*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Aduhai puteriku,
Carilah teman untuk menenangkan hati dan fikiran, maka perhatikanlah
baik-baik soal-soal keselamatanmu dan kejahatannya. Dahulukan temanmu
daripada dirimu sendiri dalam masalah duniawi, atau paling tidak hendaklah
bersedia memberikan bantuan material kepada temanmu yang memerlukannya.
Wahai anak kesayanganku,
Sesungguhnya kematian adalah sesuatu yang tidak dapat dielak kerana setiap
manusia pasti menghadapi maut. Tentang kesakitan yang dirasai ketika sedang
bertarung dengan maut, Rasulullah saw menjelaskan dalam hadis-hadisnya
bahawa sakit ketika hampir mati itu laksana kesakitan ditetak seratus kali
dengan pedang yang tajam atau seperti dikoyak kulit dari daging ketika
hidup-hidup.
Puteriku,
Amatlah beruntung seseorang itu sekiranya dia mati dalam keadaan khusnul
khatimah (kebajikan) dan adalah menyedihkan sekiranya dia mati dalam
keadaan suul-khatimah.
Wahai anakanda,
Ajal maut di tangan Allah. Tak kira usia kita muda atau tua dan kita tetap
akan dijemput-Nya. Tapi tak tahu bila. Ingatlah bahawa mati itu terlalu
hampir kepada kita. Walaupun kita berada jauh di perantauan, berada di
tempat yang laungan azan tidak kedengaran untuk mengingatkan kita tentang
kebesaran-Nya, di kelilingi dengan manusia yang sering memandang ringan
akan perintah Allah dan hanyut dengan hanya kesukaan sahaja di atas dunia
ini. Oleh itu marilah kita ingat-mengingati tentang datangnya hari di mana
hanya amal dan kiriman doa saja yang akan mengiringi kita untuk menemui-Nya.
Aduhai puteriku sayang,
Janganlah kau jadi seperti yang pernah disebut oleh iblis semasa berdialog
dengan Nabi Muhammad SAW .
"Adalah satu kemajuan bagi perempuan yang merenggangkan kedua pehanya kepada
lelaki yang bukan suaminya, setengahnya hingga mengeluarkan benih yang salah
sifatnya. Hamba goda segala manusia supaya meninggalkan sembahyang, leka
dengan makan minum, berbuat durhaka, hamba lalaikan dengan harta benda
daripada emas, perak dan permata, rumahnya, tanahnya,
ladangnya supaya hasilnya dibelanjakan ke jalan haram. Demikian juga ketika
temasya yang bercampur lelaki perempuan. Di situ hamba lepaskan
sebesar-besar godaan supaya hilang maruah dan minum arak. Apabila terminum
arak itu maka hilanglah akal, fikiran dan malunya. Lalu hamba hulurkan tali
cinta dan terbukalah beberapa pintu maksiat yang besar, datang perasaan
hasad dengki hingga kepada pekerjaan zina. Apabila terjadi kasih antara
mereka, terpaksalah mereka mencari wang hingga menjadi penipu, peminjam dan
pencuri. Apabila mereka teringat akan salah mereka lalu hendak bertaubat
atau amal ibadat, hamba akan galang mereka supaya mereka menangguhkannya.
Bertambah keras hamba goda supaya menambahkan maksiat dan mengambil isteri
orang. Bila kena goda hatinya, datanglah rasa riak, takbur, megah, sombong
dan melengahkan amalnya. Bila pada lidahnya, mereka akan gemar berdusta,
mencela dan mengumpat.
Demikianlah hamba goda mereka setiap saat."
Manakalah bila sembahyang jauhi godaan ini,
"Sebesar-besar kesusahan kepada hamba. Gementarlah badan hamba dan lemah
tulang sendi hamba. Maka hamba kerahkan berpuluh-puluh iblis datang menggoda
seorang manusia, pada setiap anggota badannya. Setengah-setengahnya datang
pada setiap anggota badannya supaya malas sembahyang, was-was, terlupa
bilangan rakaatnya, bimbang pada pekerjaan dunia yang ditinggalkannya,
sentiasa hendak cepat habis solat, hilangkan khusyuknya - matanya sentiasa
menjeling ke kiri kanan, telinganya sentiasa mendengar orang bercakap serta
bunyi-bunyi yang lain. Setengah Iblis duduk di belakang badan orang yang
sembahyang itu supaya dia tidak kuasa sujud lama-lama, penat atau duduk
tahiyat dan dalam hatinya sentiasa hendak cepat habis sembahyang, itu semua
membawa kepada kurang pahala. Jika para Iblis itu tidak dapat menggoda
manusia itu, maka hamba sendiri akan menghukum mereka dengan seberat-berat
hukuman."
NOTA
Saya sekali lagi menyatakan bahawa tulisan ini adalah mutiara yang saya
kutip dari para ulama dan individu yang berilmu. Oleh itu ia menjadi hak
semua untuk menggunakan dan memanafaatkannya. Siapalah saya sekadar hamba
Allah yang serba kekurangan.
Jangan lupa lawati: http://cikgunik.tripod.com (masih dibaiki)
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: cikgunik <[EMAIL PROTECTED]>