ke Malaysian lain.
Later aku jumpa jugak sorang Malaysian ni, aku tanya dia mana tempat nak tanya pasai
import/ekspot barangan ke Malaysia, member aku sorang lagi kat Connecticut nak start
bisnes dan kawan Mat Saleh aku dekat Michigan ada tanya pasai import/eksport duty.
Malaysian ni suruh aku keluar dari building dan masuk belah lain pulak. Katanya itu
trade mission.. OK lah, aku pun keluar dan masuk sebelah lain, aku tekan loceng je,
ade Minah yang bukak. Aku tanya dia � Ini tempat trade ke� , dia jawab sama � sorry
I don�t speak Malaysian, what do you need ?� Aku kata �I am looking for Malaysian
trade office� Dia kata � this is the office�. Dia suruh aku tunggu, aku tanya dia � I
thought you are Malaysian, Sorry�. �That�s all right, many people think that I am
from Malaysia, but I am from Philippine� jawabnya dengan muka yang masam sekali kalah
cuka cap bintang yang mak aku selalu beli dekat kedai Ah Leong di Malaysia. . Ya
Rabbi, Filipino lagi.
Aku pun bergegas keluar, dah menyampah, meluat dekat Embassy kita ni. Siapa punya
angkara ni, kalau aku nak kira non-Malaysian kat kedutaan besar Malaysia, memang
ramai, tapi kalau setakat yang aku jumpa dan bercakap tu memang menyakitkan hati.
Petang tu aku jumpa sorang kawan lama dekat Baltimore, katanya, isteri Dato�
Ambassador tu sendiri dari Filipina, jadi katanya tak hairanlah Social Secretary Datuk
tu bangsa bini dia. Katanya dulu memang ada jawatan kosong bagi kerja staff local,
tapi setiap kali ada Malaysian yang apply, yang dapat tu Filipino, sebab bini dato� tu
ada influence katanya. Mak Datuk, apa ni, ini macam cerita espionage aje. Bini datuk
tu entah ejen CIA ke FBI. Mana tau, banyak kali pernah terjadi macam tu, macam cerita
Musa Hitam dulu pun macam tu jugak.
Ini sudah bangang punye cerita. Rasa malu aku tak terhingga. Rasa marah aku
meluap-luap. Apa punya cerita ni. Dekat Malaysia, kerajaan selalu kata CIA dan ejen
asing ada connection dengan pembangkang. Tapi itu baru ura-ura. Ini kat Embassy of
Malaysia di Washington, DC, bukan ura-ura lagi, memang sah. Isteri Dato� Ambassador �
the highest position tu orang Filipino. Aku ni bukan kisah sangat dia kawin bangsa
mana pun. Aku pun plan nak nikah dengan minah Arab sebab dia cun, tapi ini sudah
melampau, Dato� ni pegang jawatan yang tertinggi di sini, bini dia bukan saja bangsa
asing tapi dia nampaknya kontrol pengambilan staf dan mana tau benda-benda polisi dan
keputusan yang Dato� tu buat. Baru aku tau sebab apa ramai sangat rakyat Filipina
yang kerja kat Kedutaan tu. Aku tanya kat kawan aku tu, mungkin tak ramai Malaysian
yang menetap di Washington yang apply kerja local staff tu, ye lah gaji tak seberapa.
Tapi kawan aku sumpah dia kata setiap kali ada opening kat Embassy!
, Malaysian apply jugak tapi baru-baru ni yang dapat tu semua Filipine.
Aku rasa bengang betul dengan kerajaan ni. Mana kita punya imej. Masuk pintu depan
semua jabatan di kedutaan ni, semua bangsa Filipina. Apa ni, ini Embassy Filipina ke
Embassy of Malaysia. Dalam hatiku, Ya Allah apa nak jadi dengan Malaysia ni. Sorry
lah aku ni bukan penyair atau sasterawan tapi nukilan ni buat santapan minda
masyarakat kita bahawa gejala seperti ini mesti dibenteras dan ini semua memalukan
Malaysia. Aku harap ada pihak yang tertentu kalau terbaca ni, sedarlah sikit jangan
angkat bakul atau angkat punggung je, buat le kerja betui-betui, malu betul aku
dengan Embassy ni. Harap orang Malaysia sedar especially orang kat Wisma atau
Kementerian. Datanglah melawat sini. Pergilah ke Embassy lain disekitar Washington
ni, macam Embassy of Philippines, Indonesia dan sebagainya, mana dia orang ade ambil
orang asing. Nampaknya Malaysia ni baik hati sungguh, mentang-mentanglah isteri Dato�
tu orang Filipino. Buat yang membaca ni, tolong jangan bagitau orang Filipin!
o tau , nanti dia orang apply habis semua jawatan local staff kat kedutaan tu, mana le
tau. Isteri duta suruh Dato� buang yang saki-baki Malaysian tu untuk ambil orang
filipino. Haprak betul.
MamatMalaya
Mat Prihatin yang cintakan Malaysia
Michigan,
USA 06.07.01
SEBARANG KERJA MENYALIN SEMULA ARTIKEL INI PERLULAH MENYATAKAN DENGAN JELAS SUMBERNYA
ATAU MENYATAKAN URLNYA DAN TIDAK BOLEH DISIARKAN UNTUK TUJUAN KOMERSIAL TANPA
KEBENARAN PENULIS.
- Fitnah e-umno -
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: support <[EMAIL PROTECTED]>